Friday, June 22, 2012

Sungguh aku tak faham kenapa..??


Sungguh daku tak faham...

  • anak auntie rumah sebelah - muka ganas, badan penuh tatoo, balik pagi-pagi buta dengan radio kereta sikit punya kuat, kuat minum *ini bukan assumption ye sebab jumpa muntah banyak dalam longkang depan rumah - nasib baik dia tak muntah depan rumah kitorang* TAPI dalam kereta dia ada teddy bear, hiasan-hiasan perempuan gitu. hi hi hi.. 
  • kenapa kutu-kutu beras semua nak berkenduri kat dalam bekas beras kat rumah kami?!! Camne dorang boleh masuk dalam bekas tu ek? Wahai kutu beras, korang faham tak daku geli nak makan nasi bila terbayang sedara mara korang yang kat atas kepala tu? Korang menyindir daku lama tak masak ke apa? heh...*tolong bagi petua camne nak menyahtinjakan kesemua kutu beras tersebut selain daripada letak cili kering?* 
  • susah nak cari orang yang sudi jahitkan baju kurung raya Arissa..bukan lagi kecik lagi senang ke? Memandangkan daku golongan orang-orang yang sangat "pandai" menjahit, rasanya macam senang je..
  • kenapala daku ada kat ofis hari ni sedangkan patutnya tengah menikmati hari cuti yang indah kat rumah dan dating berdua-dua dengan Incik Suami...berkorban cuti demi kerja kekdahnya. ni kalau tak naik gaji ni sajela niii..heh

Tak faham dan buat-buat macam tak faham walaupun faham adalah 2 perkara berbeza..
Selamat Jumaat semua!!