Thursday, December 30, 2010

Umur caye satu tahun laa...

25 Disember 2010. Genaplah setahun Ahmad Raif Idlan di bumi Allah. Syukur pada Allah, kami dikurniakan anak yang sihat badan dan akal fikiran, cergas dan menghiburkan. Buah hati pengarang jantung mama and babah.

Sambutan hari jadi Ahmad biasa je. Lagipun Ahmad too small to appreciate what birthday celebration is at this age. Maybe dah besar sket, baru kita buat yang ada tema2 bagai.

Tema privates ke tapi yang penting tak membazir. Tak pun tema ultraman ke coz Ahmad is so into Ultraman and bolaaa. Mama pun boleh jadik otromen jugak kadang-kadang bila Ahmad meragam kan kan kan....

But this time, kami ajak mak dan adik-adik makan ikan bakar je. Sebenarnya tak berapa sesuai nak buat kat situ, tapi dah salah sorang adik Mr Husben nak share belanja, kami pun on je.

Bukan apa, tempat tu sesakkk...especially weekends..penuh dengan orang dari luar yang datang cuti kat Melaka. Dah tu time Krismas pulak tu. Memang penuh tempat tu.

Ahmad dapat banyak birthday present. Mekasih semua pakcik dan makcik. Next year kena lebih meriah la nampaknya..ngeh..

besday boy yang sangat lasak..

hazel cheese cake yang sangat best!yummy

our small family

Ahmad dengan hadiah dari Pak Ude dan Mak Ucu..yang ni best! so mama ngan babah boleh
jimat for the next 2-3 years...

Hadiah Mak andak dengan Pak Andak..yang ni pun kena tunggu Ahmad besar dulu..
sebab kena kayuh2..

Famili besar..
sebelum malam...

Seriusnyaaa...dengan opah sekali

dah setat dah gelak tok wan dia tu...

tempat makan.....Medan Ikan Bakar Muara Sungai Duyung Melaka..bolehlaaa... 

dengan mak ucu dapat hadiah telefon..boleh cakap betui2 telefon tu...



 

dengan Pak Cik dan hadiah pakcik

kusyuk dapat main bola...
 
hadiah dari mama dan babah..sebab Ahmad suka bola


Ahmad Raif, bila Ahmad Raif dah besar dan terbaca catatan ni, Ahmad akan tau mama dan babah sentiasa  berdoa Ahmad akan membesar sihat dan jadi anak yang soleh. Jadi orang yang cemerlang dan beriman dengan sebenar-benar iman kepada Allah.

Dengan hari jadi yang pertama Ahmad ni juga bermakna dah genap setahun mama menyusukan Ahmad walaupun tak sepenuhnya sampai 6 bulan. 

Moga berkat air susu ibu ini dapat melembutkan hati Ahmad dan merapatkan hati-hati kita. Berkat ia juga menjadikan Ahmad orang yang berjaya di dunia dan akhirat.  Dan dapat juga menjauhkan diri dari berbuat benda yang tak elok dan dapat melukakan hati kami.

Satu tahun ni penuh emosi, gembira, ketawa, sedih, terluka, geram, marah, merajuk..tapi mama rasa tahun 2010 ini lebih banyak emosi gembira becoz now we have you. A special you.

Ahmad Raif Idlan, mama and babah love you.. we know you know it..!!

Wednesday, December 29, 2010

Ngauman Harimau di Gelora Bung Karno Malam Ini


Go Tigers..!!

Moga Malaysia dapat bawa balik Piala Suzuki kali ni..

Perlawanan akhir kedua Kejohanan Bola Sepak Piala Suzuki AFF 2010 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta malam ini.

Secara langsung di RTM1 dan saluran 813 Astro StarSports bermula 7.30 malam.

Tuesday, December 28, 2010

Awasi Anak Anda di Eskalator

Baca berita hari ni dalam suratkhabar? Berita kaki budak cedera tersepit eskalator. Terasa macam nak komen sebab ada di tempat kejadian. Bak kata orang memang  the right time at the right place.

Ahad pukul 9 malam. Kami baru tiba ke situ tak sampai 10 minit. Tengok orang kerumun eskalator. Ingatkan ada orang terjatuh. Tengok-tengok ada budak perempuan dalam darjah 5, tersepit kaki dalam eskalator.

Sila imejin ye, jejari kaki termasuk dalam celah-celah eskalator. Disebabkan eskalator tu sedut kasutnya. Ye, kasutnya. Saya tak berani nak tengok. Ala-ala jengah manja je. Takut pulak nak tengok, kut-kut berdarah ke apa. Maka, Encik Husben pun tolong apa yang patut. Kitorang dua duk diam-diam tolong tengok dari jauh je.

Sian kat budak tu terjerit-jerit sakit. Gila kau kaki masuk celah-celah tu mestila sakit. Adoi..Dekat sejam juga kakinya tersepit baru bomba bleh keluarkan. Paramedik pun dah stand by.

Ditambah pulak dengan drama antara pekerja shopping complex termasuk guards dengan reporter. Iye, reporter sampai situ sangat cepat ok. Ramai pulak tu. Taktau sape yang jadik informer. Dah ada pulak nak bergaduh-gaduh sebab pekerja-pekerja tu tak bagi sesape pun ambil gambar. 

Tak boleh ambil gambar sebab nak jaga nama shopping complex tu atau nak jaga air muka mangsa? 

Wartawan itulah kerjanya. Guard tu pun itulah kerjanya. Kalau tak dapat berita macam ni, wartawan tu mesti kena marah dengan bos dia. Guard tu pun kalau tak jaga gerenti kena sound tak pun terus kena sack.

Apa pun, tolong awas dengan anak-anak ye. Kadang-kadang tengok mak ayah biarkan je anak turun naik main eskalator.

