Friday, November 18, 2011

Rezeki Jumaat












Murah rezeki hari Jumaat ni. Ramai yang belanja makan. Dari pagi bawa ke petang.

Marathon : Nasi lemak - kuih kasui - karipap kentang - kopi O - nasi lemak balik - kek Secret Recipe - teh tarik..

Alhamdulillah..

*Err...jimat sehari tak payah keluar lunch - kulit pun cerah sikit tak kena matahari, haha..*

 

Kopi O kaw kaw..

Tak boleh dielakkan sampai la sekarang.

Kadang-kadang je berjaya menahan godaan bau kopi..err

Kan wanita hamil digalakkan untuk mengelakkan minuman berkafein.

Sebab kafein boleh mengdehitrat air dalam badan.

Pastu boleh datangkan kesan pada baby juga..

Nauzubillah sebab kadang-kadang tak boleh kalau tak minum kopi sehari.

Masa pregnant Ahmad pun hari-hari mengidam kopi ais pepagi.

Aishh...janji janji yang tu last dah...



Pa & Ma Isu Mac 2011 :
Minuman berkafein sering dikaitkan dengan kesuburan wanita. Sesetengah kajian mengatakan ia dan sesetengah lagi tidak. Namun kini kajian mengatakan dengan secawan kopi sehari sudah cukup mengurangkan peluang sehingga 50% wanita untuk hamil dalam tempoh 12 bulan. Walaupun perdebatan minuman berkafein masih belum selesai, Dr Mark Leondires, M.D, Pengarah Perubatan di Reproductive Medicine Associates of CT, menggalakkan pesakitnya berada di pihak yang selamat dengan menjauhi minuman berkafein ketika mencuba untuk hamil.

Eh, ye ke mengganggu kesuburan?

Apa pun semuanya adalah kehendak Allah.

Kita merancang, Allah yang menentukan..

Nak bagi hadiah apa ek?

Syukur pada Allah.
Minggu ini saya menerima 2 berita gembira.


Semalam results UPSR keluar kan?
Anak buah saya Shafiq pun salah seorang calon.
Syukur Shafiq dapat 5A.
Dengar khabarnya tahun ini ramai pelajar lelaki dapat 5A.
Ni kalau Shafiq tak dapat 5A, saya dah dapat agak dah siapa yang emo lebih.
Gerenti mak dia -- kakak saya..heh
Parents sekarang memang macam ni ke?
Taktau la nanti kami macam ni juga ke tidak..heh


Kakak saya hantar SMS semalam.
"Alhamdulillah, satu dah lepas, tinggal sabrina pulak lepas ni. Ada hadiah tak untuk ibu yang cemerlang ni"
(*Sabrina anak sulung dia yang ambik PMR tahun ni*)
Perasan tak perasan kakak aku sorang ni..hehe
Pastu over nak hadiah handbag Coach.
Tak mengagak kan? Macam adik dia kerja cop duit..heh


Tak koser ai nak bagi hadiah kat dia.
Baik bagi kat anak dia kan.
Agak-agak nak bagi hadiah apa ye pada Shafiq?
Takde idea. Barang-barang sekolah mesti mak ayah dia dah belikan.
Kalau bagi cash je karang diperkotak katik dek mak dia plak. : P


Lagi satu berita gembira....
Yeayyy..dah dapat surat untuk salary increment.
Syukur pada Allah. Nikmat kesabaran dan keyakinan pada Nya.
Rezeki Adik Baby.
Mama promise, will buy something nice for you...  : P