Friday, April 29, 2011

Lagi Putera William dan Kate Middleton..

tadi kat entri kejap tadi di sini saya kata ada 5 perkara yang rakyat Britain tertunggu-tunggu.

Lagi satu saat yang ditunggu adalah saat matrimony itu sendiri sebelum pasangan di raja lafazkan "i do".

Katanya susah nak sebut nama-nama putera-putera raja ni sebab panjang. Lady Diana dulu pun tersilap-silap sebut nama Putera Charles.

Agaknya Kate tersasul juga tak?

The British Royal Wedding of Prince William and Kate Middleton



The British Royal Wedding is today..!

Rasanya dah start dah beberapa channel kat Astro yang siarkan siaran langsung majlis perkahwinan di raja ni. Ntv7 tak silapnya mula dari pukul 5 petang.

Tengok tu, David dan Victoria Beckham antara tetamu jemputan. DYMM Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan pun salah seorang tetamu jemputan. Victoria is expecting, comel je nampak perutnya..

Dikatakan antara 5 perkara yang dinantikan mengenai royal wedding of the decade ini:

- the wedding ring - dah menjadi tradisi cincin perkahwinan di raja Britain akan ditempa dari emas dari Wales sejak the Queen II. Dan semestinya sangat special okey.

- siapa kah tetamu jemputan dan siapakah teman Putera Harry. - Kebanyakan jemputan adalah kerabat di raja dari seluruh pelusuk dunia. Tapi ada yang terpaksa menolak, antaranya Maharaja dan Maharani Jepun disebabkan tsunami haritu. Iye, ramai yang ternanti-nanti siapakah gerangan yang telah menawan hati Putera Harry pulak lepas Putera William telah terpikat dengan Kate sejak bertemu kat St. Andrews University... cewah...

- the wedding gown - semua orang nak tengok gaun pengantin macamana. Tapi pereka nya memang tahan rahsia gila-gila. Tak banyak yang orang lain tau. Terutamanya paparazzi. Mesti kaya raya lepas ni pereka nya.

- the royal kiss - uhuk uhuk..saya pun tak pernah tengok royal wedding sebelum ni. Saya baca, kalau the royals kahwin no kissing dalam church macam kita tengok kat tv ye..hahaha..tapi Prince William dan Kate Middleton akan buat royal kiss kat balkoni Buckingham Palace macam Prince Charles dan Lady Di buat kut. Yang tu saya tengok...kejap giler..hahaha..tak gelojoh punnn...

- the wedding cake - saya baca kat yahoo, the wedding cake takdela macam kek bertingkat-tingkat yang biasa tu. Kek telah direka seolah-olah tak berkaki (?) dan nampak terapung-apung...macam hantu..hehe..nanti kita tengok, ye ke tidak ...


Nantikan lagi update pasal the British Royal Wedding ni..dan saya tengah menengok live jugak di CNN..nak tengok? klik SINI..heh

Gajimu Gajiku, Gajiku Gajiku Jua

Pagi-pagi dah breakfast McDonalds sambil baca sokabau. Orang kaya sehari la katakan. Memang selalu berlagak macam tu. hua hua hua...Maklumla, baru dapat gaji semalam, 28 haribulan. Biasala, berlagak sekejap sebelum kena bayor hutang. Lepas bayar hutang nanti lalu kat depan McDonalds pun taknak..


Padehal baru je kelmarin hari Rabu, 27 haribulan breakfast dengan megi in cup. Makan mekdi sehari ni jela pun. Pasni dah niat dalam hati nak bawak bekal jela pergi office. Jimat dan selamat. Tapi, niat jela dulu. Mana tau, boleh dapat pahala. uwekkk..


Cerita pasal gaji ni kan, bila time nak cucuk duit gaji tu punyala excited, kalau ATM 'out of service' pun sanggup beratur dengan harapan tetiba ATM tu boleh ok pulak. Masing-masing beratur dengan penuh keeksaitetan omputih kata. Tapi cuba tengok time nak depositkan duit untuk bayar hutang, muka memasing macam tak redha je..heh


Semalam, masa pergi kerja, dengarla berita kat Sinar FM. Pasal pembentangan deraf bil untuk penetapan gaji minimum, membolehkan kawalan untuk penggajian kakitangan sektor swasta. Ntah bila la nak buat. Dari tahun lepas tak siap-siap pun. Bok bak je lebih. Pastu tolong la jangan bagi harapan palsu atau buat khabar-khabar angin macam "Kakitangan kerajaan akan dapat bonus 2 bulan gaji tahun ini" atau "Kerajaan akan pertimbangkan permohonan CEUPACS untuk pemberian bonus kepada kakitangan kerajaan". Benci tau. Saya sebagai ISTERI seorang kakitangan kerajaan memang emosi terlebih kalau laki tak dapat bonus. Ehe...


