Dah berapa punya malas daaaa nak update blog. Internet connection ni hah dah sedehhh sangat. Lembab sangat. Nak buka satu satu blog pun makan berzaman. Sebab ramai buat Wordless Wednesday maka kita buat More Word Wednesday la pulok. heh
Melaka ni tengah berjerebu. Kan ke Bandar Melaka ni kawasan paling 'panas'. Pekat likat sangat bau dia. Bau hangit. Ni kalau duduk luar opis ni mau badan bau orang baru buat bbq... ahaks. Tapi yang hat tu okey lagi. Dapat gak makan. Ni apa pun tak dapat. Dapat makan asap jela.
Semalam pukui 3 pagi bangun sebab terkejut badak mana la datang bau hangit tetiba. Ingat-ingat macam ada rumah sebelah terbakor pulak ke. Dah ready camne nak lari..Ke tak tutup dapur gas ke, takpun terlupa tutup iron ke. Sekali tengok sebab jerebu daaa... Maka pagi tadi ada le fefeeling macam duduk Cameron Highlands. Tapi bukan sejuk, berasap ada le. Pastu berangan-angan harap opis tutup ler ni. Tapi berangan je la pun.
Maka banyakla penyakit datang bersama dengan angin-angin sepoi sepoi jerebu ni. Kelmarin saya dah MC. Punya la sakit kepala sangat. Ni tekak pulak, mak datuk pedih ya amat. Tu sebab macam lama tak update blog (walau takde kena mengena).
Semalam Abam Ahmad pulak demam. Dia memang selalu demam malam-malam. Mula-mula ingat dia buat lawak (*sejati sangat kan mama dia kata dia buat lawak demam-demam..ngeee*) sebab bila balik kerja tengok dia tengah main dengan Adik Iecha. Main bola gol gol kenmain lagi. Berpeluh sakan. Tengah elok-elok main tu, tiba-tiba lemah gemalai pulak dah, sambil dok kata "Mama, Abam demam, nak tetapal" (read : "tampal-tampal" kat dahi - Cool Fever).
Harapnya hari ni Abam dah sihat la ye.
Harapnya hari ni Abam dah sihat la ye.
Jadi sesama la kita jaga kesihatan time-time jerebu ni. Minum bebanyak air kosong. Kalau berebut toilet pun takpe. Demi kesihatan katanya.
Kurangkan aktiviti luwau atau mengulau (alamak..bahasa Melake dah terkeluwau). Pagi tadi time pergi kerja, ada ke patut nampak seorang mamat yang gagah ni tengah jogging dalam asap jerebu ni. Tapi yang bagusnya dia pakai mask. Hehe..kelaka okeh!..
Kurangkan aktiviti luwau atau mengulau (alamak..bahasa Melake dah terkeluwau). Pagi tadi time pergi kerja, ada ke patut nampak seorang mamat yang gagah ni tengah jogging dalam asap jerebu ni. Tapi yang bagusnya dia pakai mask. Hehe..kelaka okeh!..
Sekianlah saje laporan jerebu di Melaka. Mekaseyyyy.