Wednesday, February 02, 2011

Dah penat berpura-pura kerja! Jom balik kampung...!!

Hehe..bak status kawan saya kat Facebook, dia dah penat berpura-pura tengah busy buat keje dari pagi lagi padehal update Facebook, baca online paper ataupun baca blog je. heh.

Nak buat keje pun, takde customer/client yang datang. Agaknya masing-masing pun dah mood bercuti. Nak bercuti panjang la kata kan.

Otak pun dah put on 'holiday mode' sejak dua tiga hari ni. Mana taknya, bos pun dah siap-siap bercuti seminggu. Ok. Mengalahkan orang yang nak beraya. hehe..nama pun 1Malaysia. 

Saya pun dah penat nak berpura-pura! Serius penat nak cover kengkonon tengah wat keje. Tapi takde keje pun. Kalaula ada CCTV kat ofis ni mati la tak naik-naik gaji sampai ke tua pun. huhu..

Maka, dengan berakhirnya office hour hari ni, maka berakhirnya penderitaan kepura-puraan kitorang tu. perghhh penat!

Lepas ni balik Kuala Kangsar. Moga perjalanan kami sekeluarga selamat hendaknya. Dan moga takde la jem kat highway PLUS. Tiap kali musim perayaan, inilah masalah kita. Sesak lalulintas kat lebuhraya. Berbaloi ke bayar tol tapi tetap sesak dan tak bergerak langsung? Kalaulah ada pilihan yang lebih baik. Penat nak tunggu. Rasa macam nak turun jalan kaki je..heh..

Selamat bercuti semua...dan selamat tahun baru cina pada kaum cina. Tak sabar nak tengok tarian singa..eh, ke tarian naga?? : P



17 comments:

Hanis MY said...

haha lawak la akak pura2 gitu hik2..betul tu mood cuti sudah mari take care ye kak! suami org kk ke? hati2 d jalan raya...

nur said...

Klako lak ye 'berpura pura bekerja.. tapi memang gitula kalau nak cuti.. otak dah sampai kampung dulu..

Jemput ke:ALL IN ONE

ayu said...

semoga selamat sampai ye ami..hehe..ami, moh kita jumpa kat KK esok jum..

Miecyber said...

Selamat bercuti....

Rakyat Malaysia baca 2 buku setahun

Lady of Leisure said...

bestnya balik kampung eh.. enjoy the long breakkk.. :)

sahromnasrudin said...

selamat bercuti kpd tuan belog ya..drive lelok...

Heidi Shafiq said...

berpura-pura mmg penat.. haha.. :D

azzey said...

DAH ABIS BERCUTI KE? ORG PERAK YE?

Sharinginfoz said...

biasalah kan otak masih cuti

wahida said...

hiway kat malaysia ni lah masalah dia...kalau raya je jem, jem je raya...negara lain mcm kita jugak ke ek?

Sue said...

Wah seronoknya Mirah beraya di kampung. Sue beraya di perantauan..ekeke

en_me said...

dah abes cuti blomm.. ehehe

fiza said...

Cuti lagi ker? Mesti ko tersangkut dlm traffic jammed yg teruk masa nak balik KL kan.

Selamat kembali bekerja, jangan pura² kerja tau...ekekekeke...

Farhan Zulhusmi said...

hehehe.....
kiranya cuba membusykan dirilah ekr???hehehe

BIONIC WOMEN said...

heheh..sempat ag berpura2..kalau dah xder kerja nak buat, wat per nak pura2..memang dah xder kerja kan?

ARJUNA.Inc said...

skang nih mst nga sonok kt kuala kgsar kn?haha..ala..i ni pn..sok nk p klas je..tp mud still cuti g ~~~..haih..

Anamarza said...

Amie cuti berblog ker..huhuhuhu rindu ler dah lama tak de entry dari amie nih,,busy eik