Nak cerita jugak pasal kakak cleaner kat ofis ni. Dia selalunya bila time gaji ni mintak tolong orang cucukkan gaji dia. Selalunya dia mintak tolong saya, sebab saya cekap dan amanah orangnya. Cettt. Gaji dia kan korang sikit gila. Sian dia. Dah la ibu tunggal. Kadang-kadang kami tolongla juga dia - macam belanja makan ke kan. Mujur anak-anak dia dah kerja jugak. Kalau saya dengan gaji macam tu menggelupur weh. Ngam-ngam nak bayor duit kereta je. Abis tu bila nak makan Mekdi?


Kadang-kadang rasa macam majikan swasta ni main ikut suka ati je nak letak berapa gaji. Pastu staf, ko punya pilihan adalah : "Take it or leave it"..Faham la jugak sebab ini kan business tapi sianla jugak kat pekerja ni. Pekerja kan ke aset..


Hari ni saya pakai tudung RM2.00. Beli kat Mydin masa Mydin ada buat sale. Gila tak gila, Mydin pun ada buat sale. Dah la memang namanya Mydin. Kalau tak beli memangla mental. Murah sangat. Lagipun tudung dia ok sangat, maybe nak buat stock clearance kut.


Abis tu, dah la budak-budak ofis ni tak percaya harga tudung ni 2 hegget sebab cantik gila. Saya jawab "Helo, dah orang nya cute, pakai tudung murah pun nampak mahal, okey". hahaha..Terpaksa jawab dengan ayat riak camtu. Tapi gurau-gurau jela. Penat nak menjawab. Abis tu, dah payah sangat nak percaya tudung ni 2 hengget. Takkan nak kena buat sumpah laknat lepas Solat Jumaat ni jugak wei..hihi
  

Nak beli benda mahal-mahal ni payah sikitla rasanya akal saya ni. Hati memang dah confirm la on je. Sebabnya lepas beli mesti rasa menyesal..lepas tu asyik la mengadu dengan laki doploh pat jam. Jadi sebelum membeli benda-benda mahal, saya selalunya akan membuat permohonan kepada Ahli Senat a.k.a Incik Husben walaupun itu gaji saya sendiri. Lagipun dia yang nak kena tadah telinga nanti..


Jadi anda semua pula macamana? Selalunya akan minta pendapat suami ke atau terus beli je guna duit gaji sendiri.


Kecuali pada Kak Anamarza  (http://www.anamarzablog.com/)  dengan Eily (http://violetgloves.blogspot.com/) dan Lady of Leisure (http://arena184.blogspot.com/)
 yang sememangnya lady of leisure. owh..jeles!


p/s : Hi Lady! how are you doing? Look forward to your new updates. Take care mommy and baby...



Thursday, April 28, 2011

Kashaf Imani..


Semalam saya masak...hehhhh..cemerlang tak? Sila berikan tepukan semangat ye..hihi.. Rasa macam dah lama tak masak dengan penuh kasih sayang dan makan kat rumah. Sila salahkan Incik suami saya ye. Beliau telah menyebabkan saya tidak masak di rumah 5 hari berturut-turut sebab ajak kami (read : Ahmad dan mama Ahmad yang cute) makan kat luar.


Ehhh..kejap kejap. Mungkin sekali sekala boleh menyalahkan diri sendiri pemalas jugak sebab takde pulak niat nak menghalang cadangan dari Incik Suami tersebut. ngeee...


Sedap tau saya masak semalam *uwekkk..takleh blah ayat riak ni ..haha*. Ikan talapia merah masak lemak cili api dengan sayur bayam tumis pastu seekor ikan talapia lagi buat ala-ala bakar. Apa kes ntah masak lelemak pulak malam-malam. Patutnya buat salad je, kata nak feeling-feeling pinggang macam Erra Fazira.


Oleh kerana masakan sepertimana dinyatakan di atas adalah ibarat masakan di waktu tengahari dan sangat heavy, jadi saya tidak boleh, iye, tidak boleh sama sekali tidur terus. Kena buat sesuatu yang boleh menghilangkan lemak dan kolestrol yang tinggi dalam masakan serta lelemak yang sejak azali telah menjadi penduduk tetap dalam badan.


Ermm, contoh aktiviti? Melipat baju? ..ermm ...melipat baju sambil menonton tv? Melipat baju yang banyak macam Gunung Stong sambil menonton Astro Ria yang menayangkan Kashaf Imani yang diulang tayang? *haa...legaaaa, baru nampak macam banyakkk aktiviti..hehe*



Dah pernah tayang dah rupanya sebelum ni masa Maulidur Rasul haritu. Ces, baru nak perasan diri sendiri up to date..hua hua..


