Perkara biasa, masa hari raya, bajet perlu lebih. Maklumlah, nak buat persiapan raya, bajet nak balik kampung beraya, bajet nak bagi duit raya, minyak kete nak pergi sana sini lagi.
Memang kena guna banyak duit la. Lagipun raya setahun sekali, kalau tak ada baju baru, tak bagi duit raya, rasa macam tak lengkapla pulak hari raya. Lagipun anak-anak buah dah pandai komplen kalau Maksu tak kasi duit raya..lol..sungguh mata duitan..heh
Jadi, lepas raya, perkara biasala juga kalau 'sesak' sampai nak menunggu hujung bulan. Adoi, jenuh nak tunggu hujung bulan 10 nanti. Rasanya kena ikut tips cara nak berjimat lepas hari raya la.
Dari Majalah Keluarga Harmoni (1-15 Oktober 2010) tips berjimat selepas hari raya:
1. rekodkan perbelanjaan.
2. masak di rumah
3. gunakan pengangkutan awam
4. elak berkunjung ke pusat membeli belah
5. jimatkan penggunaan air dan elektrik
6. berpuasa sunat
7. kurangkan aktiviti riadah
8. manfaatkan rumah terbuka
Anda semua suka tips yang mana?
Saya paling suka, tips yang last tu la..hihi..dah rezeki orang nak jamu makan, apa salahnya kan. Lagipun bukan selalu kita datang rumah/ofis kawan saudara kita tu kan. Ntah-ntah memang setahun sekali je jumpa. Bila datang rumah dia, rupa2 dah pindah...
nota kukukaki : tgh prepare perut untuk open house Sabtu nanti.. : P