Dan kasut mahal pun tak tentu boleh selamatkan kaki kalau tuan punya kaki tak sayang kakinya sendiri..lol





Tuesday, December 21, 2010

nak cuti...nak cuti

tapi tak boleh nak cuti. hangin satu badan oke. Branch KL yang buat masalah, tak pasal-pasal terpalit sama kat kitorang yang suci kat Melaka ni.

Datuk pun dah keluarkan circular, semua loyer tak boleh cuti sampai bulan 2 tahun depan. Semua cuti kena beku sebab collection tak berapa bagus.

Masa mula-mula keluar memo tu ada la sikit-sikit "termaki" manja "what?..what?..what?" sebab hujung tahun dah plan nak gi bercuti. Maklumlah, cik abang cekgu, mestilah kita nak cuti-cuti Malaysia time cuti sekolah. Time lain susah cekgu nak dapat cuti tau. Bila sekolah cuti, kitorang yang private ni pulak yang susah nak cuti.

Ni rasa macam nak buat cuti sendiri je ni...dah boring dah keje. Rasa macam dah tepu dah kepala otak ni. Menghadap benda yang sama tiap-tiap hari...

nak cuti..nak cuti..nak cuti..nak cuti...*kalau sebut 44 kali boleh cuti kut*

Pendapatan ASB 2010

PNB dah pun umumkan agihan pendapatan untuk Amanah Saham Bumiputera (ASB) 2010 tadi. 

Pendapatannya sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus 1.25 sen seunit.

Tak cecah 9 pun agihan tahun ni. Bila la agaknya nak dapat pendapatan macam dulu-dulu. Ada yang cecah 12. Ermm..pape pun syukur. Selain menyimpan ada juga bonus.


Monday, December 20, 2010

Friday, December 17, 2010

Sales Are Everywhere!!

maklumlah, Krismas dah dekat. Tahun baru pun dah dekat. Semua orang nak buat sale. End year sale, Christmas sale, stock clearance sale. Macam-macam la.


KL SOGO SALE
20 NOVEMBER 2010 - 2 JANUARI 2011
KOMPLEKS SOGO
JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN


PARKSON JUALAN GUDANG EKSTREM
16 - 26 DISEMBER 2010
ARAS 2, RUANG PROMOSI NEW CITY
KLUANG PARADE
KLUANG JOHOR


METROJAYA JUALAN KARNIVAL
22 - 26 DISEMBER 2010
DEWAN B, PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PUTRAJAYA (PICC)


FELLA DESIGN JUALAN GUDANG HQ
10-19 DISEMBER 2010
BUKIT SUBANG, SHAH ALAM


JUALAN BATA
SEMUA KEDAI BATA

Banyak lagi la sales. Cuma berhati-hati masa membeli. Beli yang perlu je kan supaya tak menyesal.

Thursday, December 16, 2010

McDonald's Happy Meals yang tak happy...

huhuhu...betul ke tak?

Kat Los Angeles, Amerika Syarikat, seorang ibu saman McDonald's sebab merasakan yang McDonald's telah menggunakan barang mainan dalam hidangan Happy Meals sebagai umpan nak menarik minat ramai kanak-kanak.

Imejin jela anak kita merengek tetiap hari sebab nakkan mainan tu. Terganggu jiwa raga ok. Eh, tapi ye ke budak-budak je yang terumpan? Mak budak pun pernah "terumpan" dan "terkorban" wang ringgit sebab tergoda dengan koleksi patung Sesame Street dengan Hello Kitty yang kawen2 tu. Sekarang dah insaf dan kembali ke jalan yang benar..  

Nak tau apa citer ni sebenarnya? Kat SINI.

Padehal, makanan kat dalam meal tu bukannya ada khasiat. Ntah2 ada lemak trans ke hape. Kalau tak selalu tu kira aci jela.

Moral of the story, sebagai makpak anak-anak kita, kita boleh awas apa yang anak kita nak makan. At first instance, kita sendiri yang dah kenalkan anak-anak kita dengan makanan-makanan segera tu, harusla kita jugak yang kawalnya. Kita jugak yang kawal beg duit kita dan suami kita kan? : P

Kalau tak boleh, just cakap tak boleh. Bagi jugakla reason nape tak boleh makan selalu. Cakapla, kang jadi berat macam gajah ke. Takpun nanti kena duduk hospital sebab sakit, dah langsung tak boleh makan best-best.

Kami setakat ni masih masak makanan Ahmad setiap pagi sebelum kerja. Hantar rumah mak siap-siap. Macam-macam resepi dah terai ni. Tak sabar nak tunggu Ahmad boleh makan asam pedas. lol 

Tapi kalau depa dah besar nanti biaq pi jela. Doa kan jela anak-anak ni dapat isteri/suami yang pandai masak, takdelah asik angkut tupperware dari rumah kita tiap-tiap hari..uhuk uhuk uhuk..sentap..

Mendung Melaka di 10 Muharram..

Melaka mendung hari ni. Seingat saya dari mula saya bangun sahur sampai sekarang, hujan berhenti kejap je. Sepanjang hari tak dapat langsung nak tengok kelibat matahari. Lama-lama boleh putih macam Lisa Surihani.. lol..

Seredup-redup juga mata yang mengantuk dari pagi tadi sebab bangun bersahur. Terjaga berkali-kali sebab takut terlepas waktu sahur pulak. Yang berjaga untuk susukan si kecik tu pun banyak kali. Puasa 10 Muharam merangkap khado puasa bulan Ramadhan yang berapa hari rongak. Kalau khado lambat-lambat, takut nanti "buat-buat" lupa.

Time musim hujan ni mesti ada kawasan yang kena banjir.

Banjir. Masa time budak2, memang rumah kami kerap tenggelam dengan air bah. Maklumlah, duk kat kaki bukit, depan pulak kolam. Sah-sah bertakung air.

Tapi seronok jugak sebab tak pernah dapat peluang nak mandi pool. Mandi sungai adala. Maklumlah orang susah, nak jejak kaki kat hotel pun kena pikir juta2 kali. Ambik jela kesempatan yang ada. Tapi sekarang syukur, dah takde banjir dah.