Sinopsis dia :

Drama ni mengisahkan tentang gambaran alam roh. Kashaf lakonan Beto Kushairy seorang remaja bermasalah yang tinggal dengan ibunya, Rosnah (Normah Damanhuri) yang bekerja sebagai GRO dan adiknya, Shamim (Wan Sharmila) seorang pelajar kolej. Mereka tinggal di sebuah rumah flat di Kuala Lumpur. Kashaf bekerja menghantar dadah setelah berhenti sekolah semasa darjah 4. Satu hari, Kashaf telah dipukul hingga cedera parah dan dia koma. Semasa koma dia dapat melihat semua yang berlaku di sekililingnya tetapi orang tidak dapat melihatnya, seakan-akan dia sudah mati tapi hanya seorang saja yang boleh melihatnya, iaitu Imani lakonan Sharifah Amani. Dia meminta tolong dari Imani untuk memberitahu keadaannya kepada keluarganya dan membantu keluarganya bertaubat.


Ada satu adegan tu Kashaf teringat masa dia sembang dengan kawan dia, Amat sebelum Amat jadi arwah. Mati kena bunuh. Masa tu Amat ajak Kashaf hantar 'barang' tapi Kashaf kata taknak sebab berdosa.


Amat sindirla Kashaf sebab Kashaf punya perangai minum arak, main bohsia tu macam la tak berdosa. Lagipun Amat kata buat apa nak takut, dorang berdua kan muda lagi. Kashaf takut. Dia kata kut-kut la mati awal dalam dosa, apalah jadi dalam kubur ye. Amat terus kata "Aku dengan kau berenang-renang dalam neraka la.."


Sebab kami tak pernah tengok, jadi agak meloponglah juga. Tak pasti melopong sebab nampak hantu ke atau melopong dengar ayat-ayat dasyat yang keluar. Heh..yang pasti, banyak gila skrip yang kena potong sebab dasyat sangat la tu...Siap kata dengan cik abang, rasa takut pulak tengok drama ni. Bukan sebab ada hantu, sebab macam Kashaf sekeluarga ni dah macam hantu kehidupan dorang..isk isk isk.. 


Apa pun, suka drama ni sebab  ada Beto Kushairy dan terasa sedap pulak nama Kashaf Imani tu, boleh letak nama anak next edition..hua hua hua..



sinopsis cilok dari : www.budiey.com



Wednesday, April 27, 2011

Hai nieda...awak follower saya ke 100..!!


Hai nieda...awak follower saya ke 100...lama saya menunggu nombor yang cantik ni..

Selamat datang dan harap awak dapat sesuatu daripada blog saya ni... : P

Tapi boleh tak tinggalkan komen dan link blog awak sebab saya pun teringin nak jalan-jalan ke blog awak ye..sebab tak boleh nak masuk ke profile awak..  : P


Potongan Gaji untuk Simpanan Tabung Haji








Dah buat? hehe..saya baruuuuu nak buat. Untuk diri sendiri dan anak. Suami? Silala potong gaji sendiri..hihi..Saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan.

Tuesday, April 26, 2011

The Royal Wedding Week on TLC (Astro Channel 707)

This week dah mula ditayangkan persediaan sebelum majlis perkahwinan antara Putera William dengan Katherine Middleton yang akan berlangsung 29 April 2011 ni.



Banyak saluran tv yang akan buat siaran langsung the Royal Wedding ni. Ntv7 pun ada siaran langsung nanti. Astro yang memang follow closely the Royal Wedding ni semestinya ada siaran langsung hari Jumaat ni. Harap sempat la nak nengok..... 



Semalam pun ada program kat TLC Astro pasal wedding Princess Diana dengan Prince Charles dulu. Punyala nostalgic. Video zaman tahun 1980 an tu. Masa tu nampak Charles dengan late Diana sangatlah bahagia dan sweet sangat.



Ada satu part tu wedding gown Princess Di tersepit kat horse coaches pun ada. Maklumla, wedding gown meriah kan. Bestla tengok program semalam.



Nanti the British royals akan wave dari balkoni Buckingham Palace lepas Prince William dan Princess Kate (lepas ni jadi Princess) atas horse-drawn coaches lalu depan rakyat semua


Indigo/Getty Images


Tetiba over excited pulak nak tengok royal wedding ni. Nampak nya Kate Middleton cucu menantu yang Queen suka.


Sesape yang tak dan nak nengok tv, kalo ada internet pun bleh gak tengok kat siaran Live kat Yahoo.

Alaaa sweet la Kate Middleton ni..i likeee.. apa la perasan nak jadi Princess kan   :  P

Bukit Merah Laketown Resort

Ini entry pekasam. Cerita masa balik Perak 2 minggu lepas. Sempat lagi kami ke Bukit Merah Laketown Resort ni. Tapi tak la bermalam kat resort nya. Cuma masuk kat Waterpark nya je. Saje bawak Ahmad jalan-jalan mandi-manda sebab  mak bapak Ahmad suka main air..


Best jugak Bukit Merah Laketown ni. Bukit Merah secara geografi nya kat area, Taiping Perak. *rasanya la*. Tambah lagi pergi time bukan cuti sekolah. Tak ramai pun. Kitorang bawak mak dengan abang saya sekali.


