...beli barang basah kat pasar ke supermarket ke mahupun kat minimart depan taman....
Sebelum kahwin, mana ada nafsu serakah nak beli barang-barang basah gini kan.
Ala, belajar tinggi-tinggi kan, boleh ambik orang gaji nanti ~ berlagak/verangan nak mamp..hahaha..
Tapi sebelum kahwin ada juga la terjebak dalam aktiviti isteri-isteri solehah ni.
Baru nak kenal daun ketumbar dengan daun sup..heh
Bila dah kahwin, ada suami dengan anak barulah keinsafan tu terbit.
Di mana jelas Melaka dan Perak adalah dua negeri yang mempunyai buku resepi yang berbeza. heh
Tapi nampaknya macam sinar keinsafan tu datang lambat sangat..
Bukan apa, saya terasa diri saya sangat 'pelesu' bila..
bersama-sama orang lain 'buat-buat' macam berebut udang saiz L ke XL ke XXL ke..
'buat-buat' muka konfiden masa pilih-pilih bawang...
'buat-buat' macam muka terer bila pilih ikan..
'buat-buat' macam muka riak masa pilih kobis, terung..
'Pelesu' sungguh rasanya sebab sampai sekarang saya tak faham motif konsep 'berebut' pilih memilih tu..
Kadang-kadang saya jeling-jeling orang sebelah, apa yang dia ambik, saya ambik..heh
Sebab bagi saya nampak sama je.
Pastu macam kadang-kadang penat berdiri pilih-pilih lama-lama sebab nampak samaaaa je..
Eh, ye ke?
Ada la juga menuntut ilmu dari mak dan kakak saya, tapi ilmu nampaknya masih belum penuh di dada..
Ke saja buat-buat derhaka? heh
Ada sekali tu kat Te**co, siap ada seorang apek tu kata pada saya disebelah, 'banyak yang tak elok la bawang besar ni...'
Dia tak ambik satu pun padehal plastik saya dah penuh dah..
Tengok..tengok..tu apek tu..!!
Apa kejadahnya aku ambik bawang tak elok sepelastik..Sentap okeh.haha
Tapi sah ini bukan kecacatan genetik!! hehe..
Jom buat aktiviti berfaedah sambung ayat jom...
Saya terasa sangat 'pelesu' bila...