Thursday, November 24, 2011

Tutti Frutti, Bukit Beruang, Melaka

Setelah terjadinya beberapa adegan isteri-sindir-suami-buat-buat tak reti.
Juga adegan isteri muncung sehari tak dapat nak makan apa yang dihajati.
Semalam berakhirlah episod luka si isteri.
Bila dapat juga jejak kaki ke Tutti Frutti.
Ehe..

Saya punya. Banana and strawberry yogurt dengan melon yogurt.
Toppings : lychee, dried berries, longan dengan strawberry syrup.

Terlampau sejuk untuk si kecik ni.

Tutti Frutti Bukit Beruang, Melaka.
Bersebelahan dengan Restoran Windmill.
Dan berdekatan dengan Multimedia University (MMU Melaka).
Student MMU boleh dapat 10% diskaun kalau tunjukkan student Id Card.

Agak luas dalamnya.
Baru buka kan.
Kerusi bau kedai lagi..hehe
Dirasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam pada 20.11.2011.

Suami kata "eh, takde pun benda-benda topping macam tu" ..heh

Sila abaikan budak  kecik tengah berusaha menggaru belakang sendiri.

Yogurt dispenser. *ye ke namanya dispenser?*



Tibalah masa untuk suami-sindir-isteri.
Harga boleh tahan gabak juga Tutti Frutti ni.
Suami kata boleh buat belanja makan lunch 2 hari.
Eleh, macam makan hari-hari pun.ehe


Inilah power of blogging.
Daripada orang yang tak tahu menahu.
Sampai teringin sangat nak merasa.
Dah lama di KL tapi baru di Melaka.


Kesimpulannya, siapa yang minat dengan yogurt mungkin suka.
Saya okay je, cuma semua toppings adalah sangat manis.
Terlampau ngeri untuk ibu mengandung diabetic seorang ini.
Tapi ini mungkin bukanlah lawatan pertama dan terakhir walaupun mungkin tak akan sekerap mana.



Diari Hamil Saya : 24 weeks pregnant...

Update from babycenter.com.my:

Your baby is still on the skinny side with no body fat but his brain is growing rapidly and he's starting to fill the space in your uterus. By now, you probably have a definite "pregnant" shape and the linea nigra, a dark line of pigmentation, may appear down the centre of your abdomen.

Your baby's taste buds are also forming and, believe it or not, his sweet tooth. Could that explain your sudden craving for dodol and kuih lapis? No one knows for sure but it's a good excuse, next time you find yourself stalking the kuih lady at the pasar malam.



 

Dah masuk 24 minggu.
Makin berdebor-debor je hati ni, tapi buat-buat rileks je.
Dah la baca pasal human body pain kat Facebook,
Yang membuatkan aku mimpi ngeri..haha..


Patutla sekarang asyik nak makan benda-benda manis je.
"Sweet tooth" adik baby rupanya.
Tapi kuih lapis tak masuk dalam senarai pun...
Breakfast, lunch, dinner semuanya nak yang manis-manis.
Yang akhirnya membawa kitorang ke Tutti Frutti semalam..ehe..


Patutnya makanan kena elakkan disebabkan GDM..
Next entry pasal GDM pula..


Baby sangat aktif kicking - sommersaulting - exercising - stretching - yoga-ing?? inside.. 
Adik baby, tunggu mama dengan babah tengok awak senyum petang ni okey..  
: P



Badan manusia hanya mampu menahan sehingga 45 del (unit) kesakitan.
Tetapi semasa melahirkan bayi, seorang ibu merasai sehingga 57 del (unit) kesakitan. Ini sama dengan mematahkan 20 tulang secara serentak.
Sekarang bolehkah anda bayangkan, kesakitan & kasih sayang seorang ibu?