Thursday, January 13, 2011

Balik dengan azam baru 2011

I'm back..!!

Kami dah balik semenanjung hari Isnin dengan selamatnya. Hari Isnin sampai, Khamis baru buat entri. Rajin, kan?

Syukur Alhamdulillah. Sebab baru pertama kali ke Sabah, memang terasa sangat best. Tambah-tambah pulak training nya fun dan tak memenatkan, except tak berapa cukup tidur.

Kesimpulannya, Pacific Sutera Harbour Kota Kinabalu memang best. Cantik giler private beach dia. Air laut biru.

Ada ramai tourists yang berkulit putih-putih belaka. Sesuai untuk buat aktiviti skodeng..heh. Ada jeti untuk private boats dan puas hati dengan makanannya.

Prouds Mama's Diary, yes, berjaya juga ke pasar Filipina, tak sempat nak borong 'banyak', dapat borong 'sikit' je.. : P

Nasuha, usahkan orang utan, bulu dia pun haram kami tak jumpa..hehehe..kali ni pergi training, bukan holiday. Next time kalau ada rezeki nak tangkap gambar peluk2 dengan orang utan. Eh, tapi kami ada beli key chain orang utan..comel rupanya Orang Utan ni kan.. : P

arep, nanti gi hanimun kat sini tau..beshhh..

Lady of Leisure, nak pergi Borneo Railway juga nanti! heh..plus 'berangan' nak panjat Gunung Kinabalu..

ayu, Hanis My, Fiza, Kak Anamarza, nurhafiz, heidi shafiq, Honey Bunny, kak ina KL, Bro Nik sharinginfoz, - walaupun cuma jejak kaki kat Airport, Sutera Harbour dan sikitttt je bandar Kota Kinabalu, tapi Sabah memang best la..rasanya akan datang lagi bila Ahmad dah besar. Jom cuti-cuti 1Malaysia. Boleh cuba cari cicak tokek sekali..ahak ahak..

So, apa lagi..teng teng teng teng..next station...Kota Kinabalu Sabah.

Our last trip by flight was in July last year, pergi Langkawi. Naik AirAsia. Kali ini pun naik AirAsia. Kena bujet supaya boleh meronggeng tempat lain lepas ni.

Tapi Cik Husben boleh pulak tanya soklan tak dapat terima kenyataan...

"eh, mama..kenapa seat ni terasa sempit sangat ni. Masa pergi Langkawi ok lagi. AirAsia tukar boeing lagi kecik ke?"


Supaya next time AirAsia tak jadi mcam ni, jadi azam tahun baru kami adalah nak DIET!! 

: P


nota kukukaki : gambar Sabah next entry ye..


credit pada kosmo! online


.