Tak sempat nak update belog lagi. Sungguh tak sempat. Busy memanjang sepanjang minggu ni. Dah agak dah, lepas raya musti busy punya. Sebab klien-klien dah cargas semula untuk projek sana sini.
Berada dalam line perkhidmatan, kita perlu sentiasa bersedia untuk memberikan servis kita kepada yang memerlukan, bila diperlukan, dengan SYARAT ianya berbaloi dengan bayarannya..heh..
Kalau kat ofis, sepatutnya sepenuh masa digunakan untuk kerja, tapi saya main aci ngelat untuk update blog sebab di rumah tak sempat nak buat apa.
Keji kan..hehe..tiba-tiba terasa keinsafan dalam diri sendiri. Tapi kalau dah abis kerja dengan baik atau dah boring sampai tersengguk sorang-sorang kat dalam bilik, apalah salahnya kita meng'utilise' benda yang dah sedia ada. Betul tak bos?? : P
Bila tiap-tiap hari sampai rumah pukul 9 atau 10 malam, saya hanya tenung je timbunan kain baju dalam bakul, atas katil dan berharap dorang (kain baju tersebut) dapat bergerak sendiri, melipat diri sendiri, masukkan diri sendiri dalam almari...
Yang penting kita kena jujur dalam pekerjaan kita supaya rezeki yang kita terima insyaAllah rezeki yang 'bersih'. Jujur dan ikhlas dalam kerja kita, insyaAllah ada balasan baik. Saya masih begini sejak dari dulu sampai la sekarang ni, tetap seorang yang 'workaholic'. Kalau masa single mingle dulu saya paksa assistant saya untuk tunggu saya siapkan kerja di ofis sampai ke malam. Tapi sekarang ni Mr Husband la jadi mangsa. Tapi hati tetap tak best sebab kena tinggalkan si hero kecik dengan opahnya. Tapi saya berdoa anak saya memahami apa yang saya buat sekarang ni adalah demi masa depan dia.
Dan penting untuk kita seimbangkan di antara kerja dan juga aktiviti personal kita, termasuk emosi dan masalah peribadi supaya tidak bercampur aduk, yang akhirnya akan memberikan kesan yang buruk kepada kerjaya kita. Kalau emosi kita terganggu, ada kemungkinan besar kerja-kerja kita akan terjejas.
Selamat bekerja dengan ikhlas, seolah-olah kita akan hidup seribu tahun lagi TETAPI ingatilah Allah dalam setiap pekerjaan kita dan sembahlah Dia seperti maut menanti kita esok hari....