Teringat jugak banjir besar di kawasan Masjid India dan Dataran Merdeka tahun lepas kalau tak silap...sampai terpaksa la peniaga-peniaga tu buat sale tak hengat sebab barang-barang semua dah rosak...





Ada pengalaman di musim banjir?

Wednesday, December 15, 2010

Separuh Akhir Pertama Kejohanan AFF Piala Suzuki 2010 Malaysia v. Vietnam

Malam ini jam 8 malam di Stadium Nasional Bukit Jalil, perlawanan separuh akhir pertama antara Malaysia menentang Vietnam. Sesape yang takde peluang nak pergi Bukit Jalil, boleh tengok siaran secara langsung di Astro dan rangkaian saluran RTM malam ni.

Harap-harapnya semangat Malaysia boleh menyerap masuk dalam pemain-pemain kebangsaan malam ni. Di Sukan SEA 2009, Malaysia pernah tewaskan Vietnam.

Mengharapkan kemenangan untuk Malaysia sebelum ke Vietnam nanti. Bak kata pengadil Subkhidin Mohd Salleh, Malaysia bukan pasukan "underdog", jadi janganlah rasa cepat lemah semangat.

Menangla hendaknya Malaysia...

Lagenda Ibu Tiri


"anak tiri, anak angkat, anak buah, anak orang lain tak sama dengan anak sendiri"
Abang kepada beras biras saya duda anak satu. Majlis kahwin, baru habis minggu lepas. Meriah. Meriah macam bukan perkahwinan duda anak satu. Berkenalan tak sampai berapa bulan, terus bertunang dan kahwin. Dah suratan jodoh.
  
Duda 34 tahun anak satu yang kematian isteri 6 tahun lepas sebab kanser usus. Muka dah keras. Tak senyum sepanjang majlis. Mungkin dah lama tak senyum. Atau ada perasaan sedih yang terselit dalam hati.

Isteri baru muda. Baru 24 tahun. Nak bermanja-manja dengan suami. Tangkap gambar kawen dengan jari tunjuk isyarat "peace". Muka cantik, comel pulak tu. Tapi sayang, mulut agak "meriah".

Anak kecil baru 6 tahun. Tak pernah panggil sesiapa "mama" sepanjang tempoh 6 tahun lepas. Ntah faham ke tidak ayah nya kahwin lagi. "Kahwin" dalam bahasa budak-budak mungkin bermaksud duduk sama-sama, makan sama-sama.

Lebih parah, mak mertua dan adik ipar perempuan saya adalah tukang match maker nya.

Si isteri muda telefon adik ipar perempuan saya, mengadu-ngadu...."abang ni degil, keras kepala". Tak dapat tangkap apa butirnya. Mungkin sebab ada benda yang si suami tak buat mengikut "kehendak" si isteri.

Sebelum itu, si isteri komplen....

"tak mau anak jadi flower girl. Tak suka"

"kalau pergi honeymoon, tak boleh bawak anak sama.."

Semalam, makin menjadi. Adik ipar kata si isteri telefon dan mengadu, berebut tempat duduk depan dalam kereta dengan anak tirinya. Serius kebudak-budakan. Mungkin dia tak sedar suaminya duda anak satu.

Kesian pada siapa? Pada isteri barunya ke atau anak kecil nya sekian lama dijaga sendiri??. Atau pada dia sendiri yang dah tentu akan berbelah bahagi yang mana satu nak di jadikan priority?

Atau pada mak mertua saya dan adik ipar sebagai perancang yang sentiasa akan "menerima" aduan?

Kata orang tak sama anak orang lain dengan anak sendiri. Digambarkan dalam filem drama-drama melayu hatta omputih sekalipun, ibu tiri mesti garang, brutal, suka mendera fizikal mahupun mental. Dah jadi macam satu fakta. Hakikatnya takdelah macam tu sekali. 2 orang kakak saya bertemu jodoh dengan duda dan ada anak segera, tapi takdela pulak melibatkan unsur-unsur penderaan. 

Kadangnya anak sendiri pun tak tercurah kasih sayang...macam ni -- Bayi dibalut kain batik lusuh ditemui.

Pelik tapi benar.


Tuesday, December 14, 2010

Gout kah Aku?

Sejak menjak ni kerap pulak sakit kaki terutama lepas bangun tidur. Apa benda yang dah jadi kat kaki ni? huwa huwa huwa..bila bangun tidur tu yang rasa sakit sangat, tapi lama-lama bila dah jalan-jalan, okey pulak dah.

Misteri apa pulak ni. Bila tanya dengan cik abang, dia kata maybe gout sebab dia pesakit gout tegar. Oh tidakkkk...gout? mak tak dapat terima kenyataan ok. huwa huwa huwa lagi..

Takkanlah gout kut. Nak kata asyik makan seafood, takde pulak. Sebab minum kopi ke? Tapi selalunya pagi secawan je. Makan limau pun dah lama. Last makan limau masa Tahun Baru Cina lepas. Ok tipu. Kacang? ermmm..pun dah hilang ingatan bila last time makan. Kesimpulannya pemakanan macam ok je. Macam jela sebab taktau la ok ke tidak.Sendiri yang kata ok.

Adakah sebab muatan badan dah berlebihan?. Sebab malam semalam ada buat aktiviti menyoping henbeg kejap sebelum balik rumah. Sian kat kaki..mengangkut berat..ishhh..memang nak kena diet gila-gila ni.

Masa weekend, menyelak album lama. Tiba-tiba tertengok balik gambar masa patah kaki. Nasib baik sempat tangkap gambar. Ada jugak la kenangan. Time tu seksanya nak pergi mana-mana. Dahla rumah kat tingkat 2, takde lif pulak tu. Sila imejin ye macamana keseksaan fizikal nak mendaki tangga rumah.

