Inilah follower-follower saya setakat hari ni. Sori ye, sebab saya belum habis menuntut lagi, maka gambar-gambar profile anda semua di bawah adalah tidak mengikut urutan turutan yang hakiki dan di kopi pes sahaja..
Terima kasih pada semua followers yang sudi follow blog ni yang takde apa x factor pun...nak cerita pasal resepi, masaknya kadang-kadang jarang-jarang, nak cerita pasal parenting, kita pun tengah belajar tatih2, nak bagi tazkirah uhuk uhuk..nak cerita pasal kerja..alamak ai..boring la, lagipun byk PnC kan..nak jadi travelog, travel nya jarang sekali, nak tepek gambar banyak2, segan pulak sebab tak dapek nak kumpul duit nak pergi slimming centre lagi..lol
walaupun tak ramai, tapi saya hargai anda semua. Follower saya tak bertambah setiap hari beribu riban macam blogger lain, tapi rasanya macam tersengih jugak sorang2 sebab ada juga yang sudi ke blog ni. Tapi ada sesetengah yang tak tinggalkan link. Makanya, takleh nak link ke blog anda.
Blogging ni rupanya menarik giler..OMG (Oh..menarik giler!!). Macam-macam benda la kita tau.Kenal macam-macam blogger. Ada yang rajin apdet tiap jam, ada yang cantik cun hensem macho, ada kaum ibu-ibu, ibu yang menyusukan, ada budak-budak remajeee, ada yang buat duit extra dgn blogging, dan dapat banyak tips yang baik maupun yang merapu...lol
Kita follow satu blog sebab kita sukakan identiti blogger tu dan apa yang dia tulis walaupun kita tak kenal pun siapa dia ni, anak siapa, duk mana. Yang pasti, saya suka baca apa yang blogger lain tulis. Kadang-kadang tak sempat nak update entri sendiri sampai seminggu sebab BW dan komen di belog blogger lain. ok tipu. sebenarnya takde idea..heh
Toce semuaa...!!