Tuesday, October 19, 2010

Pengisytiharan Melaka Maju 2010 (201010 pada 2010) dan Aktiviti Sambutan

Detik bersejarah buat rakyat Melaka sempena pengisytiharan negeri Melaka sebagai negeri maju  2010 pada hari esok 20.10.10 pada jam 20.10 malam. Pengisytiharan Melaka sebagai negeri maju akan dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak malam esok secara 'maya' iaitu melalui video conferencing dari PWTC, Kuala Lumpur.

Melaka diiktiraf sebagai negeri maju oleh Pertubuhan Kerjasama dan Pertumbuhan Ekonomi (OECD), iaitu satu pertubuhan yang dianggotai 33 negara maju setelah melepasi 32 kriteria yang ditetapkan. OECD adalah pertubuhan negara-negara yang mempunyai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tertinggi. Malahan kadar kemiskinan di negeri Melaka turun sehingga 0.5% pada tahun ini berbanding 5.4% pada 2000.

Melaka Maju 2010 sebenarnya adalah wawasan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam semenjak beliau memegang jawatan tersebut. Dan Datuk seri Mohd Ali telah berkhidmat lebih 10 tahun sebagai Ketua Menteri Melaka. Dan nampaknya dah tercapai dah wawasan 10 tahun Datuk Seri Mohd Ali.

Selepas Melaka Maju 2010, negeri Melaka mensasarkan taraf negeri maju berteknologi hijau. Teknologi hijau bermaksud menggunakan tenaga alternatif termasuk solar. Mungkin lagi 10 tahun semua rumah pakai tenaga hijau/alternatif.  Sempena pengisytiharan "Melaka Maju 2010 - Negeri Bandar Teknologi Hijau", rakyat pun digalakkan hadir di majlis pengisytiharan dengan baju hijau. 

Banyak aktiviti sempena pengisytiharan Melaka sebagai negeri maju, antaranya Karnival Melaka Maju 2010 di Stadium Hang Jebat, Krubong Melaka yang akan ada gerai jualan dan konsert malam esok. Paling menarik pengunjung boleh memenangi hadiah sebuah rumah, kereta dan macam-macam lagi hadiah menarik.

Sebelum ini, semalam dan kelmarin ada Larian Melaka Maju 2010 untuk 6 kawasan parlimen Melaka.

Semalam pun ada Kayuhan Melaka Maju 2010, konvoi berbasikal terpanjang dengan 2,270 orang. Dan banyak lagi aktiviti yang telah diadakan sempena Melaka Maju 2010.

Nanti kita cerita lagi apa pendapat saya mengenai Melaka Maju 2010...mungkin cuba ambik gambar aktiviti di Stadium Krubong nanti...




Jerebukah Ini?

Betul ke sekarang ni berjerebu? Atau perasaanku semata-mata? : P almaklumlah, mata clear sangat.  Nampak time berjerebu sama macam tak jerebu je..hehe.

Tapi lemas pulak terasa bila duduk lama-lama dalam ofis ni sebab bau hangit terbakar. Dalam ofis pun berbau sampai baju semua pun berbaju. Sahlah ni jerebu la ni.

Macamana ni? Macamana nak buat kerja? Mungkin kalau dalam shopping complex okey sket kut..kuang kuang..

Sekarang musim panas, patutla senang terbakar. Rasanya mesti hutan kat Sumatra Indonesia yang terbakar ni (rasanya ye...). Kami yang berada dekat dengan Selat Melaka selalunya akan dapat terasa dulu fenomena jerebu kalau terdapat aktiviti pembakaran di Indonesia atau hutan yang terbakar akibat cuaca panas.

Seingat saya di zaman sekolah menengah dulu, pernah diisytiharkan cuti sebab cuaca berjerebu teruk sangat. Kalau bawak kereta, boleh eksiden sebab tak nampak apa-apa.

Dengan udara yang tak berapa sihat macam ni, rasanya elok kalau kita habiskan masa buat aktiviti dalaman..aktiviti luaran tak sesuai.

Kena minum air masak banyak juga ni...


bila sihat itu satu nikmat, sakit itu ada hikmah..

kami sekeluarga tak sihat..takla serius sangat tapi tak sihat bermaksud aktiviti seharian terganggu, kerja terganggu --- kena MC, makan terganggu --- dari 2 pinggan boleh makan 1 je, tidur terganggu --- dari 8 jam berturut2 bangun sejam sekali..dari update blog hari-hari---tinggal 3 hari sekali je..

ubat sorang seplastik..babah seplastik, mama seplastik. Ahmad Raif pun sama..ish ish..Ahmad dan babah dengan batuk selesema dan saya menahan sakit perut yang dikatakan gastrik. Ini ke gastrik? Moga bukan yang lebih teruk hendaknya...

tapi sakit ini satu hikmah..peringatan Allah pada kami..moga kami sekeluarga terus sihat sejahtera seperti selalu..dan dapat beribadah lebih kerap berbanding dulu. Bila satu nikmat Allah ditarik sementara, terasa hidup sangatlah susah.

Syukur dengan nikmat yang ada. Hargai semua nikmat yang dikurniaNya. Berhenti mengeluh kerana semakin kerap mengeluh, makin kerap terasa sempitnya...