Yang lagi seksa, time kaki gatal..waaa..yang ni memang tak bleh nak tolerate. Berzikir camne pun kalau dah gatal, memang nak kena garu. Heh..akhirnya pembaris panjang juga la penyelamat. Masukkan perlahan-lahan pastu garu....Lega.

lol..

Siapa yang pernah patah kaki ke tangan juga?

*gambar tidak disertakan sebab terlampau ngeri kerana subjek di dalam gambar tidak mandi untuk beberapa hari..sekian*

Friday, December 10, 2010

BETUL ke dah buat keputusan yang BETUL? Biar BETUL..

A group of children were playing near two railway tracks, one still in use while the other disused.
Only one child played on the disused track, the  rest on the operational track.

The train is coming, and you are just beside the track interchange.
You can make the train change its course to the disused track and save most of the kids.
However, that would also mean the lone child playing by the disused track would be sacrificed.
Or would you rather let the train go its way?    

Let's take a pause to think what kind of decision we could make........ ........


Scroll down  





Most people might choose to divert the course of the train, and sacrifice only one child.

You might think the same way, I guess.

Exactly, to save most of the children at the expense of only one child was rational decision most people would make, morally and emotionally.

But, have you ever thought that the child choosing to play on the disused track had in fact made the right decision to play at a safe place?

Nevertheless, he had to be sacrificed because of his ignorant friends who chose to play where the danger was.

This kind of dilemma happens around us everyday.
In the office, community, 
in politics and especially in a democratic society,
the minority is often sacrificed for the interest of the majority,
no matter how foolish or ignorant the majority are, and how farsighted and knowledgeable the minority are. The child who chose not to play with the rest on the operational track was sidelined.


If the train was diverted, that lone child would definitely die because he never thought the train could come over to that track! Moreover, that track was not in use probably because it was not safe.

If the train was diverted to the track, we could put the lives of all passengers on board at stake!

And in your attempt to save a few kids by sacrificing one child, you might end up sacrificing hundreds of people to save these few kids.

While we are all aware that life is full of tough decisions that need to be made, we may not realize that hasty decisions may not always be the right one.

credit to my boss for forwarding this.. 


'Remember that what's right isn't always popular... and what's popular isn't always right.'  

Everybody makes mistakes; that's why they put erasers on pencils. 
  
And in the case he was sacrificed, no one would shed a tear for him 


The great critic Leo Velski Julian who told the story said he would not try to change the course of the train because he believed that the kids playing on the operational track should have known very well that track was still in use,  and that they should have run away if they heard the train's sirens..

"Food Craving Giveaway by Mommalydzar"

Join Giveaway ni..


Sape nak join kat SINI..

Mommalydzar buat GA..huhu..

Nak kena teka makanan apa yang mak yung Mommalydzar teringin sangat nak makan ek?

Haritu makanan Arab dah dapat kan... 

Rasanya makanan Western kut kali ni..tapi sebab letak gambar donut kat banner, nak makan donut kut..huhuhu..

Lydzar, nak makan BEEF STEAK kan?

ye, saya dapat membaca hatimu itu..hehe..

Universal Studio Malaysia?

Melaka nak buat taman tema ala-ala Universal Studio pulak dah. Namanya Laman Seni Film City. Kiranya macam Universal Studio ni.. 

"MELAKA: Sebuah taman tema ala-Disneyland dan Universal Studio akan dibangunkan di negeri ini dengan kos kira-kira RM300 juta dalam usaha membantu kerajaan meningkatkan industri pelancongan negara, khususnya di Melaka.

Projek Laman Seni Film City ini, akan dibangunkan Fine Leisure Development Sdn Bhd, anak syarikat Kumpulan Eurofine di tapak seluas 21.668 hektar di Bandar Hijau, Hang Tuah Jaya, berhampiran Plaza Tol Ayer Keroh.
Pengarah Urusan Kumpulan Eurofine, Ida Rahayu Md Noor berkata, projek itu yang diilhamkan pihaknya pada 2000, akan dimulakan pembinaannya awal tahun depan dan dijangka dapat disiapkan dalam tempoh tiga tahun."

Malasla nak komen. Jangan jadi projek gajah putih dah la...nanti terbiar macam tu je. Harap nya projek ni menjadi ye. Boleh jadi salah satu benda yang boleh menarik pelancong ke Melaka.

Baca artikel penuh di SINI 

Rindu

Pagi ni saya kelam kabut. Macam orang anak sepluh. Sana sini kemas barang Ahmad - masak nasik Ahmad - siapkan Ahmad - siap diri sendiri bedak bersopak2 - siapkan susu Ahmad.

*Betul...seploh tolak sembilan = sorang*.

Cik abang saya berkursus di KL. Saya di Melaka bertemankan Ahmad.

"Ahmad..jom kita makan.."
"ermm..."

"Ahmad, jom kita tengok tv.."
"kakak..kakak..kakak.."

"Ahmad..temanla mama iron baju.."
"atetete.."

Heran juga Ahmad sebut perkataan "kakak" dengan elok. Ntah apala maksudnya. Harapnya maksud yang elok aje. Aminnnn....

Syukur, cuma kursus 3 hari. Kalaulah 3 bulan, saya kena berusaha keras masuk kelas untuk belajar bahasa Ahmad, supaya ada komunikasi dua hala..lol

Senarai benda nak dibuat pun cik abang dah tampal di suis lampu sebelum dia bertolak, apa yang perlu bawa, apa yang perlu buat.

Buang sampah - tutup suis iron - masak nasik Ahmad - bawa botol susu Ahmadpasang ubat nyamuk - jangan lupa beg duit, hp mama - air cond set cuma 27c angin satu bar ..^ - ^ ...hihi..ye, seriously, itulah ayatnya..

Sesungguhnya suami saya memang pelengkap diri saya yang sangat kelam ni.. : P 

Thursday, December 09, 2010

Kagum Dengan Blogger Tegar

Yela, sungguhla kagum dengan blogger-blogger yang dapat update entri dengan berdisplin tiap-tiap hari dan dapat habiskan masa depan komputer/laptop. Buat entri yang berinformatif pulak tu. Memang kagum mabeles.

