Thursday, February 17, 2011

Walking Zombie

Aduhai..dah beberapa hari kami somi istri tak cukup tidur. Dah jadi walking zombie dah ni. Kalau Mamat Khalid nak buat sequel filem Zombie Kampung Pisang, kami selamba je volunteer jadi pelakon tambahan. Income sampingan. heh.

Kopi pun dah berapa gelen minum. Tapi selamba jugak mengantuk tersengguk-sengguk depan bos. Nasib baik bos memahami. Nak tidur? Silakan..silakan..tambah nasik tambah nasik. Tapi baik-baik bos ni kena awas sikit...baik ada makna..ntah-ntah dalam hati dia "siap ko waktu appraisal nanti".. hua hua hua..

Ohhh..no no no. Kami tak terlibat dengan sebarang aktiviti malam ye. Halal mahupun tidak halal. Kami duduk diam-diam dalam rumah sambil tengok Astro Oasis - The  Bachelorette - America's Next Top Model - Halimah Jongang - Raja Lawak - pusing-pusing marathon sampai siaran tamat sambil temankan anak tidur dan tv temankan kami tidur.

Ntah tebiat apa, sejak menjak ni saya tak bagi Incik Husben off kan tv masa tido. Nanti gelap. Kalau gelap sangat nanti saya terbayang-bayang Hantu Kak Limah tu. Tapi kalau tiba-tiba terjaga pastu ada pulak citer seram lagiiiii la tutup mata rapat-rapat buat-buat tengah tido .. : P 

Si bucuk masyam kami demam. Dari minggu lepas demam. Tapi doktor kata memang musim demam. Waktu ke klinik paed minggu lepas, klinik penuh dengan baby-baby yang demam, selsema batuk.

Tapi Ahmad demam tengah malam. Taktau kenapa macam tu ye? Ada sesiapa yang tahu kenapa demam akan tiba-tiba naik waktu tengah malam? Ni ke yang orang kata 'demam kura'?

Paling kesian bila dia terjaga tengah malam sorang-sorang dan tengok tv sorang-sorang. Tapi rasanya Ahmad berani tengok cite seram sorang-sorang... : P Senyap-senyap je, tak meragam pun. Bila check suhu badan, memang demam. Kena berjaga lap-lap badan dia dan sentiasa check suhu. Ubat paed bagi tu pun dah nak habis.

Ada sesiapa yang ada tips/petua nak sembuhkan demam tak? Tq..