Friday, April 29, 2011

Lagi Putera William dan Kate Middleton..

tadi kat entri kejap tadi di sini saya kata ada 5 perkara yang rakyat Britain tertunggu-tunggu.

Lagi satu saat yang ditunggu adalah saat matrimony itu sendiri sebelum pasangan di raja lafazkan "i do".

Katanya susah nak sebut nama-nama putera-putera raja ni sebab panjang. Lady Diana dulu pun tersilap-silap sebut nama Putera Charles.

Agaknya Kate tersasul juga tak?

The British Royal Wedding of Prince William and Kate Middleton



The British Royal Wedding is today..!

Rasanya dah start dah beberapa channel kat Astro yang siarkan siaran langsung majlis perkahwinan di raja ni. Ntv7 tak silapnya mula dari pukul 5 petang.

Tengok tu, David dan Victoria Beckham antara tetamu jemputan. DYMM Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan pun salah seorang tetamu jemputan. Victoria is expecting, comel je nampak perutnya..

Dikatakan antara 5 perkara yang dinantikan mengenai royal wedding of the decade ini:

- the wedding ring - dah menjadi tradisi cincin perkahwinan di raja Britain akan ditempa dari emas dari Wales sejak the Queen II. Dan semestinya sangat special okey.

- siapa kah tetamu jemputan dan siapakah teman Putera Harry. - Kebanyakan jemputan adalah kerabat di raja dari seluruh pelusuk dunia. Tapi ada yang terpaksa menolak, antaranya Maharaja dan Maharani Jepun disebabkan tsunami haritu. Iye, ramai yang ternanti-nanti siapakah gerangan yang telah menawan hati Putera Harry pulak lepas Putera William telah terpikat dengan Kate sejak bertemu kat St. Andrews University... cewah...

- the wedding gown - semua orang nak tengok gaun pengantin macamana. Tapi pereka nya memang tahan rahsia gila-gila. Tak banyak yang orang lain tau. Terutamanya paparazzi. Mesti kaya raya lepas ni pereka nya.

- the royal kiss - uhuk uhuk..saya pun tak pernah tengok royal wedding sebelum ni. Saya baca, kalau the royals kahwin no kissing dalam church macam kita tengok kat tv ye..hahaha..tapi Prince William dan Kate Middleton akan buat royal kiss kat balkoni Buckingham Palace macam Prince Charles dan Lady Di buat kut. Yang tu saya tengok...kejap giler..hahaha..tak gelojoh punnn...

- the wedding cake - saya baca kat yahoo, the wedding cake takdela macam kek bertingkat-tingkat yang biasa tu. Kek telah direka seolah-olah tak berkaki (?) dan nampak terapung-apung...macam hantu..hehe..nanti kita tengok, ye ke tidak ...


Nantikan lagi update pasal the British Royal Wedding ni..dan saya tengah menengok live jugak di CNN..nak tengok? klik SINI..heh

Gajimu Gajiku, Gajiku Gajiku Jua

Pagi-pagi dah breakfast McDonalds sambil baca sokabau. Orang kaya sehari la katakan. Memang selalu berlagak macam tu. hua hua hua...Maklumla, baru dapat gaji semalam, 28 haribulan. Biasala, berlagak sekejap sebelum kena bayor hutang. Lepas bayar hutang nanti lalu kat depan McDonalds pun taknak..


Padehal baru je kelmarin hari Rabu, 27 haribulan breakfast dengan megi in cup. Makan mekdi sehari ni jela pun. Pasni dah niat dalam hati nak bawak bekal jela pergi office. Jimat dan selamat. Tapi, niat jela dulu. Mana tau, boleh dapat pahala. uwekkk..


Cerita pasal gaji ni kan, bila time nak cucuk duit gaji tu punyala excited, kalau ATM 'out of service' pun sanggup beratur dengan harapan tetiba ATM tu boleh ok pulak. Masing-masing beratur dengan penuh keeksaitetan omputih kata. Tapi cuba tengok time nak depositkan duit untuk bayar hutang, muka memasing macam tak redha je..heh


Semalam, masa pergi kerja, dengarla berita kat Sinar FM. Pasal pembentangan deraf bil untuk penetapan gaji minimum, membolehkan kawalan untuk penggajian kakitangan sektor swasta. Ntah bila la nak buat. Dari tahun lepas tak siap-siap pun. Bok bak je lebih. Pastu tolong la jangan bagi harapan palsu atau buat khabar-khabar angin macam "Kakitangan kerajaan akan dapat bonus 2 bulan gaji tahun ini" atau "Kerajaan akan pertimbangkan permohonan CEUPACS untuk pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan". Benci tau. Saya sebagai ISTERI seorang kakitangan kerajaan memang emosi terlebih kalau laki tak dapat bonus. Ehe...


Nak cerita jugak pasal kakak cleaner kat ofis ni. Dia selalunya bila time gaji ni mintak tolong orang cucukkan gaji dia. Selalunya dia mintak tolong saya, sebab saya cekap dan amanah orangnya. Cettt. Gaji dia kan korang sikit gila. Sian dia. Dah la ibu tunggal. Kadang-kadang kami tolongla juga dia - macam belanja makan ke kan. Mujur anak-anak dia dah kerja jugak. Kalau saya dengan gaji macam tu menggelupur weh. Ngam-ngam nak bayor duit kereta je. Abis tu bila nak makan Mekdi?


Kadang-kadang rasa macam majikan swasta ni main ikut suka ati je nak letak berapa gaji. Pastu staf, ko punya pilihan adalah : "Take it or leave it"..Faham la jugak sebab ini kan business tapi sianla jugak kat pekerja ni. Pekerja kan ke aset..


Hari ni saya pakai tudung RM2.00. Beli kat Mydin masa Mydin ada buat sale. Gila tak gila, Mydin pun ada buat sale. Dah la memang namanya Mydin. Kalau tak beli memangla mental. Murah sangat. Lagipun tudung dia ok sangat, maybe nak buat stock clearance kut.


Abis tu, dah la budak-budak ofis ni tak percaya harga tudung ni 2 hegget sebab cantik gila. Saya jawab "Helo, dah orang nya cute, pakai tudung murah pun nampak mahal, okey". hahaha..Terpaksa jawab dengan ayat riak camtu. Tapi gurau-gurau jela. Penat nak menjawab. Abis tu, dah payah sangat nak percaya tudung ni 2 hengget. Takkan nak kena buat sumpah laknat lepas Solat Jumaat ni jugak wei..hihi
  

Nak beli benda mahal-mahal ni payah sikitla rasanya akal saya ni. Hati memang dah confirm la on je. Sebabnya lepas beli mesti rasa menyesal..lepas tu asyik la mengadu dengan laki doploh pat jam. Jadi sebelum membeli benda-benda mahal, saya selalunya akan membuat permohonan kepada Ahli Senat a.k.a Incik Husben walaupun itu gaji saya sendiri. Lagipun dia yang nak kena tadah telinga nanti..


Jadi anda semua pula macamana? Selalunya akan minta pendapat suami ke atau terus beli je guna duit gaji sendiri.


Kecuali pada Kak Anamarza  (http://www.anamarzablog.com/)  dengan Eily (http://violetgloves.blogspot.com/) dan Lady of Leisure (http://arena184.blogspot.com/)
 yang sememangnya lady of leisure. owh..jeles!


p/s : Hi Lady! how are you doing? Look forward to your new updates. Take care mommy and baby...