Macamana ye orang lain buat?Saya tak sempat. Nak update pub tak sempat. Kadang-kadang sehari suntuk cuma dapat blogwalking je. Itu pun blogwalking untuk blog-blog yang sedia ada kat bloglist. Nak blogwalking kat blog lain dengan displin belum lagi.

Bila kat rumah, lagilah, kena ambik masa yang sesuai untuk online dan update blog. Nak buat kerja rumah lagi, masak sikit. Tang mana nak curi masa dah taktau dah.

Mungkin lepas ni, bila ada idea je, terus tulis walaupun sikit. Lepas tu, baru kembang-kembangkan idea tu. Takpun mungkin boleh dapat idea dari blog-blog lain sedikit sebanyak dan buat entri kita sendiri.

; P


Monday, December 06, 2010

~ Wardah Ilmu First Giveaway ~

Saya join give away ni..di wardahilmu.blogspot.com

di tag oleh ayu




Senang sangat cara nak masuk GA ni... 

Syarat penyertaannya adalah seperti berikut:

1. Peserta giveaway ini mestilah follower blog http://wardahilmu.blogspot.com

2. Peserta juga perlu like halaman "Best Tupperware" (klik je link ini dan tekan butang like yer)

3. Anda perlu sediakan satu entri khas berkenaan giveaway ni di blog masing- masing. Pastikan link syarat no.2 tu sama.

3. Tagkan entri ini kepada 5 orang rakan anda. (lebih pun takpe)

4. Tarikh tutup penyertaan ialah pada 31 Disember 2010

5. Sahkan penyertaan korang di ruangan komen di SINI..

Tiga orang peserta yang bertuah akan menerima HADIAH MISTERI....

Sebagai memenuhi syarat, saya nak tag :


Friday, December 03, 2010

Nak pergi MAHA 2010..nak menang kambing jugakkk...

Baca dalam paper ada pensyarah, Ahmad Udin jadi pengunjung ke 1.5 juta MAHA 2010. Dari Kuantan Pahang, datang dengan anak perempuan beliau.


Ai..bertuah sungguhla...siap dapat kambing sekor tu. Boleh buat kambing panggang cicah sos mayonis takpun cicah ngan air asam..perghh. Pastu dapat tiket pergi Australia plak tu. Jelesnya. *eh pakcik, cunnya anak perempuan pakcik..hehe*
Tengok aktiviti kat MAHA 2010, macam-macam ada. Semalam ada pertandingan angkat berat kan. Akak yang powerful angkat beras tu, gambar kat front page lagi tu. Sempoi sungguh. Hari ni taktaula pulak. Bestnya kalau dapat pergi. Tergugat keimanan nak pergi.


Sekali lagi jarak menjadi kekangan. Nak pergi tapi jauh. Bila camtu, carta keinginan untuk sambung tido di hujung minggu lebih tinggi dari carta keinginan nak pergi MAHA 2010 tu. 

Siapa yang dah pergi MAHA 2010? Sila cerita sket best ke tak best ..

"SHOW YOUR TEETH BABY CONTEST 2010"


Harap-harap sempat lagi nak masuk. Saje je join sebab cam menarik pulak. Due malam ni pukul doplas tengah malam. Cinderella.

 



Gambar kenangan gigi Ahmad....


 
- Nama penuh : Ahmad Raif Idlan Bin Mohd Razali
- D.O.B dan umur : 25 Disember 2009 (11 bulan)
- Hobby bayi/kanak-kanak tersebut : Main bola dan dengar zikir di Astro Oasis
- Berapa batang giginye yang dah ada sekarang : sekarang dah ada 6. 4 kat atas, 2 kat bawah

Lyn, aci tak kalau ada muka maknya sekali..huhu..susah nak dapat gambar Ahmad tersengih sebab brother ni memang serius orangnya. hehe..jadinya gambar ni je yang ada.

Rasanya banyak lagi gigi yang nak kena cekidaut ni sebab air liur bersepah sangat. Habis baju, lantai rumah semua terjejas dengan air liur cik abang ni.

Paling kritikal, disebabkan air liur sendiri yang bersepah kat lantai, berapa kali tuan punya air liur tersebut eksiden sebab tergelincir pastu waaa...

Waktu nak tumbuh gigi, merengek-rengek je. Tapi sekali keluar, tu diaaa..tajam ok. Selamba je ambik tangan kita dan gigit. Adoi..

Nanti kita berus gigi sama-sama ye.. 


Thursday, December 02, 2010

Gunakan Tanpa Was-was

Kat opis korang ada tak orang yang berpenyakit was-was ni? Ni kat ofis ni ada seorang tau. Lelaki. Adoi, was-was dia satu hal. Satu hal lagi dah boleh buat huru hara keadaan ofis ni. Mana taknya, bila time dia dalam toilet berjam-jam. Hairan jugak apa yang dibuat lama-lama dalam toilet tu. Ntah apa yang dia belek gentel ek. Nak gentel lebih-lebih kena sambung kat rumah la gamaknya.

Tambah menyayat hati bila waktu dia ambik wuduk time nak solat Zohor. Mak oi, memang lama. Kejap-kejap basuh muka balik. Kejap-kejap basuh muka balik. Rasa-rasanya kan ikut history memang terbaiklah dia punya lama. Caya tak kalau ambil wuduk je dah dekat setengah jam tau. Memang terhapus la semua kuman-kuman yang ada. Tak bagi chance dorang nak bermastautin.

Tapi paling sakit jiwa lara ni hah bila dia dalam toilet, perut ni hah meragam pulakkkkk...Time tu mulalah hati ni nak "memuji" je dia tu. Tadi dia buat lagiiiiiii. Sabar. Senyum. *buat muka beriman sebab nak menahan sakit perot..nanges* 

Ini lah bisikan syaitonirrajim kat hati kita. Was-was. Tak yakin. Tapi penyakit was-was ni bukan eksklusif untuk officemate saya yang dihormati lagi disegani yang tersebut di atas tu.

