Monday, January 28, 2013
Penyakit was-was kalau datang hari Isnin memang menyampah sungguh..
Pagi tadi kelam kabut sikit sebab Encik Husband kena bertugas minggu ni.
Bangun tidur pukul 5 pagi. 5 pagi okeh.
TV tak off sebab nanti senang nak bangun pagi.
Maklumlah kat tv tu ada jam kat bawahnya kan.
Punya semangat nak datang kerja katanya.
Masak nasi goreng (sotong), mandi, solat Subuh etc etc.
Berlenggang kangkung Mak Jemah katanya lagi.
Sekali, tengok dekat pukul 7..hah, hambek kau!
Maka, Adik Cha Nana yang melalak nak ikut terpaksa di pass baton pada mak je.
Karang di layan karang makin lambat pulak.
Boleh pulak tengah jalan dah nak sampai opis, TENGAH JALAN okeh...
Teringat suis iron dah tutup ke belum.
Shaitonnnn nyaaa.
Tengok, tengok, betapa shaitonnya perasaan tu sebab kenapa bukan masa tutup pintu ke, masuk kereta ke.
Dah nak sampai opis pulak tu...
Maka, hari Isnin dimulakan dengan sedekah uncle teksi tu RM40.00.
(Untuk pengetahuan umum, acik dah lama tak bawak kereta dan kat sini memang mahal sebab teksi tak bermeter)
Tu tambang untuk to fro balik umah - semata-mata nak tengok suis cepat cepat.
Yela, karang kalau lambat sangat terjangkit rumah sebelah (banyak sangat tengok drama la ni)
Encik Husband tak boleh nak patah balik dah.
Dan betullllll...suis tu tutup ye encik dan puan..
Elokkkk je dia tertutup.
Padehal dalam cab tadi dah terbayang macamana nak tadah air sorang-sorang kalau betul la ada api. NAUZUBILLAHIMINZALIK
Shaitoonnn nyaaaa.
Pastu pastu pastu kan, nasik goreng kita tinggal dalam kete Encik Husband.
Pastu pastu kita tak dapat makan nasik goreng kita yang ada sotong tu.
Pastu pastu kita sedih sebab kita tergopoh gapah lambat tadi sebab masak beliau la.
Tapi sebab optimis je, redha dan gembira je anggap itu rezeki uncle tu di hari Isnin.
Ntah ntah ada hak orang lain yang kita ambik tak sedar la tu.
Yela, macam tau-tau je hari ni hari gaji.. : P
tapi Encik Husband bagi balik tambang tu. hoyeehhh
Senyum gembira di hari Isnin, syukur masih bernyawa.
Subscribe to:
Posts (Atom)