Assalamualaikum. Salam Jumaat.
Saya masih di sini..(senyum). Macam-macam benda yang dah jadi sepanjang bulan November ni. Tapi kita kena selalu positifkan diri supaya yang datang cuma benda-benda positif saje. Hidup ini kan indah... : ).
Tak sabar nak tunggu tahun baru. Harap banyak berita baik di tahun 2014. Kami masih melatih diri jadi ibu bapa yang positif dan sabarrrrr. Sabar dengan perangai dan kerenah anak-anak. Kadang-kadang penatttt tak terkata dengan semua perangai dan ragam yang buat darah menggelegak. Tapi kebanyakan masa mereka anak-anak comel yang selalu menggembirakan hati.
Aduhai...kesian sangat pada mangsa-mangsa banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan, Melaka dan Johor. Moga masing-masing dapat jaga keselamatan dan kesihatan diri masa musim banjir ni. Maklumlah, penyakit boleh merebak cepat. Tambah kesian melihat keadaan pusat-pusat pemindahan banjir. Sesak dan tak teratur. Bilalah agaknya kita akan mencapai tahap sepertimana Jepun yang sentiasa siap sedia hadapi bencana.
Kadang-kadang formalnya entri-entri saya..hihihi..Apa pun doa saya semoga anda semua yang menbaca sihat sihat sahaja. Kerana nikmat kesihatan adalah nikmat yang paling besar.Wallahu'alam.