Monday, June 13, 2011

Kalau Jaringkan Gol Sendiri Memang Tekanan Perasaan..

Hai semua. Salam hari Isnin. Harap anda semua sihat sejahtera dan dah puas khado tidur ...      : P


Jom kita cerita-cerita pasal benda-benda menarik yang berlaku hujung minggu lepas. Perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan dan Terengganu dan Konsert Akhir Akademi Fantasia .



Menarik betul game Terengganu - Kelantan kelmarin. Penuh suka dan duka gitu. Terengganu berjuang habis-habisan hingga ke titisan peluh terakhir nampaknya. Biasala, orang kata keajaiban berlaku bila-bila masa..Macamana pun perlula positif, kalah menang adat pertandingan. Kalau semua pakat nak menang, sape pulak yang nak kalah? Abis tu, bankrap la company yang buat medal perak dengan gangsa.
  

Kesian pulak rasanya Daudsu Jamaluddin. Yela, disebabkan tersalah tanduk bola ke gol pasukan sendiri, tak pasal-pasal dah keluar macam-macam cerita. Kalau di tengok video berulang kali nampak macam Daudsu tak sengaja. Elokla kita bersangka baik sebab susah jugak nak bajet nak keluarkan bola masa tengah kelam kabut. Kalau sepasukan atau ada yang bersekongkol kemungkinan boleh jadi juga. 


Tapi kan stok-stok yang suka buat onar kat stadium ni masih ada rupanya. Bukan main meriah lagi mercun mengalahkan masa raya cina. Herannya takdela pulak yang terputus sini terputus sana. Ingatkan dapat la dibenteras sejak laser game Indonesia - Malaysia dulu.


Maklumlah, memang sekarang ni tengah heboh tengah jual-beli game sejak menjak cerita pasal pasukan Negeri Sembilan tu. Tolongla jangan main rasuah-rasuah ni. Tak best la. Dah tak genuine dan takde semangat berkobar-kobar dah. Jadi, jauhkan lah dari rasuah bolasepak.


Apa pun tahniahla pada pasukan Terengganu.  


Pasal konsert final Akademi Fantasia pulak. Tak follow tapi ada la tertengok satu konsert mingguan. Time tu pulak Hazama nyanyi happening gila. Jadi, mengikut firasat kompem la Hazama boleh menang. Sedangkan masa Operasi Gugur pun dia boleh masuk balik. 


Semalam pun tengok time Aznil umumkan pemenang je. Part lain memang tak tengok, so tak dapat la nak bergosip.


hazama juara af9


Tak paham betul la kenapala make up mata Hazama selalu gini? Apa pun tahniah la menang. Banyak tuuuu RM200,000.00.


Tapi dah tak dapat rumah ek? heh...