Thursday, April 14, 2011

Esok Cuti

Esok cuti bagi negeri Melaka dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Cuti free ni mestila gumbira.

Cuti esok sempena Hari Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia oleh UNESCO kalau tak silap. Ada macam-macam aktiviti kat Melaka hari esok. Yang paling besar mestilah Pesta Gendang Nusantara.

Tapi sebab kami dah pernah tengok dan tak sesuai nak bawak Ahmad bersesak-sesak, jadi inilah masanya untuk BALIK KAMPUNG...!! 

Nak balik Perak. Dah rindu sangat kat mak ni. Kesian kat mak sebab dah lama tak jumpa Ahmad. Tapi Ahnad cool, tak meragam walau travel jauh-jauh. Kan sayang mama? kan kan kan.. 

So, nak ucap siap-siap selamat hujung minggu. Kalau kita buat sesuatu aktiviti yang best masa cuti-cuti ni, kita akan rasa masa akan berjalan SEDIKIT perlahan. Kalau duk rumah tidur-tidur mesti rasa macam "Eh, CEPATNYA!.." Trust me..!!


:  P

Urut...

Bila tak sihat, semuanya rasa malas nak buat. Malas nak pergi kerja, malas nak masak, malas nak tengok tv, malas nak update blog, malas nak makan..eh? Rasa macam nak baring je bermalas-malasan dari Isnin sampai Jumaat.

Macamana pun, bab-bab makan nampaknya masih tak malas. Tambah-tambah bila makan kat luar. Tak malas langsung nak cadangkan tempat-tempat makan yang best. Rugilah kalau nak buat cadangan makan pun malas, tambah-tambah lagi kalau orang lain yang belanja. *kalau buat contest kira berapa perkataan malas dalam entri ni ok tak?heh..*

Jantung berdegup luar biasa..pernah rasa? Heh..sekali rasa pasti tak nak lagi. Saya tak ingat istilah doktor, mungkin abnormal heart beat? ke abnormal heart rhythm? Masa tu waktu bujang, jadi tak boleh bocor rahsia, nanti hantaran kurang seribu. heh. 

Doktor kata ritma jantung saya macam pemain bola sepak, kadang-kadang berhenti sekejap bila dorang banyak lari-lari tengah padang. Ada sesetengah orang ritma jantungnya lain sikit, tapi normal. Kalau berhenti lama, sah-sah la tak sempat wujudnya blog ni. Bila bagitau orang lain mesti orang tu tergelak-gelak. Sentap mak nyah kalau diaorang gelak-gelak gila vavi masa tu. Dah doktor yang buat perumpamaan macam tu. Karang google lebih-lebih lagila duk mikir je. Baik takyah tau lebih-lebih.

Seriously, diri sendiri pun rasa macam kelakar jugak. Terasa macam David Beckham la pulok. Kalau betul macam Beckham okla jugak, kaya nak mamp. Ni kayap adalah, ditambah dengan rasa takut je manjang. 

Sejak seminggu lepas, rasanya makin kerap. Jadi tak boleh nak tidur lena. Paling sengsara, dia datang tiap-tiap kali tengah makan!!. Asal nak suap je jadi balik..nak suap je jadi balik..ishh. Imejin la kesedihan dan kemandoman yang dialami saya. Tambah lagi kalau tengah makan makanan best. Muka pun dah tak radiant-radiant lagi macam Maya Karin yang minum Brands Innershine gitu. ahak

Selepas beberapa hari muka mandom semacam dan rasa macam nak pelempang semua orang-orang sekitar yang tak bersalah, dan setelah dengar bebelan cik abang dari tempat kerja-balik kerja-balik rumah *memang tekanan mental kalau dia dah keluarkan hujahan-hujahan siap dengan hadis-hadis dia tu..tak sempat nak tepis..hehe..*, maka semalam pun pergi mengurut.

Pagi ni rasa Alhamdulillah kurang sikit. Boleh telan McDonalds Breakfast Value Meal no 3 dengan jayanya. Syukur juga, walaupun degil-degil tetap pergi jugak berurut. Mestila tak nak pergi sebab sakitnya sampai boleh demam. Last time lepas kakak tu urut, demam, jadinya serik nak pergi lagi.

Cerita pasal berurut, adakah trend urut tapak kaki tradisional sekarang memang tengah in? Memang ramai ke nak urut tapak kaki? Kalau tengok di sini, tempat urut tapak kaki tradisional dah makin banyak. Kat belakang opis ni je ada 2-3 buah premis urutan yang selang dua tiga pintu je. Business competition yang sihat ke tu? Besar-besar pulak tu kedainya.

Yang musykilnya kenapa perlu nak kedai besar-besar siap tinted cermin gelap bagai kalau cuma tempat urut tapak kaki tradisional? Biasa kat tepi-tepi jalan pun boleh urut tapak kaki je. Perlu ke kedai besar yang banyak partition? Ini boleh menimbulkan marah..heh.

Apa pendapat korang pasal premis urut tapak kaki tradisional ni?