Monday, December 19, 2011

Anak punya birthday, mak yang excited..


Hari Ahad ni birthday Ahmad kan.
Jadi mak bapak nya dalam seminggu ni haruslah sibuk nak mem prepare apa yang patut.
Mula-mula tak mahu celebrate tapi tetiba rasa macam nak celebrate pulak.
Ngengade kan, padehal Ahmad tak dapat nak menghayati pun itu birthday dia.
Mahupun memahami betapa banyak pengeluaran wang tunai di mesin ATM telah dilakukan untuk birthday dia.


Celebrate yang simple-simple jela memandangkan 2 anak buah baru dah selamat melihat dunia.
Adik perempuan Incik Husben lahirkan baby girl 16 Disember 2011.
Beras Biras saya lahirkan baby boy 18 Dis 2011.
Gembiranya bila semua dah selamat.
Tengok baby sangatlah geram.
Bau baby wangiii..
Kita juga yang berdebar-debar menunggu saat-saat ituuu... 


Sebenarnya kalau majlis sambutan harijadi, waktu makan mana yang paling sesuai?
Minum Pagi?
Makan tengahari?
Minum Petang?
Makan Malam?