Friday, June 24, 2011

Malam Jumaat Yang Mencabar..

Huarghh...ini rasanya nguapan yang ke namploh kali untuk pagi ni...


Mengantuk betul pepagi Jumaat ni. Tapi, sila jangan terpengaruh dengan tajuk ye. Sebab walaupun semalam malam Jumaat, tapi kami berdua berjaga macam polis sentri sebab bos kecil meragam. Sumpah takde aktiviti lain..hehe..


Perghh..memang menguji tahap kesabaran dan tahap kemengantukan. Tu belum lagi bab trantrum lagi.   


Tak menangis tapi macam mengigau. Berpusing-pusing sambil cakap-cakap-cakap-. Sebenarnya Ahmad dah start demam selsema dengan batuk-batuk. Dari pukul 2 pagi bawak ke pukul 4 pagi..masa mengigau-ngigau tu tetiba terdiam sebab beliau sempat lagi tengok Astro Ceria, maklumlah, tv tak tutup, erkk.


Macam demam nak masuk 1 tahun 6 bulan je ni. Aritu demam 2 minggu sebab nak jalan, pastu demam sebab nak tumbuh gigi geraham dua sekali. Yang ni taktau la demam sebab apa. Disyaki demam sebab....nak bercakap??!! hehe..


Mama : "Ahmad, macamana sebut "mama"? 

Ahmad :  "makmak"

Mama : "babah?"

Ahmad : "bahbah"

Mama : "opah?"

Ahmad : "pahpah"

Mama : "Ahmad?"

Ahmad : "Maman..."


err....jauh sangat bunyinya tu....sejak bila nama tukar jadi Maman? atau perasan diri sendiri Ultraman?..grrr..