diam lamaaaaa....tetiba muncul.....
diammmm lamaaa...tetiba muncul balik...
dah macam misteri nusantara dah
sebenornya taktau dah nak cerita apa.
nak letak muka sendiri - tak cun cam Heliza Helmi
nak letak muka anak je - asik dorang je enter frame -
nak letak gambar suami - karang ada orang makan hati berulam jantung ..
memandangkan sekarang ni dah start cuti sekolah, maka Encik Boss lah yang kena jadi Mr Mama untuk 2 minggu yang mencabar ni..
opah pulak pergi Umrah, jadi memang babah aje la harapan terakhir..
mama mana leh cuti lama, ni pun cuti dah nyawa-nyawa ikan..
nak bajet cuti raya lagi...(memikirkan masa depan..kiki)
Gambar masa anta opah kat KLIA.
tak paham apsal beria ambil gambar sefamili padehal gambar dengan opah takde.
setakat 2 hari duduk dengan babah ni rasanya keadaan terkawal lagi.
setakat semalam babah punya report masih okey lagi la.
yang Abam okey lagi, senang je nak handle.
yang kecik ni hah, asikla jadi mandur kulu kilir.
maklumlah, orang baru nak test power kaki katanya.
Pastu boleh tahan la ..asik nak bertekak dengan Abam.
bercakau, berebut mainan.
tak padan dengan badan kecik.
tak nak mengalah.
Rasanya inilah aktiviti dorang paling banyak masa cuti sekolah ni...
Nak buat eksperimen apakah warna muka babah bila tengok sepahan itu..hehe
Masih ada belen 8 hari lagi sebelum sekolah buka...
Bertabahlah wahai hati suamiku..!! ngeee...