Pagi tadi as usual, saya gi opis awal. Almaklumla bini cekgu, so kenala korban waktu tido dalam sejam dua lagi. Selalunya sambung tido kat opis kejap sebelum pkul 9 pagi. Tiba dalam pukul 7.30 pagi. Kena bukak opis sendirik pulak tu. Yela, kalo nak tunggu orang lain alamatnya keras le kat luar opis, dah semua orang datang pukul 8.30 ke atas.
Pastu blom sempat kunci pintu opis semula (untuk safety), tetiba ada sorang lelaki India kut..tapi mcam cerah je..terus je terjah masuk " is this lawyers' office??". Mak ai..seram giler, dahla macam tak bawak pape, takanla nak jumpa loyer pepagi cek non..cara cakap lak macam org mabuk jer...
Dah dia tggu kat main door, camne la nak larik..terus je jawab.."no..no cannot cannot..come back later.." ntah apa yg aku carutkan ntah..nervous punyer pasal..hahaha..pastu terus je redah dia. Keluar pintu sebab ada la orang lalu lalang jugak kat depan tu. Pucat muka akak. Hahaha..pengajaran kan? JANGAN BERI PELUANG DAN KESEMPATAN..patutnya masuk opis tadi terus kunci balik pintu tu..
Terjumpa dalam majalah Wanita (Edisi Jun 2010) (cover depan Wan Aishah Mahsuri) berkenaan dengan PANDUAN KESELAMATAN DI TEMPAT AWAM :
Bila di tempat letak kereta
1. Jika berseorangan, letak kenderaan di tempat terang atau berhampiran dengan lobi atau kaunter bayar;
2. jangan bercakap dalam telefon semasa berjalan kerana anda akan leka dan kurang fokus dengan persekitaran;
3. ketika hendak kembali ke kenderaan, pastikan kunci sudah sedia dipegang dan telefon di sebelah lagi tangan. Pastikan telefon mempunyai program 'speed dial' supaya dpt segera telefon polis atau ahli keluarga;
4. apabila sampai di kenderaan, terus masuk dan kunci dan pandu ke arah tempat ramai orang.Jangan buang masa mencari barang atau membetulkan solekan;
5. Jika ada barang simpan dlm kenderaan dan jangan simpan di bonet kerana ia memberi ruang kepada penjenayah yang mengekori.
6. Jangan letak beg tangan di tempat penumpang sebelah depan. Sebolehnya sembunyikan di bawah kerusi atau cari cara yang menyukarkan penjenayah seperti melilitkan beg tangan dengan tali keledar.
Ketika di tempat makan
1. jangan letak beg tangan semasa di kerusi sebelah. Sentiasa letak di atas paha dengan satu tangan diseluk di tali beg.
2. Pastikan beg ditutup supaya dompet atau barang berharga dalam beg tidak kelihatan.
“Senjata” dalam keadaan sehelai sepinggang :
• Suara – jerit sekuat hati untuk minta tolong orang ramai - contoh, help!!help!!tulun tulun..s.o.s
• Gigi - cederakan penjenayah dengan menggigit di tempat sensitif - gunakanlah gigi anda dengan berhikmah.. : P
• Kuku – cengkam cakar dan cucuk mata atau di tempat sensitif - tempat sensitif?adoi..sensitif la nak sebut..hahaha
• Dahi, siku lutut dan kaki – kuat untuk memukul penjenayah sekiranya dipeluk atau dipegang dari jarak dekat - yang ni ai likee..cam WWF selalu buat tuu
Barang yang boleh dijadikan senjata
1. kasut tumit tinggi - untuk serang dengan cara pijak kaki penyerang - alamak, tak pernah pakai high heel..camno??
2. beg tangan dan payung - pukul penyerang - beg?cooler bag?handbag?back pack? ayoo..yang mane satu??
3. kunci kereta - aktifkan penggera untuk tarik perhatian orang atau cederakan penjenayah -iye..iye saya adaa...(bangga laks..)
4. minyak wangi - jika tiada pepper spray - ni wajib ada. Kalo pakai yg macam wan derop perfium camne nak tenyeh?
Camne pun, yang paling penting, jangan panik..kalo panik, susah la jugak nak wat semua perkara di atas..ngeh ngeh..
Nasihat kan orang lain, padehal diri sendiri pun panik..baru dia tanya "is this lawyers' office??"
Buatnya ditanya "u duduk sorang2 ke, i temankan buleh???"
Helpppp...!!