Saya pun kenkadang ada. Time dah keluar rumah seploh minit baru teringat was-was "suis iron dah tutup ke belom". "Pintu belakang pulak dah kunci ke tidak". "Tadi ada masak nasi Ahmad, dah tutup api ke tak?". Ish...memang rasa macam nak pang je. Time-time dah jauh dah keluar rumah mulalah syaitonirrajim ni buat kerja membisik-bisik bagai.

Kadang-kadang berdoa sangat minta dijauhkan dari penyakit was-was ni. Tak senang hati dibuatnya.

Siapa ada pengalaman best pasal penyakit was-was?

nota kukukaki : Ni nak tanya, yang bedak sabun ubat gigi Zaitun "gunakan tanpa was-was" tu dah takde ek..


Siapa nak masuk Fear Factor?Dare to try?



Best ni.

Mulai esok sampai hari Ahad, ada "Karnival 1001 Rasa Sate Kajang" kat Stadium Kajang. Siapa yang berminat mai la datang kat Karnival 1001 Rasa Sate Kajang kat Stadium Kajang ni. Dari pukul 9 pagi hingga 11 malam.

Dan yang berminat nak berlatih untuk Fear Factor Asia musim yang terbaru, *yang taktau lagi bila zaman*, pun boleh datang. Sebab kat sini nanti ada sate ulat dengan sate belalang. Sape pernah makan? huhu..

Sate arnab pun tak sanggup nak makan sebab kesian terbayang-bayang muka arnab-arnab tu. Muka masing-masing chumel-chumel tapi tetap kena ngap.

*Tetiba, teringat pulak muka kucing dalam Shrek tu. Comei sangat ok walaupon jahat. ala ala kuti kuti kuti..

Aktiviti kat Karnival 1001 Rasa Sate Kajang ni berderet-deret. Larat ke tak je kalau nak gila kuasa nak masuk semua aktiviti tu. Macam-macam ada. Nak tengok, klik NI.

Kalaula dekat, sure la berusaha pergi sebab Husben suka makan satay.

Tapi rasanya tak dapek la kan, sebab banyak undangan majlis kahwin hujung minggu ni.

Wednesday, December 01, 2010

WikiLeaks bikin gempar satu dunia, sesungguhnya memang dunia tanpa batasan!

Mesti semua dah tau kan pasal WikiLeaks kan.

Gempar satu dunia sekarang ni. Tambah lagi bila serangan dan pembocoran maklumat sulit melibatkan kuasa besar dunia, Amerika Syarikat...Maklumat perisikan AS yang dibocorkan, tapi melibatkan sekutunya dan negara-negara yang ada kabel diplomatik dengan AS. Maklumat tentera AS pun bolos jugak.

Eh, Bolos. Dah lama tak tengok kat Astro. Ada lagi ke ek? Suka nak tengok Zizan Raja Lawak hos Bolos tu. "Bolos saja dinding ituuuu"..Eh, apa yang ko merapik ni syaitonnn,...

Ok. Back to the topic,  arakiannya, terkeluarlah segala bagai maklumat sulit, cerita cerita sulit, mahupun skandal dan gosip liar. Tulah dia, kuasa internet, dunia tanpa batasan. Masuk kat internet sat-sat tu jugak semua orang boleh tengok, baca. Melibatkan pemimpin-pemimpin negara-negara lain kuasa besar dunia pulak tu. Isu-isu sensitif pun dikeluarkan dek WikiLeaks.

 Terbaru dan terkini, pengasasnya Julian Assage yang berasal dari Australia dah disenaraikan sebagai "DIKEHENDAKI" oleh INTERPOL. Tapi bukan sebab kebocoran maklumat yang dibuat dek WikiLeaks, tapi sebab ada kes rogol melibat Assage kat Sweden.

Tapi, setiap benda ada batasannya kan. Makan pun kena berhenti sebelum kenyang. "Dunia tanpa batasan" ni pun kena ada batasannya juga.

Jangan simpan makanan lama-lama...bahaya!

"Ala, makanan tak habis la...."

"Takpe, simpan dalam peti ais dulu.."

Eh, dialog tu macam biasa dengar je. ahakk..suka-suka hati je nak buat peti ais macam muzium kan? yela, peti ais kat rumah kita. Kalau kat rumah mak mentua, mungkin kena bertatasusila sket.

Yang paling kritikalnya, aritu buat spot check kat dalam peti ais, ada sebotol sos cili dan beberapa rakannya yang lain yang dah expired tahun lepas. Maklumlah, baru kawin tahun lepas. Kalau kawin dah saploh tahun, camne? 

Ok, sila imejin berapa kepadatan penduduk kulat-kulat di dalam botol tersebut. Tak boleh imejin? Pejam mata dan imejin kulat-kulat tu sedang beryuha-yuha ye...eeeeeeeee..geli ok. Tu belum lagi sambal, lauk pauk orang kenduri..huhu

Sori, tak sengaja nak simpan sebab tengok rupa dari dasarnya nampak macam masih sopan lagi. Masak hari-hari uhuk uhuk tapi selalunya tak guna benda-benda berkenaan. Ok, fine, alasan.

Tapi betul la serius tak tipu. Kalau tak, takkan biarkan je mereka-mereka itu kegersangan kat dalam peti ais. Kesian. Kat beg duit pun kesian. Nasib la kitorang ni tiap kali nak makan dari makanan dari peti ais mesti tengok expiry date dulu. Kalau tak...

