Friday, December 03, 2010

Nak pergi MAHA 2010..nak menang kambing jugakkk...

Baca dalam paper ada pensyarah, Ahmad Udin jadi pengunjung ke 1.5 juta MAHA 2010. Dari Kuantan Pahang, datang dengan anak perempuan beliau.


Ai..bertuah sungguhla...siap dapat kambing sekor tu. Boleh buat kambing panggang cicah sos mayonis takpun cicah ngan air asam..perghh. Pastu dapat tiket pergi Australia plak tu. Jelesnya. *eh pakcik, cunnya anak perempuan pakcik..hehe*
Tengok aktiviti kat MAHA 2010, macam-macam ada. Semalam ada pertandingan angkat berat kan. Akak yang powerful angkat beras tu, gambar kat front page lagi tu. Sempoi sungguh. Hari ni taktaula pulak. Bestnya kalau dapat pergi. Tergugat keimanan nak pergi.


Sekali lagi jarak menjadi kekangan. Nak pergi tapi jauh. Bila camtu, carta keinginan untuk sambung tido di hujung minggu lebih tinggi dari carta keinginan nak pergi MAHA 2010 tu. 

Siapa yang dah pergi MAHA 2010? Sila cerita sket best ke tak best ..

"SHOW YOUR TEETH BABY CONTEST 2010"


Harap-harap sempat lagi nak masuk. Saje je join sebab cam menarik pulak. Due malam ni pukul doplas tengah malam. Cinderella.

 



Gambar kenangan gigi Ahmad....


 
- Nama penuh : Ahmad Raif Idlan Bin Mohd Razali
- D.O.B dan umur : 25 Disember 2009 (11 bulan)
- Hobby bayi/kanak-kanak tersebut : Main bola dan dengar zikir di Astro Oasis
- Berapa batang giginye yang dah ada sekarang : sekarang dah ada 6. 4 kat atas, 2 kat bawah

Lyn, aci tak kalau ada muka maknya sekali..huhu..susah nak dapat gambar Ahmad tersengih sebab brother ni memang serius orangnya. hehe..jadinya gambar ni je yang ada.

Rasanya banyak lagi gigi yang nak kena cekidaut ni sebab air liur bersepah sangat. Habis baju, lantai rumah semua terjejas dengan air liur cik abang ni.

Paling kritikal, disebabkan air liur sendiri yang bersepah kat lantai, berapa kali tuan punya air liur tersebut eksiden sebab tergelincir pastu waaa...

Waktu nak tumbuh gigi, merengek-rengek je. Tapi sekali keluar, tu diaaa..tajam ok. Selamba je ambik tangan kita dan gigit. Adoi..

Nanti kita berus gigi sama-sama ye..