Friday, April 22, 2011

Membaca jambatan ilmu..





Sila abaikan keselerakan semulajadi kawasan tempat kejadian dan kawasan yang sewaktu dengannya ye..
Babai cover Sazzy Falak mengandung yang cantik..waaa...tak abes baca lagik tu!

Saya takde idea nak tulis apa sebenarnya. Nak cerita pasal anak la harini. Jangan salah paham ye, saje nak bercerita pasal keletah si kecik ni.


Ahmad suka sangat dengan kertas. Apa sahaja jenis kertas. Kami dapat kesan bila dia start "belajar" menangis sekuat hati masa umur 7-8 bulan. Bila beri  kertas je terus senyap. Beri je, senyap. Jadi kami terus terfikir "oh, ini sudah bagus..takyah beli mainan"..


Mulai hari itu kami (read : kami laki bini) syak wasangka baby2 suka dengar bunyi kertas diselak. Jadi segala bentuk kertas, terutamanya brochures and flyers telah pun menjadi mangsa keadaan Ahmad sejak dia berhenti makan kertas...hehe.


Ye, beliau telah berjaya memakan duit raya sepuluh hengget beliau ketika mama-tak-sedar-diri-dah-ada-anak tengah bersembang bagai nak rak di hari raya aidilfitri. heh.. Tapi beliau sudah berhenti memakan kertas sejak itu *mungkin setelah berpendapat kertas tidak sesedap keropok lekor yang opah beli kat Ganu*.


Ahmad dah jarang koyakkan kertas, cuma selak-selak je. Kalau koyakkan kecik2 pun, dia akan hulur satu-satu pada kita. Selagi tak ambik, asik "nahh..nahh..nahhh..". Saje nak menguji tahap keimanan mama dia ni..heh


Sekarang ni pulak Ahmad membaca siap dengan tunjuk jari sekali. Kami syak wasangka sekali lagi dia tiru budak-budak yang datang mengaji dekat rumah mak. Kan ke kalau kita mengaji kita selalu guna penunjuk ataupun jari..


Yang paling kelaka bila kita tanya "Ahmad cepat cepat..aliffff..." Dia mesti sahut "baaaa.." sekuat hati. Tapi "ba" jela pun semata yang dia pandai sebut. Kalau kita sebut "ta"..tetap jugak sahut "ba" dia tu. Sah-sahla copycat budak-budak ngaji tu.








Mama harap nanti Ahmad dah besar, rajin-rajin baca buku yer..mama doakan Ahmad jadi orang berilmu dan beragama. 


Eh, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 dah mula kan? Dari 22 April 2011 hingga 1 Mei 2011 di Aras 1, Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


Bolehla jenguk-jenguk apa-apa buku dan bahan bacaan yang best dan ingat-ingatla pada orang Melaka ni...   :  P