Perjalanan kitorang dari Kuala Kangsar ke Bukit Merah tak sampai 45 minit kalau ikut highway PLUS. Exit di Bukit Merah. Bukit Merah Laketown Resort ni dibangunkan oleh syarikat mega MK Land Berhad.


Rasa macam murah la jugak entrance fee ke Waterpark. RM27.00 untuk dewasa, kanak-kanak bawah 12 tahun percuma dan warga emas RM10.00 je. Pastu untuk orang-orang sekitar situ dapat diskaun lagi.


Kira ok la dengan harga macam tu. Kalau Sunway Lagoon berapa hengget dah sekarang ni. Masa pergi A'Famosa Resort haritu pun, dia punya waterpark je dah empat puluh hengget. Belum masuk Animal Safari dengan Cowboy Town lagi. Kalau anak ada sepuloh, sila kira sendiri berapa.


Bukit Merah Laketown Resort ni ada lagi beberapa tempat menarik selain Taman Tema Air (Waterpark). Ada Eco Park *kalau tak silap* yang macam safari/taman haiwan dengan Pulau Orang Utan - of course la reramai jemaah orang utan kat situ. Ada jugak chair lift -- macam kerusi bergerak ala-ala kabel car tu. Pakej nya semua sekali lebih kurang RM45.00 rasanya..


Tempat dia cantik jugak. Ada apartment, banglo dan hotel biasa dalam resort ni. Ada terbaca banner ada apartment  satu malam cuma RM66.00 je tau! Boleh bawak satu rombongan cik kiah datang...


Sudi-sudikanlah menengok gambar alam semulajadi kat sini dan gambar budak kecik yang baru dapat kaki sebok nak buat spot check sana sini. Pastu beliau dengan selamba buat barang-barang kat kedai-kedai tu sendiri punya macam mak dia ada share je..heh..


Gambar pun ada secoit je. Almaklumlah, nama je masuk waterpark, tapi gambar waterpark satu pun tarak. Nampak sangat ada orang yang terlebih excited dari anak..hehe...





 


  


 
















Payah benau nak edit gambar-gambar ni. last-last kecik besar dah jadiknya..ermm.....sesiapa yang berminat nak bercuti kat sini bolehla cari maklumat kat laman web : http://www.bukitmerahresort.com.my/...


 







Monday, April 25, 2011

Exclusion Clauses..

Hi semuaaa...!! *bajet ala-ala artis*.

hari ni memang sibuk. Bukan sibuk buat kerja pun. Kerja dah lama siap dah. Payment dari client pun dah masyuk. Maklumla, pekerja cemerlang... uhuk uhuk...carik rejeki yang halal..

Sebenarnya tengah sibuk buat legal article. Nanti nak kena publish dalam majalah firm nanti. Patutnya dah lama kena antar. Tapi lantakkkk..banyak lagi kerja lain nak kena buat kan...

Punyala memerah otak nak buat pasai tajuk apa. Last-last pilih pasal "Exclusion Clause" sudahhh. Klausa Pengecualian -- dalam General Law of Contract.

Selalunya kita tak sedar wujudnya satu klausa di dalam kontrak yang kita masuk yang "menyebabkan"  kita tak boleh atau "tidak layak" untuk menuntut ganti rugi di atas kerugian yang dialami kan?

Contohnya mcam notis yang ditampal kat car park, "All cars parked at owners' risk". Atau bila kita masuk car park je dapat tiket yang akan tulis "Kenderaan diletakkan atas tanggungjawab sendiri" atau "Tiket ini dikeluarkan tertakluk kepada syarat-syarat yang diletakkan di dalam premis".

Itu adalah sejenis "exclusion clause" yang mengecualikan empunya tempat parking tu dari liabiliti. Contohnya, bayar gantirugi kalau ada apa-apa jadi pada kereta kita.

Banyak giler contoh kan. Lagi lagi..ermmm...dekat tiket wayang ada ke? Tak perasan plak. kalau kat resit pun ada tulis jugak kadang-kadang... 

Isunya adakah kita sebagai pihak berkontrak (i.e perbuatan kita masuk ke car park secara rela menunjukkan kita telah bersetuju nak masuk kontrak dengan tuanpunya car park), telah benar-benar setuju dan adakah notis tersebut betul-betul difahami dan tiada tanggungan liabiliti terhadap kita..

hehe..panjang lebar la pulak ek...next time kalo rajin la kita cerita lagi. Itu pun kalau rajinnnn la ek. Paghak jugak nak mengtranslate term-term dalam bahasa Melayu..huhu..

Byeee..jumpa esok kalau  ada rezeki panjang umur, insyaAllah....


Friday, April 22, 2011

Membaca jambatan ilmu..





Sila abaikan keselerakan semulajadi kawasan tempat kejadian dan kawasan yang sewaktu dengannya ye..
Babai cover Sazzy Falak mengandung yang cantik..waaa...tak abes baca lagik tu!