Cerita bab makanan dalam peti ais ni kan, ni dah kuor dalam berita dah, bahaya simpan makanan lama-lama. Bahaya sebab boleh ada mikotoksin. Mikotoksin ikut tuan doktor tu boleh sebabkan radang hati dengan kanser hati ko. Kat dalam berita harian online ni hah : Bahaya Makanan Lama

Tapi kan, kadang-kadang rasa macam sayang nak buang kan. Moral of the story, masak kena bajet-bajet, beli pun kena bajet-bajet. Nasib baik sekarang kitorang berdua dah ada alternatif. Ada kucing plus hamba Allah kat belakang rumah yang tengah lapar...larikkk. Pastu aci tak kalau main bagi je ayam-ayam kat rumah ntah-sape-tak-kenal.

Yela, walau secanggih mana pun peti ais kat rumah kita. 2 pintu ke, 3 pintu ke, berpintu-pintu macam almari ke tetap la kuman sekeluarga duk menempek berpikinik kat situ. Mana taknya, buka peti ais setiap kali pergi dapur. Peti ais ni macam ada magnet. Lalu je nak bukak. Lalu je nak bukak. Bukak dengan harapan menggunung tinggi harap-harap adalah miracle dalam tu..hehe

Pergi dapur sehari doploh kali x lima minit selongkar peti ais x doploh kali bukak peti ais
= kuman berjuta-juta lemon

Adi Putra, tolong kirakan, buleh?

Ada  lagi tak tips camne nak elak dari buang makanan kat dalam tong sampah?

Tuesday, November 30, 2010

Episod Akhir Asmara TV3

Harap-harap jangan la termiss episod akhir drama bersiri Asmara TV3 malam ni. Kalau tidak, mahu jadi macam kes drama Akasia Chinta dulu. Tapi yang ni lain. Sebab dah follow drama Asmara dari awal. Pukul 9 tetiap hari Selasa dah siap terpacak kat depan tv. So, sesapa yang nak celen bercerita pasai drama Asmara ni, mai sini kalau berani. cewah..

Tapi sat tadi bos ada bagi hint hint hindustan, kalau dapat assignment baru kejap lagi, kena stay back sebab klien nak sign dokumen esok. Bestnyaaaaa. Bos, nak keje lagi 8 buleh? Fuuhhh fuhhh harap-harap takde la adegan babah dengan Ahmad mengusung segala tilam bantal busuk mama datang opis malam ni.

Berbalik kepada cite "Asmara" tu..ahak ahak ahak...suka la dengan drama bersiri ni. Husben je kata ntah pape. Suami saya sungguh tak berjiwa patriotisme tau. Tapi kebestan drama ni bagi saya didorong oleh kehenseman si Shahz Jaszle tu juga...uhuk uhuk uhuk terbatuk terbatuk..

Lagipun Shahz Jaszle ni baru umur 23 tau. Ada ke diorang gosip-gosipkan si Shahz Jaszle ni kata dia minat dengan wanita berusia.*saya pulak baruuuu nak masuk 30. apakah?? : P* . Tapi rasanya dah heboh Shahz Jaszle kena gosip dengan Maria Farida sebab gambar diorang tu kat twiter.

"MENGAKU bercinta dengan wanita berusia lebih menyeronokkan. Kematangan wanita lebih tua memikat hatinya yang muda."
Tu dia pengakuan Shahz Jaszle tu. Geli ok. Tapi biar kan la dia. Suka hati la nak yang muda ke tua. Asalkan dia bahagia.

Artikel pasal Shahz Jaszle kat kosmo!online kat SINI.

Agak-agak apa ending drama Asmara ni ek?  

Monday, November 29, 2010

Not well...

Ye, saya tak sihat. Berapa hari dah sakit kepala dan sakit bahu kanan. Sebab sakit kepala, hari Jumaat tu terusla pergi berurut. Pastu bahu kanan memang wallah la sakit dia. Bengkak ke apa ntah urat ni, bersimpul-simpul ada ikat riben ke apa. Ni semua gara-gara ngadap laptop tak hengat dunia la ni. Kata rajin kan. Nak tido kat opis. Jadiknya sakit bahu sebab menaip tu kira redha jela.

Pas pergi berurut tu boleh pulak terus sakit-sakit badan. Sebab tukang urut tu powerful sangat tangannya. Ntah jurus berapa dia guna ntah. Sakit sungguh tau. Tak tipu. *Nanges nanges* Heran sungguh kekuatan power rangers yang dia gunakan tu. Nampak muka selamba je.

Punyala sakit, Ahmad tengok pun nangis-nangis jugak. Dahla sakit kena urut, tengok anak nangis-nangis boleh lagiiii sakit. Adoi..

Dia kata memang dah bengkak sangat dah bahu tu, sebab tu sakit. Kalau orang tak de penyakit, dia tak rasa sakit. *ye ke?* Huwa huwa huwa..ngeri nak datang balik kat dia walaupun dia pujuk-pujuk suruh datang balik. Kalau dia nak urut free pun terima kasih jela acik saya-dah-sehat-boleh lompat-lompat-bintang..

Dulu pun pernah jugak jadi camni. Urut, pastu demam. Telan Panadol berapa biji ntah.  Tengok orang lain cam macho je dorang. Takdelah demam bagai. Apa serius sangat ke penyakit aku ni?huwa huwa huwa lagi..lapan lagi.

Tapi magiknya pulak sakit kepala hilang. Tapi kejap je pun. Datang pulak lagi sakit kepala. Setelah dibuat kajian terperinci rasanya sebab mata ni hah. Memang blur sangat pun. Tapi bila check kat kedai yang free tu, kata takde rabun sangat. Pakai spek mata yang tikam kat kedai mainan tu pun boleh. Nama pun check free kan.

