Friday, December 28, 2012

Sebulan..


Fuhh, dah sebulan dah takde entry baru.
Entry last pun pasal cabut gigi.
Sekarang ni gigi ada ke takde ke membaham nasik 2 pinggan steady lagi.
Selera makan tu mantap lagi.
Cuma selera nak mengupdate blog langsung takde.
Mood bercuti la kata kan.

Sibuk sangat-sangat.
Sibuk dengan kerja, sibuk dengan anak-anak, sibuk dengan suami.
Yelah, kita orang rumah chekgu katanya memang busy masa cuti sekolah.
Nak meluangkan masa dengan keluarga la kekdahnya.
Padehal hangkut semua sekali datang teman mama buat kerja kat opis. huhu
Nak buat macamana, tanggungjawab yang tu pun kena menjawab juga.
Dengan klien masing-masing mengejar dateline before year end, nak kejar KPI.
Kejar yang ni pun boleh buat jadik kurus jugak..

Plus busy nak masuk rumah baru.
Kengkonon nak masuk rumah baru sebelum tahun baru tapi sinar harapan ke arah tu belum nampak lagi.
Maklumlah, busy dengan urusan duniawi yang lain..huhu

Selamat hari Jumaat semua..
Doa yang terbaik untuk kita semua insyaAllah

Thursday, November 29, 2012

Hilang...

Photo: akhirnya wanita ini kembali ke pangkal jalan dan sedar bahawa penyelesaian bagi gigi yang sakit dan tidak membolehkan beliau makan lamb steak adalah melawat doktor gigi..huh

Sayangku, perpisahan ini amatlah menyakitkan..

Walau sudah seminggu kita terpisah, namun kehilanganmu masih ku rasai. 

Terasa janggal diri ini tanpa mu di sisi.

Andai dapat ku ulang masa, akan ku tatang dirimu umpama putera hati..

Akan ku jaga, ku belek saban hari..

Lebih 20 tahun kita bersama..

Namun takdir memisahkan kita...

Selamat tinggal gigi geraham kanan ku.

Kenangan daku dalam doa mu..

Jasamu selama 20 tahun ini akan tetap dalam sanubariku...

HOVERRRR..hahaha

hai kawan semua! selamat hari Khamis...


Wednesday, November 07, 2012

Brutal..


Kejadian kat restoran belakang ofis.

"Abang, kira berapa semua ni" - kata ku kepada abang restoran tersebut.

Ada 2 orang kakaks sedang beratur kat belakang.

Tetiba...bunyi kuat - "Paaaappppp...!!!"

Satu restoran pandang kat kaunter.

Rupanya ada seorang kakak tu kena tampar kat buntut dia dengan kawan dia - perempuan juga.

Kawan kakak tu - "You are supposed to stop all these, right?"

Kakak tu - "Alaa...teringin nak makan karipap la arini"..

Terkejut guwe! hahaha...gila brutal "diet advisor" kakak tu!

Kalau camni boleh kurangkan 10 kg dalam masa seminggu tanpa kena minum shake tuttt..!!




Nasi lemak ayam goreng panas-panas pujaan hatiku...

Pesanan penaja, kalau minum shake tuttt..pastu makan ni lagi tetiap hari, silala buang shake tutttt...tu dalam tong sampah...keh keh



Tuesday, October 23, 2012

Kamus Bahasa Ahmad

wo-chen = wash hand
man - de = mangga
mi - nam = menang
i - lam = hilang
e-do = tidur

pande - men = spiderman..bukan spender-man ye!
-----------------------------------------------------------------------------------


Sekarang tengah musim ucap "ema atih" = terima kasih.

  • Sekali suap telur goreng, "Ema atih mama". Sekali lagi suap telur goreng, "Ema atih mama". Makan lagi, "ema atih, mama". Errr..kalau mama masak lamb steak with sour cream ala Masterchef mesti ucap terima kasih sampai 2-3 hari tanpa henti ni..kih kih..kih

  • "Janganla buat adik, Ahmad Raif. Nanti mama denda rotan nak tak?"- "Otan nanak. Otan ocak. Ema atih mama". (Rotan tak nak. Rotan rosak. Terima kasih mama) ..Tak jadi marahhh...

