Thursday, October 27, 2011

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Kehamilan Semula

Kebanyakan pakar menasihatkan jarak tempoh 2 tahun adalah masa paling ideal untuk seseorang wanita memikirkan kehamilan sekali lagi.


Sebabnya dikatakan lah tempoh 2 tahun tu dah cukup untuk menstabilkan semula keadaan fizikal dan mental seseorang wanita sebelum dia boleh mengandung semula. Ada juga la sahabat-sahabat yang masih terbayang-bayang kengerian pengalaman bersalin diaorang tu. Eh, sama la...heh


Dikatakan juga kehamilan sebelum tempoh 2 tahun memungkinkan seseorang wanita menghadapai pelbagai masalah macam anemia (kurang darah) sakit belakang, gigi rosak. Lainlah kalau orang yang sentiasa jaga kesihatan, makan makanan sihat seimbang, makan makanan tambahan, takde penyakit kronik.


Dan selalunya anak sebelum ni belum bercerai susu lagi sebelum umurnya cecah 2 tahun.
Dah tentu penat nak uruskan anak rumahtangga dan kerjaya lagi. Kalau seorang takpela juga. Boleh gunakan talian hayat, mak atau suami. Kalau ada 4-5 agak-agak macam nak nangis juga rasanya tu.


Tapi kalau dah hamil sebelum tempoh itu pun tak mengapa sebab rezeki namanya tu.
Yang penting kena jaga kesihatan diri dan kandungan dan kena makan vitamin dan makanan seimbang.


Jadi, bersediakah anda untuk hamil sekali lagi?

: )

Tanda Penuaan Di Kesan!!

Malam semalam.
Pergi shopping lampin pakai buang (skema ayat buku ni) dengan susu Ahmad.
Singgah makan malam dulu la sebelum shopping.
Kata orang, kalau pergi shopping baik bagi perut kenyang dulu.
Sebab kalau lapar, lagi banyaklah duit yang terkorban.


Kat kaunter air.
Seorang budak perempuan dengan buayafren nya.
Budak jual air letak air teh tarik panas atas kaunter.
Budak laki buayafren tu tunjuk pada air dan tanya: "Acik, ni air acik ke?"
Makhluk yang tak berapa nak terima kenyataan : "Err..bukan..bukan acik,..kak,..saya punya..!!"


Kat meja makan.
"Abang, eee...tau tak..tadi budak tu panggil mama makcik. Ada ke patut? Muka mama tua sangat ke? Baju tak okey ek? Camni abang kena belikan orang SKII jugakkk...!!"
Incik Suami yang mithali : "Ala, guna yang mahal tak semestinya boleh buat nampak muda.."
Makhluk yang tak dapat terima kenyataan sekali lagi : Hujan lebat dalam hati..guruh petir sabung menyabung..


Salah satu tanda penuaan - orang sekeliling yang obvious lebih tua pun panggil kita akak.
Mimpi ngeri berlanjutan sehingga ke Subuh pagi tadi.
Ada ke patut mimpi cucu dah nak kahwin.


Jom share-share petua awek....eh, awet muda. Air wuduk yang kita ambil 5 kali sehari dah semestinya lah kan. Siapa lagi ada petua awet muda yang menggunakan bahan semulajadi dan percuma? Diperlukan dengan segera.