Friday, January 13, 2012

Sedihnya hati..

Eh, hari ini Jumaat ye?
Syukur. Dah masuk hari ke 13 bulan Januari.
Kejappp je rasa masa sekarang ni.
Tup tup nanti dah 38 minggu, 39 minggu..fuhhh..berdebor teman.


Emosi pagi ini, sedih campur gembira.
Sebab first time pergi kerja dengan Incik Husben, Ahmad cakap "byeee.."
Sambil opah bawa naik basikal jalan-jalan.


Sebelum-sebelum ni susah nak tinggalkan dia dengan keadaan macam tu.
Samada menangis opah kena pujuk atau pasang DVD Barney and friends dulu sebelum pergi kerja.
Lepas tu pergi kerja menyelinap perlahan-lahan.
Sambil make sure dia tak perasan.


Hari ni rasa sedih tengok muka dia cakap bye sambil lambai.
Dia tengok kereta sampai hilang dari pandangan.
Anak dah besar...


Ni yang rasa macam nak berhenti kerja jaga anak ni.
Nak kena hadapi benda yang sama jugak nanti.
Tu belum bab nak menghantar pergi sekolah lagi..
Tapi kalau tak kerja macamana la pulak keadaannya nanti?
Adui..stress ok.
Heh