  • Semua ucap terima kasih. Bagi air, suap makan, mandikan, ambikkan mainan. Ambilkan makanan jatuh. Buatkan susu.hehe

  • Kalau kita cakap "terima kasih, Ahmad"..Dia akan reply, "Sama-sama mama"..

Buat mama terharu dapat anak bersopan (tanpa mengambil kira betapa "BAIK" nyaaaa keadaan beliau ketika sedang buat amukan dan betapa nyaringnya suara bila diajak gunting rambut... : )) - ucap terima kasih tanpa jemu..kih kih kih...


Setiap anak ada kebolehan, keistimewaan, ragam, bakat, potensi tersendiri. Sila jangan bezakan anak-anak kita dengan anak orang lain. Eh, saya pun kadang-kadang TERbuat macam tu. - Ingatan untuk diri sendiri! Yang penting jangan berhenti dan jemu BERDOA
 
 


  
 
 
 
Sibuk lagi, lagi, lagi dan lagi, 8 lagi!.
Seriously, nak cuti!!!

Friday, October 19, 2012

Mukmin Jaya Seafood Restaurant, Melaka


Musim musim hujan ni teringat pulak makanan yang best-best.
Maka gigih acik membelek folder gambar lama.
Apa orang kata, tak dapat makan, tengok gambar pun jadila.


Restoran Mukmin Jaya Seafood
Masakan Chinese Muslim..
Senang sangat nak cari restoran ni.
Di Limbongan, unit kedai tepi jalan, signboard merah.
Tak jumpa, sila tanya orang. Malu bertanya tak dapat makan.


Hah, ni time tengah pregnantkan Arissa.
Punyala mengidam nak makan ketam telur masin.
Sampai mengigau kata kau.


Tabah la suami carikan
Sebab ada ter blogwalking satu blog yang cerita pasal ketam telur masin.
Tapi dia punya kat Bagan Lalang.
Tak larat pulak mak yong nak berangkat ke sana semata-mata nak makan ketam telur masin.
Mujur jumpa kedai ni.



Tembikai laici + carrot



 Udang oat
(Best. Suka sangat. Sedap)



Ketam telur masin
(Sedap.Kalau lagi masin lagi best. Seekor RM36.00.)



Shark fin sup
(Shark takde, so shark fin pun takde. Ganti dengan crab stick. Still sedap)


Ni makan-makan sebelum bersalin.
Lepas bersalin pun ada pergi sekali masa bulan pose.
Harga boleh tahan, tapi menu pelbagai.
Macam-macam ada..
Recommended for Chinese food.
Lai..lai..lai..


Wednesday, October 10, 2012

WW : Bila takut nak gunting rambut...





Biarkan jela sampai leh buat tocang...aishhh...


Friday, October 05, 2012

2:04 am


2:04 am

Still awake and alert.

Buat kerja ofis. Dedikasi tak? Dedikasi tak?

Stress. huhu 

Dan pagi-pagi ni pulak la datang lapar.

Tetiba pagi-pagi macam ni teringin nak makan....



KETAM TELUR MASIN...

*over!!*

Tuesday, October 02, 2012

Random 021012


Minggu yang sibuk.
Minggu yang penat.


Photo: Bermain main di waktu cuti http://instagr.am/p/PBNVqAlgnP/

Dak Ajik masa beberapa minggu lepas.
Masa ni muscle Ajik macam Uncle Malik Nor jaman muda.
Lepas demam Ajik mengecik sikit.
Takpe, pasni bina 6 pax balik ye dik.




Budak tecik obses ultraman. Sikit-sikit tamen. Sikit-sikit tamen.
Sikit-sikit raktater. Sikit-sikit raktater.
Masalah besarnya cumalah mamat seorang ni tak dapat nak bezakan mama, babah, adik, buah epal, roti garlic, sudu gerepu dengan raktater.
Semua adalah raktater di mata dia.
Adik memang selalu kena attack sebagai raktater.
Agak-agak mama jadi raktater yang cun sikit bulihh?




Spectra 3 ku dah makin uzur. Sizen dah.
Nak buat double pumping macam tak berapa nak suction.
Maka buat la single pumping.
Bunyi Spectra 3 ni dah kuat sangat. Bunyi adalah sangat annoying.
Takde macam bunyi orang berdengkur dah.
Dah macam bunyi orang buat renovation rumah je.
Sebatu dah boleh dengor.




