Friday, February 25, 2011

Lemau macam biskut meri masuk angin..

Hari ni pun lemau lagi rasanya. Ahmad masih tak sihat lagi. Dah buat macam-macam dan dah pegi jumpa paed 2 kali. Ubat yang first time tu dah habis pun.

Selesema menjadi-jadi pulak. Dah cuba guna alat nak sedut hidung Ahmad, tapi macam tak berapa sukses. Tambah sekarang ada batuk pulak.

"babah, boleh tak tolong sedut hidung Ahmad dengan mulut??" ... senyap tanya jawapan ye tuan puan..hihi....

Bila anak tak sihat, terpaksa berjaga malam, tu yang rasa penat sangat. Pegi opis macam nak seret beg je. Sila imejin ye, macam budak darjah 1 nak pegi sekolah masa mula-mula masuk sekolah. Penat weh. Kalah orang kerja bendang. Ok tipu.

Tapi kanak-kanak bawah 3 tahun orang kata biasa demam, tak sihat. Sebab nak membina imuniti badan. Ada orang tua-tua kata demam, tak sihat ni sebab nak pandai buat sesuatu benda.

Agaknya apa lagi yang Ahmad nak pandai buat lepas ni ek? Hari ni genap-genap Ahmad setahun 2 bulan. Dah pandai meniru weh. Kena hati-hati nih..hihi..

Antara perkara yang Ahmad dah expert:

  • Dah boleh jalan-jalan, tapi nak jugak kita pimpin tangan dia. Agaknya tak berapa konfiden lagi nak berjalan sendiri. Takpe sayang, take your time, supaya Mama ada masa lebih nak kumpul duit untuk beli tv LCD..hihi -- Ahmad suka datang dekat tv dan tepuk kuat-kuat -- agaknya nak gambarkan betapa beliau sangat suka program tersebut. Ok nak, Mama urut dada tanda memahami --- hihi
  • Boleh tiru orang azan macam kat dalam tv. Bila time azan je letak tangan kat telinga macam bilal tu buat. Dari masa Ahmad baby lagi kami buka saluran Astro Oasis bila tiba masa waktu solat. Ada zikir-zikir Indahnya Iman. -- bukan Mama malas nak berzikir sendiri, tapi takut Ahmad terkejut dengar suara Mama yang merdu..*alasan ke ni??!!*
  • Membebel. Yang ni memang expert sangat dah ni. Dari jauh lagi opah-opah bersembang, boleh join sekaki. Taktau apa butir. Kenkandang gelak sensorang masa tengah tengok Raja Lawak. Ok jangan tiru parenting tips ni ye. -- kasi anak tengok Raja Lawak supaya kita boleh masak kat dapur.
  • Perintah ikut jari. Macam gunakan kuasa minda je. Macam Babah selalu buat je?? Tunjuk je kat mana-mana benda yang dia nak sambil nangis-nangis sikit. --- ini bukan genetik saya ni..hihi..tak ngaku!
  • Protes. Ok fine. Yang ni memang taktau dari mana dia belajar cara protes terbaru ni. -- eh, yang ini pun bukan genetik saya nih..*tak ngaku lagikkk*. Kalau ambik barang yang dia pegang, --marah, pandang slek pada kita, gostan gostan gostan nangis gostan gostan gostan nangis..pastu guling sikit ala-ala hindustan. Saya kadang-kadang tak layan. Buat-buat macam tak perasan dia tengah marah rupanyaaa...
  • Meniru apa yang kita buat. Yang ini bahaya. Tiru cara pakai bedak. Tiru cara pakai baju. Tiru cara salam dengan orang. Tiru cara pakai kasut, stokin. Maka, seharusnya ibu bapa berkelakuan baik. Syukur ada anak, boleh menginsafi diri yang banyak kurang ni. Pernah sekali tu, tengah bercerita feeling-feeling marah pasal kerja dengan Incik Husben, tak sedar Ahmad tengah dengar sekali dengan khusyuknya..maklumla, tengah hot perasaan meluap-luap, shaitonirrajim tengah masuk jarum, mestila over. Ish ish ish..bahaya. Mujur tiada sama sekali unsur-unsur pencarutan digunakan.
  • Suka dengan buku/kertas dan bola. Kalau tengah ngamuk-ngamuk, caranya adalah hulur bola atau buku/kertas dengan kadar segera, terus berhenti nangis serta merta. Nangis tak ada air mata okehh..
Mencabar sungguh membesarkan anak ni rupanya. Kami berpendapat Ahmad masih kecil, jadi pendekatan kami terhadap displin dan pendidikan Ahmad tak terlalu drastik. Biarkan dia explore dunianya sendiri dengan bantuan Mama dan Babah yang boleh bertukar..!! jadi chef! .. bertukar..!! jadi driver!! bertukar..!! jadi Ultraman Kosmos!!..









Masih mencari gali ilmu berkaitan dengan child early education/homeschooling. Mungkin ada suggestion berkaitan dengan parenting books atau apa-apa berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak?

mind to share any thought/ideas/tips on early education/homeschooling you cool people out there?

Happy weekend readers..!!