Inilah Adik Baby yang ditunggu-tunggu. Arissa Riffhana. Tapi caya tak kalau kata masuk hari ini (hari ke 19 Adik Baby), babah tak sempat lagi nak buat MyKid beliau. Sian beliau kan..huhu..dah teka dah mesti jadi macam Abang dulu juga..Maka bila tak daftar lagi tu bermakna nama tu pun tak final la jugak lagi..adoyai
Macamana pun kami bersyukur proses bersalin berakhir dengan selamatnya dan Arissa sihat. Lagipun kali ni suami dapat kesempatan untuk tengok kelahiran Arissa. Syukur pada Allah sebab berikan kami kesempatan untuk jadi 'new parents' untuk kali ke 2. Nanti nak cerita la pengalaman bersalin Arissa. Takde orang terasa nak baca pun nak cerita jugak..tak kira..hehe
Setakat ni Arissa baik je. Syukur. Tapi Arissa memang punch in shift malam la. Malam berjaga macam langsung tak tido je. Sebab bila saya terjaga je tengok dia tengah terkebil-kebil sorang-sorang. Lepas tu kerap benar membuangnya. Pastu kelakar bila dia kentut kuat macam orang tua, dia terkejut dengan bunyi kentut dia, pastu nangis kuat-kuat.
Kawan-kawan semua, sila ucapkan "Selamat berjaga malam" untuk saya ye..hehe..