Friday, February 11, 2011

Apa Itu Dress Down Day

Don't judge an entry by its title. Cewah. Title tu tiada unsur lucah mahupun melibatkan apa-apa emosi tidak gembira/tidak riang ria ribena ye.. Sebab kalo bare/literal of "dress down" adalah "scold/lecture/reprimand"...Aishh..mana boleh tak riang ria hari ni. Hari ni kan hari Jumaat.  : P

Pejabat saya ada Dress Down Day. Rasanya kebanyakan syarikat/firma corporate/accounting etc etc ada Dress Down Day. Bermaksud ada satu hari bekerja yang tak perlu pakai baju kerja/formal. A day when the dress code is relaxed. Boleh pakai jeans t shirt - casual tapi kemas. Mostly samada smart casual ataupun business casual.  

Sebelum ini, Dress Down Day kami adalah setiap Rabu. Tapi baru last week, dah tukar ke hari Jumaat. Dress Down Day pejabat saya bertema, iaitu t shirt firma warna biru gelap dan putih. Ikut warna korporat firma. Cantik ke tak?Ermmm..tanak jawab buleh??  : P

Godek-godek stok gambar, takde pulak posing berbaju kasual pejabat yang senonoh. heh..Eh, baru saya perasan *baru sekarang nak perasan?*, blog saya ini kekurangan gambar-gambar cantik-cantik ye. Mana taknya, kamera cuma ada satu. Mungkin kena consider beli lagi satu supaya tidak dianggap harta sepencarian dan akan ada orang lebih rajin update blog dengan gambar - baru menarik. Adoi. Sentap. 

Sememangnya Dress Down Day yang secara sejarahnya bermula di Amerika dan Kanada, selalunya dibuat pada hari Jumaat dan dipanggil juga sebagai Casual Friday. Mengikut sejarahnya juga, Hari tanpa dress code ni asalnya dibuat untuk menyama ratakan 'rupa' antara pekerja kolar biru dan putih. 

Yang tak setujunya, bila Dress Down Day ofis ni dah ditukar ke hari Jumaat, rasa macam tak best pulak. Yela, corporate/casual attire pejabat cuma tshirt. Tak sesuai nak disuai pakai kecuali seluar.  Tak best pulak rasanya pakai seluar hari Jumaat. Maklumlah, hari Jumaat hari istimewa kan.

Ermmm..relevan ke Dress Down Day ni?


 
Baca lanjut mengenai Casual Friday dari Wikipedia di SINI dan article lain di SINI