Next week - appraisal lagi.
Ntah apa yang haku nak merepek dengan Datuk kali ni.
Er...harap dapatla naik gaji. Aminnn.
Bila dah prektis banyak kali nak mintak naik gaji, last-last lain yang keluor.
Macam "Datuk, saya harap gaji saya dapat dinaikkan untuk tahun depan"
Tetiba tukar, "Walau gaji tak dinaikkan, saya tetap akan bekerja dengan ikhlas hati"
Cesss...




Coffee freak. Coffee lover.
Tak pernah jemu dengan kopi.
Cuma kena minum sekali je sehari sebab menyusukan Arissa.
Cium bau je pun dah cukup memberangsangkan.
Hari hari mau..aummmm




Ni puding roti ambe yang humble gituh.
Aritu punyala teringin nak mamp nak makan puding roti ni.
Sampai ada tragedi muncung memuncung keciwa di pagi hari..hehe.
Bila dah dapat buat baru puas hati.
Disebabkan tuan tanah rajin try and error, sebelah tu kosong je atasnya.
Yang sebelah lagi ada topping serbuk kayu manis dengan gula.
Seriusli lagi sedap buh serbuk kayu manis tu.
Err...sian kitew. Kitew takde oven tau.
Jadi kitew kukus je puding tersebut.




Ajik Arissa dah ada 2 batang gigi bawah.
Maka aktiviti gigit menggigit dia telah bermula dengan rasminya..
Adoiii..sakit tau! sob sob
Adik Arissa selalu disalah anggap sebagai boboi.
Aritu masa pegi jenjalan ada orang tanya "Lelaki ke perempuan ni?"
Masalahnya masa tu Adik dipakaikan headband warne fink lagi.
Err, mungkin bunga kat kepala dak Adik tak cukup besor untuk
menunjukkan perbezaan gender tersebut. hehe




Keje yang tak habis-habis.
Bawak balik rumah - bawak balik opis.
Bawak balik rumah - bawak balik opis.
Bawak balik rumah - bawak balik opis.
Tapi tak siap siap juga.
Bila nak siap daaa....




Ini perkara yang membuatkan kami susah hati.
Anak-anak bersilih ganti tak sihat.
Abam Ahmad demam panas - terperanjat kekdahnya.
Sebab beliau sangatlah takut nak gunting rambut..huhu..
Saya cakap dengan Encik Suami, kalau gitu kita biarkan jela rambutnya camtu.
Sampai boleh buat tocang..huhu
Demam-batuk-selsema
Tapi nampaknya beransur ok.
Syukur alhamdulillah.

Thursday, September 20, 2012

Arissa Rifhana dah 6 bulan..yeay..!

Hari Selasa 11 September 2012 dah genap dah Arissa 6 bulan.
Tetiba rasa macam kejap je dah besar dak adik ni.
Ni disebabkan beliau adalah seorang baby yang teramatlah baik.
Sampai tetiba rasa macam nak bagi adik pada Arissa pulak secepat mungkin.
okkk ... tak kelakar


Photo: Hi..semalam kita dah 6 bulan tau! Kita dah boleh makan macam macam dah. Ermm...kita nak makan aiskrim coklat la nanti. 

Mama kita excited sebab kita dah tak payah exclusive bf lagi tau..pasni kita dah tak payah nak makan sampul raya lagi..huhuhu


Arissa dah 6 bulan bermakna tamatlah perjuangan fasa pertama.
Tamat berjuang untuk exclusive breastfeeding anak kedua kami ni.
6 bulan pertama bayi tanpa air kosong, makanan pelengkap.
Fuhhh..lega mama!
Maka lepas ni banyak la nak kena study menu-menu mantop untuk dak adik.
Kalau Arissa taknak makan, Mama boleh tolong habiskan..hikhik


  ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Saya amat sibuk.
Tapi saya taktau apa benda yang saya sibukkan.
Siang sibuk dengan pergi kerja-kerja-sembang-makan-balik rumah
Malam sibuk tengok tv-main dengan  anak-masak-tidur-lipat baju-lipat baju-lipat baju *ehhh..banyak pulak ye lipat baju tak habis-habis ... : ) *
Dari minggu lepas tak habis-habis lagi kerja ni.huwaa
Tapi kesimpulannya, kalau law firm takde kerja, maka takdela gaji.

