Wednesday, August 04, 2010

Betul ke Kak Engku nak bercerai??

Rasanya semua dah tau pasal berita ni kan. Sebab kat dalam paper harini semua citer pasal berita ni. Taktaula betul ke tidak berita ni. Mungkin sumber-sumber yang boleh dipercayai la kut.

Tapi kalo tengok gambar-gambar Kak Engku kat Facebook, nampak macam pasangan romantik je.

KE ni sebenarnya nmpak je camtu, maklumla artis kan, tapi hantar anak2 dia pegi sekolah tahfiz tau..dari kecik lagi..

Kalo bercerai, ala sedihnya. Mesti rasa sket down atau akan effect sketla KE kat Sinar Pagi nanti..Maklumla, selalu dorang bertiga, KE, SY ngan KRIL menyakat2 sesama sendiri..

Misterinya kenapa KE pergi Mahkamah Syariah yer...?? Ataupun husben KE nak tambah cawangan ke??

Kita nantikan jawapan KE nanti...tungggguuuuu...

 

Anak Tak Suka Minum EBM??

Semalam saya sedih sebab diberitahu Ahmad taknak minum EBM yg saya bekalkan. Seingat saya, semuanya stok EBM yang saya pam semalam. Semuanya masih baru. Kenapa ye?

Dan akhirnya, FM masuk ke dalam perutnya sejak sekian lama. Walaupun sesi minum susu yang terakhir, tapi saya sedih jugak. Bukan Ahmad tak pernah minum FM. Sebelum ni pun Ahmad minum FM.

Saya bukan sedih kenapa tapi sebab di stress kan "EBM tak sedap", "susu tepung sedap," "Ahmad senyap lepas minum susu tepung, kalau minum EBM tu menangis tak berhenti".

Saya diam tak terkata sebab taktau apa perasaan saya masa tu. Takan saya nak paksa diri saya senyum bila anak taknak minum susu ibunya? Sedih hati saya, tak terkata. Serius. Nak menitik rasa air mata.  

Bayangkanla kesungguhan saya nak menyusukan Ahmad. Dengan nak kerjanya, nak buat kerja rumah, mengepam..penat sangat penat. Tapi saya nak anak saya minum susu ibu.

Kenapa kalau anak menangis takmau menyusu, sebab EBM tak sedapkah? Atau ada benda lain yang dia nak? Dia panas ke, berpeluh ke, kenyang sangat ke waktu tu. Ataupun dah tak elok sebab stok yang lain dia minum okay je. Kalaula anak boleh bercakap sekarang alangkah bagus.

Mungkin saya pulak yang tak paham situasi macamne kan. Susahnyaaa....Dari semalam asik terfikir..fikir..fikir..fikir pasal ni. Fikir punya fikir, saya dah makin tenang, kalau tidak rasa hati ni kena kerasukan setan agaknya.

Sebab saya tau, apa pun yang terjadi, saya mama Ahmad. Saya yang lahirkan dia. Ahmad kenal siapa mama dia....

Saya rasa antara sebabnya Ahmad takmau EBM yang last tu:

1. EBM tu dah rosak kerana tidak disediakan ataupun disimpan dengan baik.
2. Dah terlampau kenyang.
3. Tidak selesa dengan keadaan sekeliling.Panas, berpeluh tak selesa.

4. Masa tu takmau menyusu lagi sebab nak main.

Adoi..emo pulak harini...  :  P

harini minum betul-betul tau...