Dalam kedinginan cuaca Ramadhan kali ini, tiba-tiba kita digemparkan dengan berita penceraian pemain badminton negara, Roslin Hashim dengan isterinya, Nurhayati Othman yang baru berkahwin pada 9 Julai.
Ini adalah perkahwinan kedua Roslin yang sebelum ini pernah berkahwin dengan Faizah Mohamad selama 12 hari.
Laporan akhbar KOSMO! semalam |
Berita di harian Kosmo! hari ini pula melaporkan bahawa isteri bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek iaitu Raja Azmi Raja Sulaiman dikatakan punca penceraian tersebut bila mana Nurhayati bersama ibu dan dua adik lelakinya serta Jalani Sidek menyerbu bilik hotel di mana Roslin dan Raja Azmi dikatakan berdua-duaan. Berita lanjut di KOSMO!.
Sungguh mengejutkan berita hari ini. Tambahan lagi ianya berlaku dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Kita tak tahu apa sebenarnya yang terjadi kecuali di laporkan oleh akhbar. Mungkin selepas ini kita dapat meneka sebab dan penceraian Roslin Hashim dengan bekas isterinya terdahulu.
Tetapi Jalani Sidek setakat ini menafikan telah memfailkan penceraian di mahkamah dan mendakwa bahawa beliau sendiri yang telah meminta Roslin untuk menghantar isterinya ke hotel tersebut kerana ada urusan lain.

Macam-macam hal dunia. Semoga semua pihak dapat menyelesaikan masalah mereka secara berhikmah tanpa mencalarkan kesucian Ramadhan kali ini.
Mungkin penceraian jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak ini seandainya tidak dapat meneruskan lagi kehidupan berumahtangga dengan sempurna.
Mungkin penceraian jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak ini seandainya tidak dapat meneruskan lagi kehidupan berumahtangga dengan sempurna.