Semoga sahabat semua ceria-ceria selalu, berbahagia selalu hendaknya.
La tahzan ye..jangan bersedih, yakin dengan Allah, hidup dalam keredhaanNya..
Selamat hari Khamis ....

Tuesday, September 11, 2012

My Special September 10th













my special birthday.

Thanks kepada suami yang bersusah payah.
Dan membuatkan saya tidur sambil tersenyum *tipu*

Encik Suami kata "Abang tak tau hadiah apa nak bagi. Next year mungkin boleh bagi teddy bear.."
Daku macam...errrr "Abang tak ingat ke Seripah tu lastnya duduk bawah katil?"

Seripah nama teddy bear yang Encik Suami beri masa zaman bercinta.
Satu-satunya teddy bear yang kitew dapat tau.. : )
Tapi hamba Allah yang sorang ni penakut amat.

Penakut nak tengok muka Seripah malam-malam.
Jadi Seripah akhirnya jadi ahli jemaah bawah katil sampai habis masters kat UIA..huhu
Banyak sangat tengok filem hantu kottt...hehehehe

DOA DAKU MOGA DAKU BEROLEH RAHMAT ALLAH YANG BERPANJANGAN.
REZEKI YANG BERLIMPAHAN  DAN TIDAK PUTUS
DIPERMUDAHKAN SEGALA URUSAN
DIJAUHKAN DARIPADA AZAB API NERAKA 
BEROLEH KEBAHAGIAAN DUNIA AKHIRAT
AMIN YA RABBAL ALAMINNN...

Thursday, September 06, 2012

Pengaruh Lagu Dalam Kehidupan...


Mama : Ahmad, nak air kosong tak? (Baru lepas makan)
Ahmad : Kosom,..kosom...kosom (Read : Kosong..kosong...kosong) *nyanyi lagu Najwa Latif - "Kosong" sambil buat dek teruskan lawan dengan rakcer (raksasa) dia!*

Daku mula-mula tak perasan tapi lepas tu aku gelak sorang-sorang sebab iramanya sama!

Comel kan anak-anak?

Kalau dapat beli di kedai, rasanya nak beli 3 lagi yang comel-comel rambut kerinting, mulut kecik-kecik  - tapi nak yang tak buat ragam - behave dan tak berguling-guling masa di kedai mainan - buleh?? kikiki  

Selamat Syawal 19 semua...

Tuesday, September 04, 2012

Boleh tak share tips ambil pembantu rumah?


Kami adik beradik dalam proses mencari pembantu untuk mak di kampung.
Kesian mak takde orang yang boleh tengokkan.
Dulu ada makcik yang boleh datang pagi-pagi untuk temankan mak.
Tapi makcik tu dah berhenti.

Dan mak tak boleh dibiarkan seorang diri.
Good thing is mak dah boleh berjalan sendiri guna walking frame.
Kebanyakan kerja mak nak buat sendiri.
Orang-orang tua macamana pun kalau boleh nak buat semua sendiri.
Segan (malu) dengan orang.

Tapi kena sentiasa monitor sebab kalau terjatuh mak tak boleh bangun sendiri.
Especially masa mak nak ke tandas. Bahaya.
Kami sedang usha-usha agen pembantu rumah Indonesia sekarang.
Terpaksa ambil walaupun mak refuse.

Jadi sahabat alam mayaku sekalian...
BOLEH TAK BERIKAN SAYA TIPS NAK AMBIL PEMBANTU RUMAH?
sangat-sangat taktau ni.
terima kasih daun keladi in advance.


Monday, September 03, 2012

Jihad melawan nafsu makan kuih raya..

Hari ini hari pertama berjuang puasa 6.
Ada belen lagi 5 hari. hu hu hu...
lama lagi tu weh nak berjuang.

Bukan senang woo...
Sana sini orang buat open house kan.
Tambah lagi kenduri kendara.
Patutla kalau dapat puasa 6 dalam bulan Syawal ni macam puasa setiap masa.

Ni baru je balik open house jemputan Bank Islam kat Hotel Equitorial.
Tapi memandangkan puasa, jadi tengok jela orang makan.
Kalau tak datang tak eloklah, orang dah jemput kan.
Sob sob sob..sedapnya puding roti kat situ tadi. *nanges*

Selamat berbuka puasa untuk yang berpuasa.
Yang belum lagi jom teruskan perjuangan yang belum selesai.
 : P 

Wednesday, August 29, 2012

Oppa Gangnam Style...

