Thursday, December 22, 2011

Nak makan telur ikan..nak makan telur ikan..nak makan telur ikan...



Teringinnya nak makan telur ikan cenggini. Setakat ni tak terjumpa lagi. Tapi belum pergi pasar basah lagi. Sempat gi jenguk kat hypermarket je haritu. Ni dulu mak selalu masak lemak cili padi. Pastu jangan masak keras-keras. Masak setengah masak..perghhh..sedap!!


Sebenarnya kat Melaka ni banyak juga kedai jual telur ikan masak asam pedas. Tapi selalunya depa masak telur ikan parang. Tanak yang cenggitu. Nak yang cam dalam gambar tu. Besor punya. Macam buah anggur kan? Ngade kan? hehe...Yang kat dalam gambar ni kaviar kan. Telur ikan apa ntah yang mahal sungguh tu.


Masa mengandung Ahmad punyalah teringin nak makan telur penyu. Dapat lah juga makan sebab adik ipar belajar kat Ganu. Dia beli bawak balik Melaka. Lepas tu masa pergi Indonesia pun dapat makan sikit punya banyak telur penyu. Banyakkkk sangat jual kat tepi pantai sana. Kat Indonesia depa rebus telur penyu dengan serai la daun-daun la, memang sedapla rasanya. Sempat tu banyak sebungkus balik Malaysia. Lepas pulak kat Kastam time tu..huhu  


Tapi perasaan nak makan ni takdelah meluap-luap. Biasa-biasa je. Tak dapat nak makan telur ikan macam ni pun insyaAllah tak nangis punya. Janji tak nangis..heh. Sebab dulu beria-ria sangat nak makan padehal makan sejemput je. Yang lain orang lain kena jadi mangsa habiskan..Setakat ni selera makan masih camtu gak. Tak berselera sangat. Kenkadang masih tak makan malam sebab tidur diutamakan... : )


Haritu misi dah bising sebab naik berat cuma 200 gram je dalam masa sebulan.
Tanya kat misi tu "berapa sepatutnya saya naik ni?"
Dia jawab "Patutnya 2 kilo puan. Setengah kilo seminggu".
Aku dalam hati dah macam , "Whattt??!!..kalo cenggitu sampai 9 bulan berapa berat badan terumpuk *yang ni exaggerate..heh* aku niii..??!!"..
Hehehe...takpe adik baby..demimu sayang mama rela bulat seperti bola.. : )


Cerita mengidam ni macam-macam kan. Ada ke orang kata nanti anak meleleh air liur kalau tak dapat makan benda yang kita mengidamkan. Tak cayalah. Sebab masa Ahmad meleleh je air liur dia dengan jayanya walaupun dapat je makan telur penyu dengan donut J.Co..huhu..


Rasanya mengidam ni lebih kepada perasaan teringin nak makan je..Jom cer citer pengalaman mengidam jom...