Wednesday, February 02, 2011

Dah penat berpura-pura kerja! Jom balik kampung...!!

Hehe..bak status kawan saya kat Facebook, dia dah penat berpura-pura tengah busy buat keje dari pagi lagi padehal update Facebook, baca online paper ataupun baca blog je. heh.

Nak buat keje pun, takde customer/client yang datang. Agaknya masing-masing pun dah mood bercuti. Nak bercuti panjang la kata kan.

Otak pun dah put on 'holiday mode' sejak dua tiga hari ni. Mana taknya, bos pun dah siap-siap bercuti seminggu. Ok. Mengalahkan orang yang nak beraya. hehe..nama pun 1Malaysia. 

Saya pun dah penat nak berpura-pura! Serius penat nak cover kengkonon tengah wat keje. Tapi takde keje pun. Kalaula ada CCTV kat ofis ni mati la tak naik-naik gaji sampai ke tua pun. huhu..

Maka, dengan berakhirnya office hour hari ni, maka berakhirnya penderitaan kepura-puraan kitorang tu. perghhh penat!

Lepas ni balik Kuala Kangsar. Moga perjalanan kami sekeluarga selamat hendaknya. Dan moga takde la jem kat highway PLUS. Tiap kali musim perayaan, inilah masalah kita. Sesak lalulintas kat lebuhraya. Berbaloi ke bayar tol tapi tetap sesak dan tak bergerak langsung? Kalaulah ada pilihan yang lebih baik. Penat nak tunggu. Rasa macam nak turun jalan kaki je..heh..

Selamat bercuti semua...dan selamat tahun baru cina pada kaum cina. Tak sabar nak tengok tarian singa..eh, ke tarian naga?? : P



Penyakit Tua

Penyakit orang tua saya datang lagi. Makanya sebagai pekerja cemerlang 'terpaksa' lah MC beberapa hari sejak Isnin lepas. MC yang doktor bagi secara ikhlas lepas bayar bil ubat yang buat saya senyum kelat, pun saya terima dengan ikhlas.

Kelat tapi masih manis. Ahaks.. Eh, senyum tu kan sedekah. Senyum kat budak perempuan yang bagi ubat tu. Sian jugak kat dia. Muka ketat je. Stress agaknya sampai tersilap bagi ubat kurap..heh..

Eh, bukan nyanyuk mahupun tekanan perasaan ye. Saya sakit je macam orang tua, tapi jiwa masih remajeee. Muka pun remaja juga *wink wink*. Saya sakit sendi je. Dari bahu sampai ke jari kanan. Kebas dan bengkak sampai tak boleh tidur malam. Semua yang dijadikan Allah bersebab kan? Sebab tak dapat tidur malam, rumah ada la kemas sikittttt . : P   

Setelah di diagnos cewah..rasanya punca adalah mengangkat beban berlebihan. Heh. Hari Ahad adik ipar bertunang, jadi paham-paham la mak budak ni dah ada task lebih selain - tukang cuci - tukang ba ba cak - restoran bergerak - iaitu jadi bodyguard supaya si kecik tu tak menolong opah menghidang makanan sekali.

Paling ngeri kalau terbayang Ahmad masukkan kaki dalam kuah kari atau lap2 lumur tangan penuh dengan sambal ayam masak merah pada baju mahal orang..fuhhh..imejin je dah rasa berpeluh..!! Jadi kawalan mesti ketat..dukung la jawabnya..

Sebab terlampau macho, dah request baik-baik dengan doktor singh tu nak cocok je. Masa tu dah siap sua tangan dah pada tuan dokter singh tu. Tapi tuan dokter tu pulak yang tak sudi memandangkan level kesakitan di tahap sederhana. Level kesakitan ada 3. First biasa jerr-buat-tak-tau. Kedua sederhana-sakit-sakit-manja. Ketiga tahap-gaban-sakit giler. Jadi level masih di no 2.

Tapi hari ini saya dah okeh. Hoyeahh..dah boleh jenguk belog semula. Paling best, follower blog ni dah bertambah. Toce toce sume yang sudi datang sini ye.

Dan sori juga pada yang ajak join contest dan giveaway. Tak sempat nak buat sebab busy tak abih-abih lagi. Maybe bila dah masuk bulan 3, kurang sikit busy nya.

Sambil kita berbelog ni jangan lupa mendoakan keselamatan saudara-saudara seIslam kita di Mesir yang semakin hari makin huru hara. Doa yang termampu supaya takde lagi yang terbunuh dan dijauhkan dari makhluk-makhluk yang suka ambik kesempatan.