First time tengok mv PSY - Oppa Gangnam Style pagi ni.
Sebab budak-budak ofis ni dah kecoh pasal Gangnam Style.
Dan ada seorang officemate yang anti gila dengan Oppa Gangnam Style ni..

Glemer habis mv Gangnam Style ni ye..
Semua orang duk bercerita pasal Gangnam Style.
Haruslah update diri sendiri kan.

Dan perasaan aku lepas tengok adalah...
Huurrmmm...hahahahaha...apa kah??



Friday, August 17, 2012

Selamat Bercuti dan Selamat Hari Raya


Beberapa hari sahaja lagi Syawal akan tiba.

Di kesempatan ini saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat hari Raya maaf zahir batin andai ada terkasar bahasa, tersalah bicara, tersilap kata.

Bergembira dengan kedatangan Syawal.
Bersedih dengan penamatan Ramadhan.
Moga ketemu lagi Ramadhan..

Selamat hari raya aidilfitri.
Semoga di hari raya yang mulia ini kita dapat sama-sama berdoa agar semua umat Islam seluruh dunia terpelihara...
InsyaAllah...

Monday, August 13, 2012

Duit terbang dengan pelbagai gaya bebas...

Ini adalah cerita minggu lepas.
Niat asal nak pergi beli pampers Adik kejap. 
Maklumlah, ada shopping baru buka kat area rumah.
Haruslah buat lawatan muhibbah.
Salinkan baju Adik masa kat parking area shopping tu.
Lepas dah siap salin, dengan konfidennya kita tutup bonet.

Sekali, jeng jeng jeng, KUNCI KERETA TERTINGGAL DALAM BONET!
Dan kereta adalah auto locked.

Kunci spare? -- Iye, ada, dalam handbag -- Handbag DALAM BONET.
Nak minta bantuan adik? -- Handphone, iye, ada -- Handphone DALAM BONET.
Public phone ? Kata shopping baru, memang takde la satu batang hidung pun public phone.
Panggil locksmith? Locksmith takde kat shopping tu. Kedai pun banyak kosong!
Tapi Allah nak tolong, kunci rumah ada dalam poket incik boss.

Sempat lagi tu masuk shopping sebelum fikir masalah..heh
Tetiba incik boss panggil. Katanya ada orang nak tumpangkan balik rumah.
Apa-apa hal kena selamatkan rombongan dulu katanya.

Orang yang baik hati nak tumpangkan kami, suami-isteri-anak.
Masuk je kereta MyVi dorang, dah start dah drama king.
Ahmad meronta-ronta "Nak tar (Nak car)..nak tar (Nak car)"
Macam orang histeria. Sungguh tak tipu. Histeria.
Mujur rumah dah dekat kalau tak sah pitam kat situ. Sekali dengan mak bapaknya.
Risau sangat reta benda babahnya hilang. aishh

Yang kelaka, Adik boleh tersengguk-sengguk time Abam dia mengamuk sakan.
Boleh pulak dia tidur saat-saat kecemasan ni..hehe..Adik...Adik

Terima kasihla hamba Allah tu.
Nak berkenalan? Tak sempat. Muka dorang pun cuak semacam.
Agaknya muka kitorang ada macam muka  sindiket pencopet kut..hihi
Bawak keta laju gila, tambah lagi si Ahmad ngamuk sakan.

Sampai rumah check dulu kut-kut ada kunci spare ke tak. Confirm takde.
Orang ni pandang muka dia ni, dia ni pandang muka orang ni.
Incik boss congak-congak.
Kalau kopek bonet - mahal.
Pecahkan cermin tingkap besar - mahal.
Try korek celah tingkap macam McGyver- mahal.
Locksmith - lambat sebab dah pukul 10 mlm. Katanya esok boleh.
Takbleh ooo...
Nak cepat! - ada susu Adik - handphone - laptop - handbag - ada duit gaji - ada duit raya dah tukar RM1500!
Last-last ahli jemaah setuju pecahkan tingkap kecik belakang. - kos paling murah antara semua.

