Memang dah terpatri sejak azali lagi durian raja buah kat Malaysia ni. Tapi taktau la pulak kalau ranking durian sekarang ni dah jatuh dan dirampas takhta oleh buah lain. Tapi rasanya tak tergugat lagi.
Tambah pulak ada sekarang dah macam-macam inovasi durian ni. Sebab kadang-kadang ada orang yang tak boleh makan durian raw. Maka, timbul la Durian Pancake.
Sebenarnya misi mencari durian pancake ni dah lama. Tapi tak jumpa. Mujur anak tekak tak ngidam waktu pregnant dulu. Kalau tidak, haruslah Incik Husben kena carikkan. Merentas lautan berapi, meredah hutan belantara demi isteri terchenta yang mengada-ngade. whoaa..
Tetiba Fiza (The King, the Queen & the Little Prince Journey) pulak cerita pasal durian pancake ni kat sini. Ada jugak yang di google google terjumpa beberapa blog yang berce citer ce citer pasal durian pancake ni. Oh, acik sedih..sebab tak jumpa lagi setakat ni kat sini.
Ada jumpa satu blog yang cerita pasal durian pancake ni kat Jonker Walk, Melaka, tapi dah lama tak jejak kaki ke sana. Last pergi pun masa baru-baru kawin. Sekarang nampak muka anak je, dah tak nampak jalan ke Jonker Walk!
Macam-macam kisah pasal "bantal durian" ni kan? MASA baca kisah Chng Lee Lee di Kosmo! ni, terasa semangat berkobar-kobar nak buat sendiri. Tapi bila lepas HABIS je baca "Eh, takpe, beli pun boleh" ahak ahak ahak pemalas!
Tengok pun dah sedap. Eh, tetiba aku rasa jaki pulak dengan depa yang duk kat KL ni..waa |
Senang je ni..uhuk uhuk uhuk |
Tapi bantal durian ni nampaknya dipelopori oleh masyarakat Cina rasanya. Sebab setakat ni tak jumpa lagi yang betul-betul orang Melayu buat. Tapi kalau buat sendiri pun buleh janji durian mesti fresh kaw kaw. Kalau dak, jadi TEMPOYAK PANCAKE.
Terbaca kat mana ntah, kat Sweetchat pun ada durian pancake ni.
Misi mencari bermula lagi...jeng jeng jeng...
credit : kosmo! online