Saya takde idea nak tulis apa sebenarnya. Nak cerita pasal anak la harini. Jangan salah paham ye, saje nak bercerita pasal keletah si kecik ni.


Ahmad suka sangat dengan kertas. Apa sahaja jenis kertas. Kami dapat kesan bila dia start "belajar" menangis sekuat hati masa umur 7-8 bulan. Bila beri  kertas je terus senyap. Beri je, senyap. Jadi kami terus terfikir "oh, ini sudah bagus..takyah beli mainan"..


Mulai hari itu kami (read : kami laki bini) syak wasangka baby2 suka dengar bunyi kertas diselak. Jadi segala bentuk kertas, terutamanya brochures and flyers telah pun menjadi mangsa keadaan Ahmad sejak dia berhenti makan kertas...hehe.


Ye, beliau telah berjaya memakan duit raya sepuluh hengget beliau ketika mama-tak-sedar-diri-dah-ada-anak tengah bersembang bagai nak rak di hari raya aidilfitri. heh.. Tapi beliau sudah berhenti memakan kertas sejak itu *mungkin setelah berpendapat kertas tidak sesedap keropok lekor yang opah beli kat Ganu*.


Ahmad dah jarang koyakkan kertas, cuma selak-selak je. Kalau koyakkan kecik2 pun, dia akan hulur satu-satu pada kita. Selagi tak ambik, asik "nahh..nahh..nahhh..". Saje nak menguji tahap keimanan mama dia ni..heh


Sekarang ni pulak Ahmad membaca siap dengan tunjuk jari sekali. Kami syak wasangka sekali lagi dia tiru budak-budak yang datang mengaji dekat rumah mak. Kan ke kalau kita mengaji kita selalu guna penunjuk ataupun jari..


Yang paling kelaka bila kita tanya "Ahmad cepat cepat..aliffff..." Dia mesti sahut "baaaa.." sekuat hati. Tapi "ba" jela pun semata yang dia pandai sebut. Kalau kita sebut "ta"..tetap jugak sahut "ba" dia tu. Sah-sahla copycat budak-budak ngaji tu.








Mama harap nanti Ahmad dah besar, rajin-rajin baca buku yer..mama doakan Ahmad jadi orang berilmu dan beragama. 


Eh, Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 dah mula kan? Dari 22 April 2011 hingga 1 Mei 2011 di Aras 1, Dewan Tun Razak 3, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


Bolehla jenguk-jenguk apa-apa buku dan bahan bacaan yang best dan ingat-ingatla pada orang Melaka ni...   :  P 
  


Wednesday, April 20, 2011

Suratkhabar

Siapa yang beli suratkhabar hari-hari, angkat keyboard tinggi-tinggi? baik-baik nampak ketiak ye..hehe. Saya..!! saya..!!Sampai sekarang pun kami masih beli lagi suratkhabar hard copy hari-hari walaupun dah banyak suratkhabar online yang free.

Senang nak dibaca kut. Lagipun saya suka baca artikel-artikel dalam suratkhabar. Kalau tak pegang suratkhabar sehari rasa macam ada yang missing. Pastu tak suka baca yang tebal-tebal, banyak sangat iklan; lelong harta, cari waris, cari saksi, siapa yang muflis/bankrap...ermm..tak dan nak baca semua..

And the best part is kami berdua akan duk sama-sama baca paper yang sama hari tu malam-malam lepas Ahmad tidur dan berdiskus-diskus serta bergusip-gusipan jemaah laki bini.

Lepas dah bertimbun banyak-banyak bolehla jual kat uncle old newspaper yang lalu kat depan rumah, sian kat dia sakit tekak nak jerit2..eh, dia ke yang jerit? : P ..walaupun dapat berapa kupang je pun tapi happy lain macam je kitorang berdua ni..saiko..ehe..atau bagi je kat abang majlis bandaraya yang buat collection sampah.
Tapi sekarang suratkhabar atau media cetak ni dikatakan banyak membuat laporan yang 'terpesong' atau tak tepat. Ada juga media yang dikatakan 'recycle' cerita lama atau topik-topik lama atau 'flashback' benda yang sama.

Ada juga dakwaan yang media sekarang dah banyak dipengaruhi oleh kerajaan yang pimpin sistem pemerintahan, sebab tu dikatakan laporan yang dibuat media tak telus dan ada agenda lain. Jadi terpulang pada kita macamana nak nilai. Kalau hari-hari berita sama yang takde pekdah pada kehidupan kita pun fedap jugak kan? 

Apa pendapat korang adakah suratkhabar masih relevan walaupun dah banyak suratkhabar dalam talian (online)?


Tuesday, April 19, 2011

Our new mission on earth is now on!!

Memang dah terpatri sejak azali lagi durian raja buah kat Malaysia ni. Tapi taktau la pulak kalau ranking durian sekarang ni dah jatuh dan dirampas takhta oleh buah lain. Tapi rasanya tak tergugat lagi.