Siap mintak tolong anak auntie sebelah lagi.
Incik  boss dengan anak auntie pergi balik ke shopping tu.
Bawak hammer, pecahkan cermin.
Incik boss punya perut sangat mantap, jadi tangan nak seluk kunci tak sampai.
Anak auntie tinggi dan kurus dan panjang tangan, eh maksudnya bertangan panjang.
Berjaya juga bukak pintu dan selamat balik rumah.

Akhirnya, RM80 terbang melambai-lambai melayang-layang.
Takpe, dugaan sikit je tu Allah bagi.
Ada la part mana yang kena cekidaut tu.
Selamat 24 Ramadhan semua.


Thursday, August 09, 2012

"Habissshhh!!"

Malam semalam.
Kita kat dapur.
Pergi dapur kejap je nak panaskan susu.
Orang sebelah ada kat luar, tengah cuci kereta.

Adik dengan Abam Ahmad kat depan tv.
Abam tengah makan nasi beriani dalam mangkuk.
Mata Abam memang asyik ke Disney Junior dia je la.
Adik tengah main Angry Bird (bantal).

Tiba-tiba Abam menjerit.
"Ajikkkk (read : Adik) ... habishhh!!"

Terkejut.
Meluru ke depan.
Ingatkan kenapa....

Rupa-rupanya....
kepala Adik dah masuk dalam mangkuk nasi Abam!!.
hahaha..

Tersangkut kepala Adik!.
Abam dah jerit-jerit nasik dia dah kena hempap.

Adik salah landing daaa..
Terkapai-kapai macam tengah berenang.
Gelakkan dulu Adik puas-puas baru angkat dia.
Cium kepala dia -- bau nasi beriani..!!

--------------------------------------------------------------------------------



Gambar lama.
Arissa Rifhana will be 5 months old in 2 days.
Sudah meniarap dan berusaha gigih tertonggek-tonggek nak merangkak.
Blissful.

Wednesday, August 08, 2012

Ahmad Raif demam lagi.

Sejak minggu lepas saya sibuk.
Banyak pulak kerja time-time Ramadhan ni.
Sampai tak sempat nak BW atau reply komen.

Tiba-tiba semalam Ahmad demam.
Terpaksala cuti kami suami isteri.
Masalahnya dia susah nak makan ubat.
Meraung-raung, sembunyi sebalik langsir.
Dah pujuk, dah pegang kuat-kuat pun, last-last dia akan muntah juga.
Walaupun dia dah telan ubat tu tiba-tiba dia muntah balik.

Takut dia dehidrat sebab dia terbuang air besar masa tidur.
Pagi tadi pun masih cirit birit lagi.
Dahla tak makan apa-apa.
Dia boleh minum je.
Kalau badan panas tiba-tiba sampai menggigil.

Susahnya hati saya.
Tolong doakan.
Tolong bagi petua yang tak perlukan dia makan ubat.
Tolong doakan dia sihat tak perlu admit ke wad.
Aissshhh..susah hati tak fokus nak buat kerja!


Thursday, August 02, 2012

Emosi Perut



Perut saya beremosi.

Emotional.

Terlampau sensitif.

Salah makan merajuk.

Salah minum merajuk.

Dah 3 hari merajuk.

Wahai perut, tolonglah janganla merajuk....

Tuesday, July 31, 2012

Sila ambil kira keadaan sekeliling anda...heh





Kadang-kadang rasa geram juga dengan dia.
Tapi selalunya gelak la sebab dia ni kelakau dan baik macam maknya.
Manja pulak tu. Kadang sepupu dia jerit sikit kat dia dah terperosok tepi peti ais. 

Nak marah lebih-lebih bukan dia faham sangat pun kan.
Ajak lawan-lawan Ultraman lagi adalah, walaupun kita ni tengah marah dengan dia ni.
Dia tak nampak api keluar dari telinga kepala hidung apak dia kalau tengah marah.
Mak dia  dah lari siap-siap dah sebab mak dia sorang je yang boleh nampak asap tu. hehe
Kita cuma nak dia tau kita ekspresikan kemarahan kita sebab dia buat benda yang salah.

Benda yang paling dia suka buat walaupun kita dah jadi tarzan adalah mengusik adik.
Sebenarnya adik okey je. Senyum redha je.
Pastu dia suka buat kelakau, nak suruh adik dia gelak.
Nanti adik dia dah  gelak, dia senyum-senyum dengan kita cakap "Tawaaa.."
Dia nak kata adik dia ketawa la dengan kelakau yang dia buat.

