Wednesday, February 09, 2011

RM20..tunai!!! Sah? Sah?

Harini saya tertinggal beg duit saya kat rumah. Tidak disengajakan ye. Dan ianya bukanlah salah satu tips penjimatan. Jangan salah tafsiran..heh.

Boleh pulak tertinggal anak kesayangan selepas Ahmad Raif tu..isk isk..isk...

Maka, pagi tadi masa salam *mithalinyaaa..isteri sape la tuuuu*, sempat lah bagi hint2 duet takde nak makan lunch sambil buat muka dua kupang.

"Nanti isteri abang kurus tau. Kurus sangat tak cantek tau bang, nanti orang kata abang dera isteri..."

Maka, dengan hati ikhlas dan penuh redha, Incik Husben bagi nafkah zahir RM20 buat belanja sekolah.

Cewahh..masa dapat doploh hengget tu, siap senyum2 meleret2 gembira. Yes! yes! Banyaknyaaa..boleh ronggeng-ronggeng waktu lunch nanti ni.

Tapi menjelang petang ni, tetiba rasa, "eh, nape doploh hengget tu dah habis??" Tak sempat nak masuk tabung.. : P

Ok, tadi je baru buat kira-kira. Guna kalkulator ye. Jadi pengiraan adalah tepat berbanding sekiranya hanya menggunakan otak dan jari jemari yang runcing ni..

Pagi breakfast (roti bakar + kopi ais + bubur nasik ayam)  = RM8.50..hah?? what?? what?? Mahal gile kan kedai tu. Ada service tax lagi. Kelas kedai kau yer. Sengal tau waitress dia. Kesian, muda-muda dah agak kurang pendengaran. Order lain, sampainya lain. Tapi sebab saya baik, saya makan je..redha je : P

Lunch (nasik ayam + teh ais) = RM5.50. Teh ais yer. Memang mengada. Boleh je nak minum ais masak kat ofis. Tapi nak nak jugak beli air ada ais-ais.

Pastu boleh pulak menyinggah kat kedai jual cekodok. Terasa melambai-lambai pulak cekodok tu. Maka terkorban lah lagi. Cekodok pisang RM1, popia goreng RM2. Ni la namanya nafsu makan tahap tertinggi. Last2 tersadai dah popia tu. Kena bawak balik la nampaknya.

Eh, lupa plak beli suratkhabar RM1 pepagi tadi. Beli sokabau yang betul2 baru best feel.

Total semua = RM18 tunaiiiii..!!

Dasat kan selera makan?hehehe..eh, takkkk..takde...sumpah saya takde belaan apa-apa.  : P 

Tapi adakah ianya menunjukkan nilai matawang kita semakin mengecil disebabkan keadaan ekonomi dunia sehinggakan wang belanja sekolah saya lenyap sekelip mata? Ataupun purata pendapatan kita di Malaysia tak seimbang dengan perbelanjaan harian/bebanan kewangan? Sesungguhnya memang saya menyokong kalau dibuat penguatkuasaan gaji minimum. Kalau saya yang gaji saya pun terasa sikit, ini kan pulak kakak cleaner kat ofis ni. Sian dia.

Tapi paling obvious saya perlu DIET! Hua hua hua.. 

Cuti Panjang dan Sesak Highway Ibarat Irama dan Lagu..


Hari ni dah hari Rabu, tapi semangat nak kerja tak datang-datang lagi. Agaknya tertinggal dalam almari rumah mak kat Kuala Kangsar masa balik kampung cuti Chinese New Year haritu. Semangat ni manja sikit "orang"nya. Sensitip.

Rasanya ramai juga blogger-blogger yang balik kampung sebab entri masing-masing cerita pasal balik kampung. Maklumlah, cuti panjang. 

Cuti panjang tu memang dah ok dah. Dah cantek sangat la tu. Kalau boleh terus menerus sebulan cuti lagi cantek, berseri terbaek dari ladang.

Tapi yang bikin stress nya jem kat highway. Highway, jalan raya bertol = berbayar. Tapi nak buat macamana, nak guna jalan lama, lagi berliku dan penuh cobaann..Mujur tak lama, pukul 11 pagi dari Kuala Kangsar, sampai Melaka pukul 9 malam jerrrrr...ala...10 jam jerrrrr...kejap kan?

Hasil kajian diri sendiri, antara sebab jem sampai terus tak bergerak kat highway:

  • ada accident. Kita sebagai rakyat yg prihatin mestila nak tolong kan? Tolong tengok. Nak tangkap gambar letak dalam belog lagi..heh
  • lorong sikit sangat. yela, 2 lorong je. Susah nak tukar lorong sini sana sukati tanpa bagi signal. Kalau PLUS tambah jadi saploh lorong baru best...
  • penggunaan lorong kecemasan - yelah, kesian pulak lorong ni kalau tak digunakan kan? Gunakan jela walaupun akan menyusahkan orang lain..heh
  • ada kete rosak. Lagi kesian kalau ada baby ke..
  • ada orang tumpang buang hajat kat tepi jalan..tak sempat dah agaknya nak sampai ke RnR..kesian jugak..
  • ada driver yang jalan-jalan cari pasal. Drive 60 km/j kat highway. Blood goes upstairs tau..yang ni tak nak kesian la...hihi
  • kereta banyak. Tu jela reasonnya. Banyak terlampau sampai q untuk bayar tol tu yang buat jem berkilo-kilometer..nampak sangat orang Malaysia ni kaya dengan kereta.. heh
Jadi betul tak cuti panjang dengan traffic jam kat highway umpama irama dan lagu?

Tiap kali jem kat highway masa nak balik Kuala Kangsar, soalan wajib, "Bang, sekarang ada rasa menyesal tak kahwin dengan orang jauh?" . Soalan yang selalunya tiada jawapan tepat.... kuang kuang kuang..
Encik Husben saya memang tabah nampaknya. Kalau tanya soalan membakar darah seperti diatas, selalunya tiada jawapan tepat..hihi. Tapi kalau tanya "Penat tak drive, bang?"

"Takdelah, abang gunakan kuasa minda. Anggap je jem ni macam nak pergi kedai beli rokok.." <--- ini pulak jawapan bakar darah yer. Sebab rokok telah di ban semenjak jaman berchenta.

Perghh hebat kuasa minda Incik Husben saya ni. Sebab kuasa minda kami (saya dan Ahmad) agak kerap terganggu kat seat belakang.. : P

Apa pun, rancang perjalanan kita supaya selamat pergi dan tiba....