Saya : "Abang, esok abang dah 30 thn. Takut tak??" ...( as usual, soalan budak tadika..)
Mr Husben : "Tak takut lahhh...". (..ada nada sedikit lain di situ..hehehe)
Ye, harini hari Jumaat. Hari ni hari jadi suami saya. Yang ke 30 tahun. Dah masuk 3 series dah. Kalau BMW tu kira dah nak kena panggil orang kaya la. Tapi kitorang tak kaya, biasa je (ada kaitan kah??)
Tapi, saya tak beli hadiah lagi. Apa pun tak beli..Tak romantik sungguh saya ni. Kami berdua ni memang macam ni. Masa anniversary yang pertama bulan 3 haritu pun takde hadiah pun.
Bayangkan la, dah 9 tahun kami berchenta2 (pusing2 pokok macam hindustan) sebelum kawin March 2009. Rasanya kalau dikumpul2 mau satu kontena hadiah dan segala macam benda yang suami bagi saya dan apa yang saya bagi pada dia. Kawan kami selalu cakap, "korang kalau dah kawin, anak sure dah masuk sekolah dah"..hehehe..nak buek camno kan..Sebab tu saya tak kisah.
Saya pun dah terbiasa. Takde hadiah masa hari jadi pun dah tak kisah. Jaman dolu dolu maybe muncung panjang cam bangau kut. Tapi sekrang dah macho dah. Lagipun saya tau material tak penting dalam rumahtangga. Kalau nak segala benda tu, bila2 pun boleh beli...Mr Husben baru je belikan perfume walaupun takde hari spesial. Tapi untuk harini saya akan beli hadiah untuk Mr Husben. baru sweet kan..cewahh
Yang penting bahagia dalam perkongsian hidup kita..yela, kalau asik bergaduh (gaduh manja-manja) terasa, majuk hati, dah tu nak hidup sampai maut sampai, macamne kan..Kecantikan material semua tu tak penting dalam rumahtangga. Kesian kat artis yang bercerai cerai tu, bukannya tak cantik. Tapi kena ceraikan jugak. Bukannya tak kaya, bukannya tak berduit. (apa motif ni? hihi)
Saya : "Abang, mama tak beli hadiah lagi la...Abang nak apa ye?"
Mr Husben : "Tak payah hadiahla..Abang tanak hadiah..janji kena jadi isteri yang baik dengar kata abang.."
Gulppp..telan air liuq..(eleh, dalam hati musti nak kan kan kan..hehehe..ampun banggg...)..
Notakaki : tgh cari buku pedoman "Isteri Idaman Suami" yang beli sebelum kawen dulu..ahaks.. ahaks..ahaks..nanti saya citer lagi ek..