Tambah pulak ada sekarang dah macam-macam inovasi durian ni. Sebab kadang-kadang ada orang yang tak boleh makan durian raw. Maka, timbul la Durian Pancake.

Sebenarnya misi mencari durian pancake ni dah lama. Tapi tak jumpa. Mujur anak tekak tak ngidam waktu pregnant dulu. Kalau tidak, haruslah Incik Husben kena carikkan. Merentas lautan berapi, meredah hutan belantara demi isteri terchenta yang mengada-ngade. whoaa..

Tetiba  Fiza (The King, the Queen & the Little Prince Journey) pulak cerita pasal durian pancake ni kat sini. Ada jugak yang di google google terjumpa beberapa blog yang berce citer ce citer pasal durian pancake ni. Oh, acik sedih..sebab tak jumpa lagi setakat ni kat sini.

Ada jumpa satu blog yang cerita pasal durian pancake ni kat Jonker Walk, Melaka, tapi dah lama tak jejak kaki ke sana. Last pergi pun masa baru-baru kawin. Sekarang nampak muka anak je, dah tak nampak jalan ke Jonker Walk!

Macam-macam kisah pasal "bantal durian" ni kan? MASA baca kisah Chng Lee Lee di Kosmo! ni, terasa semangat berkobar-kobar nak buat sendiri. Tapi bila lepas HABIS je baca "Eh, takpe, beli pun boleh" ahak ahak ahak pemalas!

Tengok pun dah sedap. Eh, tetiba aku rasa jaki pulak dengan
depa yang duk kat KL ni..waa

Senang je ni..uhuk uhuk uhuk

Tapi bantal durian ni nampaknya dipelopori oleh masyarakat Cina rasanya. Sebab setakat ni tak jumpa lagi yang betul-betul orang Melayu buat. Tapi kalau buat sendiri pun buleh janji durian mesti fresh kaw kaw. Kalau dak, jadi TEMPOYAK PANCAKE.

Terbaca kat mana ntah, kat Sweetchat pun ada durian pancake ni.

Misi mencari bermula lagi...jeng jeng jeng...


credit : kosmo! online

Thursday, April 14, 2011

Esok Cuti

Esok cuti bagi negeri Melaka dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Cuti free ni mestila gumbira.

Cuti esok sempena Hari Pengisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah Warisan Dunia oleh UNESCO kalau tak silap. Ada macam-macam aktiviti kat Melaka hari esok. Yang paling besar mestilah Pesta Gendang Nusantara.

Tapi sebab kami dah pernah tengok dan tak sesuai nak bawak Ahmad bersesak-sesak, jadi inilah masanya untuk BALIK KAMPUNG...!! 

Nak balik Perak. Dah rindu sangat kat mak ni. Kesian kat mak sebab dah lama tak jumpa Ahmad. Tapi Ahnad cool, tak meragam walau travel jauh-jauh. Kan sayang mama? kan kan kan.. 

So, nak ucap siap-siap selamat hujung minggu. Kalau kita buat sesuatu aktiviti yang best masa cuti-cuti ni, kita akan rasa masa akan berjalan SEDIKIT perlahan. Kalau duk rumah tidur-tidur mesti rasa macam "Eh, CEPATNYA!.." Trust me..!!


:  P

Urut...

Bila tak sihat, semuanya rasa malas nak buat. Malas nak pergi kerja, malas nak masak, malas nak tengok tv, malas nak update blog, malas nak makan..eh? Rasa macam nak baring je bermalas-malasan dari Isnin sampai Jumaat.

Macamana pun, bab-bab makan nampaknya masih tak malas. Tambah-tambah bila makan kat luar. Tak malas langsung nak cadangkan tempat-tempat makan yang best. Rugilah kalau nak buat cadangan makan pun malas, tambah-tambah lagi kalau orang lain yang belanja. *kalau buat contest kira berapa perkataan malas dalam entri ni ok tak?heh..*

Jantung berdegup luar biasa..pernah rasa? Heh..sekali rasa pasti tak nak lagi. Saya tak ingat istilah doktor, mungkin abnormal heart beat? ke abnormal heart rhythm? Masa tu waktu bujang, jadi tak boleh bocor rahsia, nanti hantaran kurang seribu. heh. 

Doktor kata ritma jantung saya macam pemain bola sepak, kadang-kadang berhenti sekejap bila dorang banyak lari-lari tengah padang. Ada sesetengah orang ritma jantungnya lain sikit, tapi normal. Kalau berhenti lama, sah-sah la tak sempat wujudnya blog ni. Bila bagitau orang lain mesti orang tu tergelak-gelak. Sentap mak nyah kalau diaorang gelak-gelak gila vavi masa tu. Dah doktor yang buat perumpamaan macam tu. Karang google lebih-lebih lagila duk mikir je. Baik takyah tau lebih-lebih.

