tapi tak boleh nak cuti. hangin satu badan oke. Branch KL yang buat masalah, tak pasal-pasal terpalit sama kat kitorang yang suci kat Melaka ni.
Datuk pun dah keluarkan circular, semua loyer tak boleh cuti sampai bulan 2 tahun depan. Semua cuti kena beku sebab collection tak berapa bagus.
Masa mula-mula keluar memo tu ada la sikit-sikit "termaki" manja "what?..what?..what?" sebab hujung tahun dah plan nak gi bercuti. Maklumlah, cik abang cekgu, mestilah kita nak cuti-cuti Malaysia time cuti sekolah. Time lain susah cekgu nak dapat cuti tau. Bila sekolah cuti, kitorang yang private ni pulak yang susah nak cuti.
Ni rasa macam nak buat cuti sendiri je ni...dah boring dah keje. Rasa macam dah tepu dah kepala otak ni. Menghadap benda yang sama tiap-tiap hari...
nak cuti..nak cuti..nak cuti..nak cuti...*kalau sebut 44 kali boleh cuti kut*