Adoi, camne ni? Takut nak pergi doktor pakar mata. Kang buatnya digodek-godek mata ni, takutnyaaa. heh. Termaktub memang penakut sebenarnya sejak azali. Nampak tikus dalam tv pun dah jerit-jerit pompuan ngade2 takut, inikan pulak buat benda-benda perubatan *pisau jarum, tajam-tajam semua* ni okay. Masa nak bersalin haritu dah siap-siap tinggal wasiat. Tapi tinggalkan wasiat suruh Husben kawin lagi.*apakah?suci sangat kannnn*

Pastu risau, takut rabun sebab kencing manis. Kalau ada kencing manis boleh jadi buta tau. Ini serius, bukan cobaan. Tak caya, tu cuba baca yang pelakon Normala Omar tu camne dia leh kena. Alaaa..yang pelakon mak Norzizie Zulkifli, isteri Zulkifli Zain. Pastu aritu ada baca kat dalam paper ada orang, *kat oversea la tapi* ada cacing kat dalam mata dia sebab tu dia rabun.

Rasanya macamana ek? Nak kena pergi pakar ke buat je spek baru.??




Friday, November 26, 2010

Wasiat Terakhir..Kepentingan Wasiat

Firman Allah yang bermaksud: “Diwajibkan atas kamu, apabila seseorang di antara kamu kedatangan (tanda-tanda) maut, jika ia meninggalkan harta yang banyak, (hendaklah ia) berwasiat untuk ibu bapa dan kaum kerabatnya dengan cara yang baik (menurut peraturan agama), sebagai suatu kewajipan atas orang yang bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 180)
Anda semua dah buat wasiat? Sesetengah daripada kita macam tak peduli nak buat wasiat ke tak sebab bila kita meninggal dunia nanti, harta pusaka kita akan dibahagikan kepada waris secara faraid mengikut nisbah yang dah ditetapkan oleh hukum syarak. 

Tapi sebenarnya, kita boleh mewasiatkan 1/3 daripada keseluruhan harta kepada selain daripada waris yang berhak. Kepentingan wasiat adalah untuk kita namakan pewasi kita. Maksudnya kita dah namakan pewasi (administator) yang akan menguruskan pusaka kita untuk mengelakkan harta pusaka kita dari jadi punca perselisihan faham waris-waris.

Lagi satu, kepentingan wasiat ni, pembayaran hutang tu pun nanti agak teratur juga. Sebab hutang akan diselesaikan terlebih dulu sebelum pembahagian dibuat.

Kebetulan semalam ada urusan kat bank. Pegawai bank tu offer untuk buat wasiat kat situ. Terlupa pulak berapa yurannya. Kalau tak silap RM50 kut. Kalau buat wasiat dengan Amanah Raya Berhad pulak rasanya RM350 untuk Muslim.



Tapi wasiat ni pun yang disediakan oleh Amanah Raya Berhad, yang mana kita akan lantik Amanah Raya Berhad sebagai wasi.

Dalam wasiat ni, disebut supaya semua hutang dan perbelanjaan termasuk tuntutan syarak macam zakat, upah haji dan hutang sesama manusia dibayar seawal mungkin lepas kita meninggal dunia.
Baca lebih lanjut mengenai wasiat di SINI dan SINI.

Ada juga pengurus pusaka komersil seperti Wasiyyah Shoppe Sdn Bhd yang boleh dilantik untuk menguruskan pusaka. Jenguk laman web nya di SINI.

Boleh juga buat wasiat sendiri kan? Yang penting kena bersaksi (2 orang saksi) dan kena nyatakan ianya wasiat kita yang terakhir dan wasiat-wasiat yang terdahulu tu tak terpakai.

Rasanya penting tak buat wasiat?

Am now 11 months..Get me chocolate ice cream with strawberry toppings, please...

Ewah, main order je bucuk mama ni ye. No, not yet. Belom boleh makan eskrim lagi ye. Mama je boleh makankan untuk Ahmad. Pass je baton tu kat Mama dulu ye. Nanti bila mama  dah tua, mama pass balik baton pada Ahmad.

Time really flies. Kejap je masa berjalan. Ahmad dah pun 11 bulan semalam. So, it's the final countdown to his new journey of toddlerhood. Less than a month dah nak jadi kanak-kanak riang ribena. Bukan lagi baby bucuk macam ok.

Ahmad aktif, suka membebel taktau apa butir, tak cerewet makan, tak cerewet minum, suka dengar ayat Al-Quran dan zikir, gelak macam opah-opah dan dah belajar berdiri. Paling penting, Ahmad suka kertas, buku, sokabau, segala benda ada kaitan dengan kertas. Selak selai-selai.

Alhamdulillah, perkembangan Ahmad ok. Tapi ada juga orang bising sebab tak jalan-jalan lagi. Tapi Ahmad baru 11 bulan, so tarak hal la. Mama dan babah menunggu saat itu dengan sabar. Saat mama babah kuruskan badan sebab nak kena kejar sana sini. Takpe lambat sikit. Take your time. Banyak sangat soklan "tak jalan lagi ke?owhhh..anak saya 8 bulan dah jalan". Owh, itu anak awak, anak saya bukan anak awak...jawab saya dalam hati.

At first, kami cadang nak beli alat bantuan berjalan.


Macam Moon walk ni. Cool. Nampak cam menarik je. Nama pun best. Teringat kat Michael Jackson tetiba. Rasa cam senang nak latih berjalan.


Walker Ahmad pun dah lama tinggal kenangan. Sebab dah naik hancur seatnya. Cari spare part merata Melaka *macam kete lak* takde. Sebenarnya we have decided not to buy any walker for Ahmad takut terjatuh. Tapi dah rezeki bos nak kasi, kita sambar jela.

Lastly, ahlil jamaah pikir-pikir biar jela dia ambil masa nak berjalan naturally. Takpe, biar lambat asal selamat. Setiap bayi kan berbeza, rasanya tak sesuai untuk dibanding-bandingkan antara satu dengan yang lain. Selagi sihat tubuh badan akal fikirannya, syukur pada Allah. Yang penting didikan kita yang mencorakkan dia.



pics taken last nite at almost 8.30 pm while waiting for me to finish up the work...


Dearest Ahmad Raif Idlan, mama and babah love you to the fullest..