Monday, January 14, 2013

Ahmad Raif kuasa 3..



Anak bujang kami sambut ulangtahun hari lahir ke 3 Krismas lepas.
Sekejapan aje dah terasa anak bujang ni makin besar.
Macam baru semalam saya menangis di operation theatre seorang diri -
berdoa supaya anak kami sempurna dan selamat dan berdoa sungguh-sungguh supaya bius saya cukup untuk buatkan saya tak sakit ketika perut ditoreh dan dijahit. : )






Ahmad Raif kesayangan saya walau berapa pun adiknya, beliau tetap no 1 kami.
Yang pertama mengajar kami menjadi ibu bapa - kekok - sebab mamanya masih terasa macam sweet 16..heh
Yang pertama membuatkan tidur kami seperti ayam..
Yang pertama membuatkan kami beria-ria mengenal jenis dan warna najis manusia dan herannya masih berselera makan..heh


Makin banyak ragam yang menguji kesabaran.
Tiap pagi peluk kaki babah, berjurai airmata minta simpati.
Terlalu rapat dengan babahnya, membuatkan saya kadang terasa.
Tapi hakikatnya, mereka lebih banyak habiskan masa bersama.
Syukur saya superheroin yang ada superpower anugerah Allah menghasilkan susu ibu yang Ahmad Raif minum hingga 2 tahun 2 bulan dan mengikat hati.


Masih pelat, pekat.
"Babah, nak yo-chet (coklat)"
"Nak kete me-lah (merah)"
Kalau saya marah pada beliau, saya lebih banyak diam.
Saya biarkan beliau "menyanyi" ikut lagu..hehe


Yang bijak dan suka buat kelakar.
"Jangannnn, itu saya punya!" - kalau berebut mainan dengan Adik.
"Abam nak macak (Abang nak masak)" - kalau minta beliau mandi.
"Tolong..tolong lepaskan saya" semasa cuba nak loloskan diri dari car seat nya.
"Babahhhh, nak ayam gorem ipin satu!!" - order dari meja makan restoran semasa babah tengah beratur nak pesan makanan *pitam*.
"Mama, shhhhh" - suruh saya senyap ketika saya membebel Allah marah kalau buat Adiknya. *pengsan*







 








                                  

                                            
 


Kami ke Pulau Pinang untuk sambut besday Ahmad Raif.
Owhh, lebih kepada bercuti untuk mak bapak...
Anak-anak tak faham pun lagi..huhu..
Lepas tu, kami balik ke Perak, potong kek dengan Opah Perak.
Percutian yang bermakna, walaupun pendek - sehari aje!


Hotel kami di Batu Feringghi, padat sendat dengan famili bercuti dengan anak-anak.
Baru saya tahu, Penang rupanya syurga makanan!
Best-best makananan di Penang, sampai sayang nak cuci tangan bersih-bersih.
Takut bau kari di tangan hilang!..kih kih


Sungguh saya sayangkan anak-anak sama saje, walaupun satu - dua - atau (tiga?).
Doakan anak saya membesar sihat, jadi insan yang taat pada agama.
Macam yang selalu saya harapkan, moga beliau jadi anak beriman, yang patuh pada syariat.
Sebab hanya agama yang akan membantu beliau cemerlang - dunia dan akhirat insyaAllah.