Seriously, diri sendiri pun rasa macam kelakar jugak. Terasa macam David Beckham la pulok. Kalau betul macam Beckham okla jugak, kaya nak mamp. Ni kayap adalah, ditambah dengan rasa takut je manjang. 

Sejak seminggu lepas, rasanya makin kerap. Jadi tak boleh nak tidur lena. Paling sengsara, dia datang tiap-tiap kali tengah makan!!. Asal nak suap je jadi balik..nak suap je jadi balik..ishh. Imejin la kesedihan dan kemandoman yang dialami saya. Tambah lagi kalau tengah makan makanan best. Muka pun dah tak radiant-radiant lagi macam Maya Karin yang minum Brands Innershine gitu. ahak

Selepas beberapa hari muka mandom semacam dan rasa macam nak pelempang semua orang-orang sekitar yang tak bersalah, dan setelah dengar bebelan cik abang dari tempat kerja-balik kerja-balik rumah *memang tekanan mental kalau dia dah keluarkan hujahan-hujahan siap dengan hadis-hadis dia tu..tak sempat nak tepis..hehe..*, maka semalam pun pergi mengurut.

Pagi ni rasa Alhamdulillah kurang sikit. Boleh telan McDonalds Breakfast Value Meal no 3 dengan jayanya. Syukur juga, walaupun degil-degil tetap pergi jugak berurut. Mestila tak nak pergi sebab sakitnya sampai boleh demam. Last time lepas kakak tu urut, demam, jadinya serik nak pergi lagi.

Cerita pasal berurut, adakah trend urut tapak kaki tradisional sekarang memang tengah in? Memang ramai ke nak urut tapak kaki? Kalau tengok di sini, tempat urut tapak kaki tradisional dah makin banyak. Kat belakang opis ni je ada 2-3 buah premis urutan yang selang dua tiga pintu je. Business competition yang sihat ke tu? Besar-besar pulak tu kedainya.

Yang musykilnya kenapa perlu nak kedai besar-besar siap tinted cermin gelap bagai kalau cuma tempat urut tapak kaki tradisional? Biasa kat tepi-tepi jalan pun boleh urut tapak kaki je. Perlu ke kedai besar yang banyak partition? Ini boleh menimbulkan marah..heh.

Apa pendapat korang pasal premis urut tapak kaki tradisional ni?

Tuesday, April 12, 2011

Gemilang Asmara

Saya masih di dalam mode "tidak percaya" hari ini adalah hari Selasa. Terpisat-pisat bangun pagi ingat-ingat lupa. Terasa macam masih di hari Ahad. Over melampau  : P .

Baca komen-komen sahabat blogger pun buat saya tersenyum-senyum malu. Mengalahkan senyum malu saya masa jadi pengantin baru 2 tahun 1 bulan yang lepas. 

Memang tak seswaiii nak komen kalau tajuk entri dari hari Isnin sampai Jumaat masih "Selamat Berhujung Minggu".

Kebanyakan blog ce citer ce citer pasal musim durian. Selalunya orang kata musim durian ni merangkap musim demam. Taktau la pulak samada 'Demam Durian' atau 'Demam Usop Wilcha'. heh..

Takpun demam Shahz Jaszle?! ahak ahak ahak..

Rasanya macam tengah naik pulak saham si Shahz Jaszle ni. Tapi takdela minat dengan Shahz Jaszle sangat, cuma minat dengan jalan cerita drama Gemilang dengan Asmara 2 kat tv3 ni. *cover, jangan tak cover..*
 

Gemilang tetiap hari Isnin pukul 9 sampai 10 malam macam dah nak habis dah. Suka lak tengok gaya chekgu Saifullah. Audiotografi (betul ke ??) pun sangatla cantik. Terasa sangatla veteran walaupun umur saya baru 20. Eh? : P


asmara 2
Asmara 2 tetiap hari Selasa pukul 9 malam pulak baru start. Hehe..haruslah berebut dengan Ahmad semata-mata nak nengok drama ni weh. Ala, Ahmad boleh tengok Barney hari-hari pun.
 
Asmara 2 ni walaupun adala sikit merapu, tapi takpela, layan kan jela. Karang kalau tak tengok, siapa lagi yang nak menyokong drama tempatan. Betul tak?? *ahak..cover lagik*.
 
Jadinya, hari Selasa ni, selain Desperate Housewives kat 8tv, Asmara 2 kat tv3 pun harus tengok. Harus je, tak jatuh wajib lagi. Kalau tak dapat tengok pun takdela mogok tak makan nasik. Ok je lagi. Siap boleh tambah 2 pinggan.
 
Eh, betul kan hari ni hari Selasa?!?
 
p/s : Terima kasih kepada follower blog yang baru ye sebab sudi memfollow blog personal saya ni...thanks..

pictures googled.







Friday, April 08, 2011

Selamat berhujung minggu..