Tapi dia suka genggam atau picit-picit tangan adik.
Macam nak patah-patahkan jari adik. Dia geram agaknya nengok adiknya asyik mengayuh.
Takut je jari adik terpatah ke apa. Baby kan.

Satu hari tu darah mak dia dah mendidih.
Mak dia pun tetiba dah bertukar jadi Incredible Hulk.


Apa lagi, mak dia pun nak prektis la kan apa yang dibaca.
Time ni la pun nak prektis kan, bila lagi..ehe
Denda dia letak dalam bilik sekejap.
Sebelum tu dah cakap "Mama denda sebab Ahmad suka picit jari adik sampai Adik jerit. Mama denda 1 minit".
Mula-mula dia okey je masuk sekali. Agaknya ingat nak ambik mainan dalam tu.

Pastu kena tinggal, apa lagi meraung-raung la sebab bilik tu memang bilik gelap.
Memang sesuai la untuk pesalah tegar. hehe

Sekali dia tekan kunci.
Bagussss..great job.. sekarang dia pulak bagi mak dia meraung kat luar bilik.

Gelabah tu sebab kunci bilik tu memang takdela kan.
Ntah kemana-mana.
Lagipun seingatnya pintu tu memang tak boleh dikunci.
Sejuk kaki tangan pucat lesi muka mak nya..heh
Hah..ambik kau
Meraung berganti-ganti kaedahnya..hehe

Babah dia takde pulak tu, pergi sekolah.
Ntah camne pulak boleh tak terfikir kalau terkunci macamana.
Tu la marah sangat la konon
Kan padan muka aku adoi

Tetiba gen Incredible Hulk dah masuk
Tendang je pintu tu berkali-kali.
Syukur pintu tu terbuka!

Moral of the story : Kalau nak tiru sangat Nanny 911 tu sila cari bilik yang confirm ada kunci spare yer. 

Kami masih bereksperimen dan belajar mendidik anak-anak.
Tapi Islam itu indah, lengkap termasuk cara didikan anak.
Tiba masa nanti rotan juga la alat bantuan mengajar - macam cikgu! heh
Moga anak-anak menjadi hafiz hafizah penyejuk hati kami suami isteri.

Kita sebagai ibu bapa memang sentiasa super heroes di hati anak-anak kita kan..
Jadi kita memang betul-betul kena jadi superheroes yang ada super power.
Termasuk terbang selamatkan Adik bila Abam buli dan tendang pintu! hehe..
Selamat 11 Ramadhan semua...

Wednesday, July 25, 2012

....!!


Takde idea.

Takde perkara menarik berlaku.

Kerja banyak tak siap lagi.

Artikel untuk majalah firma pun belum siap.

Puasa kali ini mencabar.

Lemah dan ketar lutut den.

Nyaris pitam kat PaRam.

Nasib baik boleh control, kata dalam hati laju-laju banyak kali.

"Jangan buat malu company, nanti ada blogger upload gambar!"


Psttt...Menu apa hari ini?

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan..mengimbau memori Ramadhan lepas

Post tahun lepas di bulan Ramadhan .Takdek kerja duk buka entri-entri lama.  Ya Allah, sekejapnya masa berlalu. Rasanya masih segar lagi memori Ramadhan yang lepas. Nak buat amalan sebanyak mungkin yang mana boleh buat Ramadhan kali ni.


Ini adalah kisah benar dan bukanlah rekaan semata-mata.
Sementara menantikan waktu yang sesuai untuk kita melakukan perkara sunat di bulan Ramadhan (read as tidur sekejap) secara berjemaah, apa kata anda semua bacalah luahan hati saya pasal mimpi ngeri saya malam tadi.
Punyalah ngeri sampai terus terkejut bangun sahur. hehe


Ada ke patut pelik je mimpi saya ni.
Saya mimpi saya nak sambung study.
Bukan seorang, dengan kawan ramai-ramai pulak tu.
Ayu je pakai baju kurung pergi kelas dengan beg opah-opah nak pergi mengaji tu.


Pastu sampaila turn nak tau saya dapat course apa.
Selak la buku pasal course-course yang ada.
Selak-selak nama saya tersenarai dalam course "I love artis"


Haha..kejadahnya course ada macam tu sekali.
Apa bendala saya fikir sebelum mimpi ye sampai gitu sekali.
Cuba imejin apala soalan periksa dia nanti.


