Ye, saya tak sihat. Berapa hari dah sakit kepala dan sakit bahu kanan. Sebab sakit kepala, hari Jumaat tu terusla pergi berurut. Pastu bahu kanan memang wallah la sakit dia. Bengkak ke apa ntah urat ni, bersimpul-simpul ada ikat riben ke apa. Ni semua gara-gara ngadap laptop tak hengat dunia la ni. Kata rajin kan. Nak tido kat opis. Jadiknya sakit bahu sebab menaip tu kira redha jela.
Pas pergi berurut tu boleh pulak terus sakit-sakit badan. Sebab tukang urut tu powerful sangat tangannya. Ntah jurus berapa dia guna ntah. Sakit sungguh tau. Tak tipu. *Nanges nanges* Heran sungguh kekuatan power rangers yang dia gunakan tu. Nampak muka selamba je.
Punyala sakit, Ahmad tengok pun nangis-nangis jugak. Dahla sakit kena urut, tengok anak nangis-nangis boleh lagiiii sakit. Adoi..
Dia kata memang dah bengkak sangat dah bahu tu, sebab tu sakit. Kalau orang tak de penyakit, dia tak rasa sakit. *ye ke?* Huwa huwa huwa..ngeri nak datang balik kat dia walaupun dia pujuk-pujuk suruh datang balik. Kalau dia nak urut free pun terima kasih jela acik saya-dah-sehat-boleh lompat-lompat-bintang..
Dulu pun pernah jugak jadi camni. Urut, pastu demam. Telan Panadol berapa biji ntah. Tengok orang lain cam macho je dorang. Takdelah demam bagai. Apa serius sangat ke penyakit aku ni?huwa huwa huwa lagi..lapan lagi.
Tapi magiknya pulak sakit kepala hilang. Tapi kejap je pun. Datang pulak lagi sakit kepala. Setelah dibuat kajian terperinci rasanya sebab mata ni hah. Memang blur sangat pun. Tapi bila check kat kedai yang free tu, kata takde rabun sangat. Pakai spek mata yang tikam kat kedai mainan tu pun boleh. Nama pun check free kan.
Adoi, camne ni? Takut nak pergi doktor pakar mata. Kang buatnya digodek-godek mata ni, takutnyaaa. heh. Termaktub memang penakut sebenarnya sejak azali. Nampak tikus dalam tv pun dah jerit-jerit pompuan ngade2 takut, inikan pulak buat benda-benda perubatan *pisau jarum, tajam-tajam semua* ni okay. Masa nak bersalin haritu dah siap-siap tinggal wasiat. Tapi tinggalkan wasiat suruh Husben kawin lagi.*apakah?suci sangat kannnn*
Pastu risau, takut rabun sebab kencing manis. Kalau ada kencing manis boleh jadi buta tau. Ini serius, bukan cobaan. Tak caya, tu cuba baca yang pelakon Normala Omar tu camne dia leh kena. Alaaa..yang pelakon mak Norzizie Zulkifli, isteri Zulkifli Zain. Pastu aritu ada baca kat dalam paper ada orang, *kat oversea la tapi* ada cacing kat dalam mata dia sebab tu dia rabun.
Rasanya macamana ek? Nak kena pergi pakar ke buat je spek baru.??