Esok hari Sabtu. Legaaaa rasanya. Macam minum air jus oren sejuk time tengah panas. Ringan sikit kepala ni. Kalau tidak asyik nak fikir pasal kerja.

Jom kita buat aktiviti luar rumah hujung minggu ni. Berblogging ala kadar di hujung minggu supaya kita ada lebih masa bersama keluarga atau do something else we like, EXCEPT blogging. hehe..

Jom pergi playground atau shopping complex atau kids place. Takpun balik kampung tengok mak ayah kita atau melawat saudara mara atau kawan2..jom jom jom..

Kesian pada anak kalau dia mengharap kita main-main dengan dia, tapi kita menghadap laptop sorang2. ..

Selamat hujung minggu semua..



Thursday, April 07, 2011

Penyakit Berjangkit...

Penyakit ni berjangkit?

Betul ke penyakit "buatan orang" ni berjangkit..??.. Jom kita cerita pasal mengandung mengandung nak tak? Macam main masak-masak pulak..hehe..Bukan apa, ramai pulak staff ofis ni yang tengah pregnant sekarang ni. Mula-mula ada seorang je kakak dari accounts department yang berisi.

Pastu, semalam seorang lagi dah officially announced yang dia pregnant. Seorang lagi belum betul-betul dapat confirmation daripada doktor, tapi rasanya positif. Dan seorang lagi pun nampaknya dah menunjukkan tanda-tanda nak dapat rezeki lagi.

eeeeee......bestnyaaaaaa...Eh, orang lain yang pregnant, orang lain yang over-excited nampaknya??!!. takpela, tumpang gembira sekaki orang kata. Maklumla, ramai umat Nabi nak lahir.. : P

Sebenarnya, hati ni macam dah kena garu tergedik-gedik tergedik-gedik nak ada baby lagi. Tengok baby comei comei je meroyan. Eee...comeynyaa..

Tapi mengenangkan kengerian cerita-cerita depa-depa ni yang pernah bersalin normal tu, maka terpadamla cita-cita murni tu..hehehe..takutttt wei..tapi padan muka sendirik jugak sebabnya.. sikit-sikit "kak, ce citer pengalaman akak..ce citer" ....

Lagipun masa bersalin Ahmad dulu c-zer, doktor advise kena tunggu sampai 2 tahun - baru seswai nak pregnant balik. Abis tu, kalo dah tergedik-gedik sekarang ni camne? camne? Sebenarnya ada juga usaha murni ke arah itu, tapi belum ada rezeki dari Allah lagi.. : P

Tambah lagi sekarang ni tengah demok. Rasa macam sesuai je kalau dibiarkan fizikal yang demok ni je. Takdela nanti pregnant - demok - pregnant - demok - pregnant - demok - pregnant. Penat wehhh.....asik nak diet - makan banyak - diet - makan banyak - diet - makan banyak.


Me with six months old Ahmad inside me..our first raya sebagai husband and wife. Time ni kuruih lagi, masuk 7 bulan..perghh idung kembang! Gambar 7 months onwards preggie tiada dalam simpanan untuk dibuat perbandingan ..hehe..

Lagipun macamana nak serender sekarang sebab baru Ahmad sorang. Nanti kalau Ahmad dah masuk asrama sekolah tahfiz macamana? Tinggal kami dating berdua je.....*verangan*..

Bila tengok orang lain, contohnya mak mertua, kurus giler tapi anak 9! perghhh...tak terimejin rasanya. Takanla aku yang badan sikit punya taf ni tak boleh? ehe.. *eh, macam ayat penyedap hati jeee...* 

Nampak tak bapak-bapak semua? Betapa besarnya pengorbanan isteri-isteri tercinta anta (anta?? : P ) sekalian? Hari ni dah buat apa? Dah tolong isteri sidaikan baju dalam washing machine yang dah 2 kali basuh-kering balik-basuh tu? uhuk uhuk uhuk..terbatuk plakk..heh


sazzy falak


Kalau tak tolong sidaikan baju, buat hati isteri gembira macam Nazril buat untuk Sazzy Falak pun rasanya dah ok..hehe. Masa ni la isteri perlukan dorongan helpful hands and undue support.

Di sebalik cerita gembira, ada pulak sedihnya. Sebabnya yang seorang staf tu tak sedia nak dapat baby baru sebab anak sulung dia baru setahun sebulan dan sebab ekonomi tak stabil lagi. Habis tu dia berusaha makan benda-benda tajam. Sedihnyaaa..sebab kalau dia taknak kenapa tak amik precaution measure dulu. Sedih rasanya.

Apa pun, moga urusan kita dipermudahkan Allah.



cilok gambar dari http://beautifulnara.com. Boleh tengok gambar baby shower Sazzy kat situ..



Wednesday, April 06, 2011

Copycat











alo alo..satu juta kasi masuk akaun hari ni ok..ok!







punggahlah anak, mama kasi can pada awak.. .. : P