Tuesday, October 12, 2010

2 mayat wanita ditemui..nyawa umpama tak bernilai..

Mayat seorang wanita lingkungan 30-an yang masih belum dikenalpasti ditemui terdampar dalam keadaan bogel di tebing pantai berhampiran gelanggang squash dekat Tembeling Resort di Kuantan petang semalam.

Satu lagi mayat seorang wanita dipercayai jururawat yang dilaporkan hilang sejak Sabtu ditemui dalam keadaan separuh bogel dalam parit di Taman Kingfisher, Jalan Sulaman, Kota Kinabalu jam 11 pagi.

Adakah kematian disebabkan kemalangan ataupun diserang haiwan liar? Kemungkinan sangat tipis. Tambah pulak mayat-mayat dijumpai bogel dan separuh bogel. Maksudnya pelakunya adalah MANUSIA. Senangnya manusia mencabut nyawa manusia lain, seolah-olah boleh ditukar ganti.
Buat para wanita, berhati-hati dalam setiap pergerakan anda ye. Risau dengan keadaan jenayah yang dah tak kira siapa sekarang ni. Berdoalah moga kita semua dijauhkan daripada musibah begini.



4 comments:

Lady of Leisure said...

betul skrg kene hati2, kalau boleh nak ke mana2 jangan seorang diri..

eRaY said...

ya allah, peliharalah kami semua dari kejahatan manusia & syaitan.

huhuhu if tak silap yang kat sabah tue student oum. huhuhu.

amirah said...

bahaya kalau jalan sorang2..jgn jalan sorang2..

eray, ye, dah baca dah entri eray..student oum kan..skrg org jahat dah tak kira dah..

Anonymous said...

Почему регистрация не работает ?