Salam,
Harini ada lagi pengalaman buruk berurusan dengan penjawat awam/pegawai kerajaan. Dan semestinya bukan semua yang macam tu. Ada la sorang dua yang beri layanan buruk.. BUKAN SEMUA.
Kita faham semua penjawat awam ni pun manusia biasa macam kita, ada perasaan macam kita jugak, ada masa sedih gembira, marah angin pusing2...tapi tak elok dibiaskan pada orang awam yang mengdambakan perkhidmatan terbaik dari mereka ni. Sedih kan tambah2 lagi kalau bangsa Melayu sendiri yang patutnya penuh dengan budi bahasa. Kalau orang putih dalam tv tu, kalau panggil mak ayah dia, kadang2 panggil nama je, tapi kita tetap ada 'mak' 'ayah' 'mama' 'papa'..masih berlapik kan.
Saya tak harap pun mereka ni melayan kita sampai ke langit, tapi cukupla kalau bercakap dengan sopan..kan bagus macam tu. Kalau cakap tengking-tengking kasar, macamna la orang nak hormat..dah tentu jadi bahan umpatan orang...
Pengalaman paling ngeri masa mesyuarat hari Khamis minggu lepas. Dah seminggu dah pun. Tapi masih terngiang-ngiang. Seriously, setakat ni, sepanjang saya kerja kat firm ni, ni la first time saya tengok secara live apa yang selama ni orang lain cerita.
Walaupun yang lebih rasa pedih dah tentunya bos saya, yg sangat baik hati dan tak berdendam pun, tapi saya pun rasa tempiasnya. Terkejut sangat bila seorang pegawai tinggi yang berpangkat Datuk dan dihormati bersikap sangat tak profesional. Terkedu semua orang. Tambah kesian pada klien saya. Macam la dia takde duit..Siap nak bleklis kitorang yang ikhlas buat kerja, carik makan, nak bantu keluarga..Nak respek ke tidak lagi orang macam ni?
Bila saya ceritakan pada suami, saya sampai nangis-nangis, bukan sebab sedih, tapi sebab geram tambah kesian pada bos dan klien saya dan sikap tak menghormati orang yang dia tunjukkan. Urghhh..sangat tak profesional sedangkan perbincangan bukan pasal jual beli ikan kat pasar. Sampaikan pembantu dia hantar sms kepada kawan sepejabat (sebab dorang kawan seuniversiti) minta maaf sebab tak sangka bos nya sampai macam tu sekali..
Saya cakap pada bos, "macamana la kita nak cari makan macam ni..".
Bos saya jawab "Jangan risau, rezeki bukan dia yang bagi. Allah yang bagi."
Saya respek bos saya...