Tuesday, April 12, 2011

Gemilang Asmara

Saya masih di dalam mode "tidak percaya" hari ini adalah hari Selasa. Terpisat-pisat bangun pagi ingat-ingat lupa. Terasa macam masih di hari Ahad. Over melampau  : P .

Baca komen-komen sahabat blogger pun buat saya tersenyum-senyum malu. Mengalahkan senyum malu saya masa jadi pengantin baru 2 tahun 1 bulan yang lepas. 

Memang tak seswaiii nak komen kalau tajuk entri dari hari Isnin sampai Jumaat masih "Selamat Berhujung Minggu".

Kebanyakan blog ce citer ce citer pasal musim durian. Selalunya orang kata musim durian ni merangkap musim demam. Taktau la pulak samada 'Demam Durian' atau 'Demam Usop Wilcha'. heh..

Takpun demam Shahz Jaszle?! ahak ahak ahak..

Rasanya macam tengah naik pulak saham si Shahz Jaszle ni. Tapi takdela minat dengan Shahz Jaszle sangat, cuma minat dengan jalan cerita drama Gemilang dengan Asmara 2 kat tv3 ni. *cover, jangan tak cover..*
 

Gemilang tetiap hari Isnin pukul 9 sampai 10 malam macam dah nak habis dah. Suka lak tengok gaya chekgu Saifullah. Audiotografi (betul ke ??) pun sangatla cantik. Terasa sangatla veteran walaupun umur saya baru 20. Eh? : P


asmara 2
Asmara 2 tetiap hari Selasa pukul 9 malam pulak baru start. Hehe..haruslah berebut dengan Ahmad semata-mata nak nengok drama ni weh. Ala, Ahmad boleh tengok Barney hari-hari pun.
 
Asmara 2 ni walaupun adala sikit merapu, tapi takpela, layan kan jela. Karang kalau tak tengok, siapa lagi yang nak menyokong drama tempatan. Betul tak?? *ahak..cover lagik*.
 
Jadinya, hari Selasa ni, selain Desperate Housewives kat 8tv, Asmara 2 kat tv3 pun harus tengok. Harus je, tak jatuh wajib lagi. Kalau tak dapat tengok pun takdela mogok tak makan nasik. Ok je lagi. Siap boleh tambah 2 pinggan.
 
Eh, betul kan hari ni hari Selasa?!?
 
p/s : Terima kasih kepada follower blog yang baru ye sebab sudi memfollow blog personal saya ni...thanks..

pictures googled.