Sebab nanti nak bercuti lama yang bermaksud blog pun akan bercuti lama, hari ini nak menceceh panjang sikit la..*panjang - sikit ye*. Nanti semua orang rindu..huhu
Siapa ada tebiat? Mesti tanak ngaku kan..hehe..Nak ceritala 2 tebiat kita *guna kita sebagai kata ganti diri untuk kelihatan lebih comelll* pada korunk-korunk sume.
Tebiat yang sangat buang tebiat adalah gigit kuku jari tangan. Iye, jari tangan ye BUKAN jari kaki. Melampau hover kalau kaki pun nak gigit juga. Kalau ye pun tak sampainya. Mesti nak kena dapatkan bantuan.. : )
Sampai sekarang masih gigih menggigit kuku jari. Rasa macam best je..ehe..Dah terbiasa sampai kalau ketip kuku guna pengetip kuku, terasa ngilu sangat-sangat. Terbaca sumber yang boleh dipercayai juga, *kat mana - tak ingat dah lupa - banyak makan kepala ikan *, katanya orang yang gigit kuku ni low self esteem kekdahnya..haha..nyampah..

Ada masa takut juga sebab pernah terbaca kat mana ntah pasal orang yang gigit kuku ni. Dia sakit perut. pastu doktor scan perut dia rupanya perut dia penuh setimbun dengan kuku. *taktau le dia makan ke gigit je kuku tu*. Tapi masa tu jela takut. Pastu usaha tetap diteruskan..ehe
Pastu kengkawan dari dulu lagi macam heran, kenapala banyak sangat majalah hiburan yang ko beli? Tak membazir ke? Sesungguhnya pembaziran itu membawa kita ke point seterusnya, iaitu tebiat ke -2.
Tebiat yang dari sekecil-kecil umat yang comel sampai sekarang pun masih comel adalah membaca masa membuang. Bukan membuang sebarangan ye. Membuang yang besar-besaran. Nak lebih feeling, sila imejin kan..muahaha..tak senonoh..
Tapi tang baca dalam jam*an ni memang rasa-rasanya penyakit keturunan kut. Kat rumah kampung kitorang dulu, jam*an ada pasu bunga-bunga *untuk pengedaran udara segar kaedahnya*, kat situ mesti ada terselit majalah Gila-gila. Buat spare. Kut-kut la time emergency, terlupa pulak nak bawa bahan bacaan, mau tak terkeluar pulak..hehe
Tapi syarat nya takleh la bawa bahan bacaan yang ilmiah, ada ayat-ayat suci lak tu. Jadi selection harus dibuat SEBELUM perkara itu terjadi ye. Sebab bila rasa macam ada alarm untuk ke jam*an, haruslah bertindak pantas, dah tau yang mana boleh dan tak boleh di bawak ye.
Agaknya dah terbiasa kan sampai sekarang ni pun masih lagi duk mengusung bahan bacaan masuk jam*an. Abis tu, kat opis pun sama jugak. Maka, berlambakla majalah-majalah yang dibeli. Nak membuang punya pasal, bazir pun bazir la. Janji up to date pasal gosip artis..huhu
Dah kalau bawak majalah/paper ke tak gheti-gheti macamana nak bajet supaya majalah/paper tu tak jatuh di tempat-tempat yang tak diingini?? Dah beli, tetiba jatuh kat tuttt...arghh..stres ok. Tapi memandangkan kita dah lama berkecimpung dalam arena bawak majalah dalam jam*an, maka skill adalah sangat tinggi. Silalah imejin sendiri cara-cara yang anda akan gunakan..heh

Err, kita sekeluarga akan terbang bercuti ke Ho Chi Minh City, Vietnam lagi esok sampai hari Isnin. Semua la duk tanya apsal nak pergi Ho Chi Minh lagi? Kan dah pergi hari tu? Habis tu camno kalau suami dah decide? Kalau ikut hati perempuan ai, memang tanak pergi sana. Nak pergi Bali, nak berangan macam Bunga Cinta Lestari dengan Ashraff Sinclair, aci tak? hehe..
Doa-doakan la kami sekeluarga selamat ye. Selama ni, naik flight dengan si teruna tang tang seorang tu semuanya beramai-ramai. Kali ni memang jadi backpacker je. Harap-harap diberikan kesabaran yang tinggi la sebab Ahmad Raif dah makin melasak dan ada potensi akan baring-baring merata-rata kaki lima LCCT, mahupun kat kedai-kedai Vietnam tu..grrr.
Doakan kita selamat-selamat dan sihat-sihat belaka ye. Booking flight dan hotel sebelum berlakunya "jangkitan penyakit buatan manusia" yang tidak dapat dielakkan ni membuatkan kita berdebar-debar. Boleh lepas ke tidak ni? Kata survey, sebelum kandungan 7 bulan boleh naik flight lagi. Consult dengan doktor hari tu pun doktor kata no medical issues on pregnant women on board except most of the companies risau kita terberanak.
Jumpa lagi minggu depan dengan cerita-cerita Ho Chi Minh.. insyaAllah...eh, cerita yang haritu tu pun tak habis lagi..hehe