Soalan 1
Sila terangkan dalam 1000 patah perkataan adakah anda menganggap punca hubungan pertunangan di antara penjaga gol pasukan kebangsaan,  Khairul Fahmi Che Mat atau "Apek" dengan Harmie Aimelia atau "Elia Jejariruncing" terputus disebabkan oleh gosip yang mengaitkan Apek dengan seorang gadis bernama Dahlia Teck?
Soalan 2

Berapakah nilai anggaran persalinan perkahwinan yang ditaja untuk perkahwinan Memey dan Norman Hakim?

(a) sejuta
(b) berjuta-juta lemon
(c) ermmm..rasanya adalah dalam 3 juta kut
(d) eleh, orang sponsor

Astagfirullahal'azim..
Jiwa kacau sungguh rasanya kalau dapat course gitu.
Takmauuu..tak rela!!
Ngeri betul mimpi tersebut..grrr..



Selamat berpuasa untuk semua pembaca blog ni. Mohon ampun kalau ada tersalah catatan. Jangan ponteng puasa. Huduh betul kalau orang tua yang takde uzur syarie ponteng puasa. Jom kejar pahala jom..

Thursday, July 19, 2012

Harleen's by Euro Moda & Gulati's


Pada suatu hari, kami sekeluarga telah membeli belah di Gulati's Silk House memandangkan Hari Raya Aidilfitri akan menjelang  tiba. Walaupun saya sedar Ramadhan belum pun tiba, tetapi saya tidak mahu membeli belah ketika bulan puasa supaya tenaga tidak berkurangan dan dapat beribadah dengan sempurna *poyo*.


Saya berasa sangaaaat gembira kerana dapat membeli kain untuk dijahit sebagai baju raya baru pada Hari Raya kali ini. Ini kerana sudah lama saya tidak memakai baju raya yang ditempah. Baju raya yang dibeli selalunya tidak menepati kehendak pelanggan yang berbadan comel seperti Lisa Surihani seperti saya *double poyo*.


Saya masih ingat sewaktu saya masih kecil, ibu saya selalu berpesan supaya tidak meninggalkan ibadah puasa kerana orang yang tidak berpuasa tidak dapat makan bersama dengan orang yang berpuasa ketika berbuka dan tidak dapat memakai baju raya baru di Hari Raya.*tetiba*


Di Gulati's Silk House kami telah diberikan peluang untuk mengisi borang cabutan bertuah kerana belian melebihi RM200. Seminggu selepas itu, tiba-tiba *jeng jeng jeng*  suami saya telah mendapat satu panggilan telefon yang mengatakan kami telah memenangi cabutan bertuah mingguan daripada Gulati's Silk House dan meminta suami saya untuk mengambil hadiah.


Saya berasa amat terkejut atas kemenangan ini! Ini kerana kami tidak pernah memenangi apa-apa pun jenis cabutan bertuah sebelum ini. Saya ketika itu telah membayangkan kami sedang menaiki sebuah kereta baru. *yang ni confirm triple poyo*.


Setelah suami saya balik daripada mengambil hadiah, saya sekali lagi terkejut kerana sebenarnya kami hanya memenangi tudung sebagai hadiah! Saya ketawa berjemaah bersama suami memandangkan angan-angan kami telah mengatasi angan-angan Mat Jenin *ko kalo berangan over kan*.  


Inilah dia 2 helai tudung Harleen's by Euro Moda & Gulati's yang telah kami menangi. Walaupun hanya tudung, tetapi  saya berasa amat gembira kerana kami adalah antara golongan yang 'bertuah'.


Dan kami suami isteri hidup bahagia selama-lamanya. Tamat.  







Komen pemeriksa :
Bahasa yang digunakan amat teratur dan menepati kehendak soalan. Gred keseluruhan : A+.

*Ha ha ha..meroyan seorang-seorang nak ambik exam dan jawab soalan exam. Rindunya nak jawab exam especially exam dalam bahasa Melayu. Haruskah daku menjadi student semula di kala baju tak berlipat ada di atas katil, di atas sofa serta baju sudah berbasuh tak sempat disidai dalam mesin basuh dan anak menangis minta susu? ngeeeee*