Monday, October 04, 2010

Bayi 9 bulan yang ada gigi 2 plus 2...

Geram sangat tengok kelasakan dia..
Kadang-kadang terlepas jugak cubit kat betis dia..
Bukan sebab marah, tapi geram tak duduk diam seminit..
tapi syukur Ahmad anak yang sihat, cergas dan riuhhhh...
mula-mula bebel perlahan-lahan,
lepas tu jerit sekuat hati..


gigi 2 plus 2 kat atas..hidden...

anak bapak sungguh...

ada sekali kat kenduri arwah, tiba-tiba menjerit sekuat hati
sampai makcik yang duk sebelah, melatah-latah...
mujur makcik tu tak brutal sangat..heh
kat kenduri orang kawin, kat dalam rumah, kat dalam kereta semua suara dia je..
uiii..kalau menjerit, sampai sakit la jugak gegendang telinga
membebel taktau apa butir ,
dan paling seronok dengar dia berzikir dalam bahasa dia ikut zikir kat Astro Oasis..
comel pulak rasanya..

Ada zuriat sendiri rasa sangat membahagiakan..
walau tak cukup tidur sebab anak berjaga tengah malam
walau terpaksa bangun awal untuk masak makanan 'homemade'
walau berkendong sini sana dengan beg 2 - 3 buah
walau alignment badan dah 'lari'
walau muka penat comot-comot tak sempat letak bedak
walau tudung baju berkedut tak sempat nak di iron
tapi bahagianya rasa..

TERIMA KASIH YA ALLAH...

Tiada Anugerah Cemerlang untuk Perokok

Serius nampaknya kerajaan nak tangani masalah perokok tegar di kalangan penjawat awam. Contohnya kan,  Jabatan Kesihatan Kedah tidak akan mempertimbangkan anugerah cemerlang untuk pekerja di jabatan itu kalau mereka adalah perokok dan walaupun mereka pekerja cemerlang.

Berita lanjut di sini.

Saya suka  dengan langkah ni. Sekurang-kurang takde la orang awam pandang tak elok dengan Jabatan Kesihatan yang suruh orang lain amalkan hidup sihat tanpa rokok, tapi tup-tup merokok juga. Macam doktor yang selalu nasihatkan pesakit supaya berhenti merokok yang juga perokok. Apakah?
Lagipun mulai harini, rokok  dah naik harga lagi. Tak larat nak kejar nanti. Asik naik, tak turun-turun. Kali ni naik sampai 70 sen untuk kotak 20 batang sampai cecah RM10 sekotak. Ai...larat ke lagi nak hulur RM10? Apa kata buat belanja kawan-kawan minum teh tarik. Murah rezeki nanti, insyaAllah..
Seriously saya lemas dengan asap rokok. Kalau boleh nak lari jauh-jauh dari orang yang tengah merokok. Mana taknya, dah le lemas, baju tudung semua pulak berbau rokok. Pekat, likat, melekat...

Kan ke ada kajian yang kata kita sebagai 'secondary smoker' - yang duk terhidu-hidu asap rokok - akan lebih kronik berbanding dengan 'primary smoker' - orang yang betul-betul berasap - aduhai..tak pasal-pasal pulak kita yang tak bersalah ni jadi mangsa..

Kepada semua yang merokok, apa kata cubalah berhenti dari amalan yang tak elok ni. Bagus kan berubah ke arah kebaikan. Bagus juga untuk kesihatan keluarga, anak-anak nanti takdela asik demam, selsema, dan macam-macam lagi..boleh cuba..takde apa yang mustahil..nothing is impossible kata adidas...

Kadang-kadang heran juga ye, ada sesetengah yang kata, tok-tok mereka lagila lama hisap rokok, tapi sihat walafiat sampai hari ni..ermmm..macamana nak argue ye...mungkin yang tu Allah bagi peluang tak?? heh..


Kat New Delhi dah ada kes denggi?

Ish...kes pertama demam denggi dah dilaporkan di perkampungan atlet Sukan Komanwel di Delhi. Sebelum ni pun dah pelbagai masalah yang dihadapi India sebelum Sukan Komanwel India 2010 dirasmikan malam tadi.

Dah lebih 1,000 kes, termasuk 3 yang mati disebabkan denggi di India. Yang itu statistik sejak bulan Jun lepas. La ni taktau la berapa pula kadar statistik denggi di India.

Kerajaan India dah berusaha keras supaya Sukan Komanwel dapat dibuat di India. Untuk mengawal denggi, pihak penganjur sudah mencuba pelbagai kaedah, termasuk menggunakan "ikan pemangsa nyamuk".

Tapi macamna agaknya keadaan dan tahap kesihatan atlet-atlet? Bagaimana makanan disediakan. Corak pemakanan untuk atlet adalah sangat penting dan salah satu faktor kejayaan seseorang atlet.

Kerajaan India perlu pastikan perkampungan Sukan Komanwel bebas denggi dan lain-lain penyakit. Kalau tak macamana semua atlet nak berjuang dengan jayanya..heh..

Semoga atlet Malaysia berjaya dalam buruan pingat emas..chaiyokkk..