Siapa Nor Azita Osman?. Sebenarnya saya dah tau cerita pasal Nor Azita Osman ni dalam minggu lepas, dan peram entri ni.
Saya pun tak kenal siapa dia Nor Azita Osman. Tapi kontroversi yang dibuatnya menarik perhatian saya. Kalau dilihat dari akaun Facebook nya, dia seorang ibu dan isteri yang cantik dan sedang mengandung. Nak tau lebih lanjut boleh baca komen-komen blogger-blogger lain di sini dan sini dan sini.
Pendapat saya, "dunia tanpa batasan" yang kita gunakan dan aplikasikan sebenarnya ada batasannya. Sebagai contoh mesti anda semua masih ingat kisah seorang blogger yang menyanyikan lagu kebangsaan bukan dalam versi yang sebenar dan disiasat pihak berkuasa.
Setahu saya, Nor Azita dah pun minta maaf atas keterlanjuran komennya itu. KIta tahu setiap manusia buat kesilapan. Tapi, kesilapan yang Nor Azita buat pula nampaknya agak serius sebab dapat perhatian meluas terutamanya warga negeri Johor. Siapa yang tak terasa dengan komen buruk mengenai negeri sendiri kan.
Mungkin Nor Azita dikala menulis status tu dipengaruhi emosi tidak puas hati yang terlampau dan tak sedar betapa setiap satu negeri di Malaysia ni mempunyai keunikkannya yang tersendiri bukan setakat kedai atau pusat komersilnya. Saya secara peribadi amat suka dengan Johor Bahru walaupun baru jejakkan kaki sekali.
Mungkin bagi Nor Azita, ianya hanyalah gurauan, tapi ia sebenarnya boleh dianggap perkara yang serius. Kesian jugak pada dia sebab perbuatan yang kecik (menulis status di akaun Facebook sendiri) akan meninggalkan kesan besar dalam sejarah hidup dia. Tak mustahil selepas ini ke sana sini orang akan kenal siapa dia.
Komen status di Facebook boleh katakan menggambarkan emosi kita. Rata-rata komen yang kita baca di Facebook akan menjurus ke arah emosi tidak puas hati, marah sedih gembira dan sebagainya. Sekaligus menggambarkan diri kita yang sebenar secara tak langsung.
Peringatan buat kita bahawa tak semua yang kita komen atau tulis di boleh dijadikan gurauan atau kita boleh menulis sewenang-wenangnya. Berhati-hatilah dengan apa yang kita buat, apa yang kita katakan. Ianya akan dinilai orang lain. Walau apa pun alasan kita, kita perlu ingat bahawa kita bertanggungjawab sepenuhnya atas perbuatan, tingkahlaku dan kata-kata kita.
credit to google
credit to google