Wednesday, July 28, 2010

Sekolah Murid Mengandung..

Seperti yang telah dilaporkan di dalam akhbar-akhbar tempatan, Kerajaan Negeri Melaka telah mencadangkan pembukaan sebuah sekolah khas untuk murid mengandung.


Ura-ura tentang idea pembukaan sekolah ini telah lama didengari oleh kalangan rakyat negeri Melaka sendiri. Ketika Ketua Menteri Melaka, YBhg Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis-majlis rasmi sekitar Melaka, beliau telah mewar-warkan sokongan kerajaan negeri Melaka untuk menggalakkan remaja bernikah lebih awal bagi mengelakkan gelaja pembuangan bayi yang sangat berleluasa ketika ini.

Beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri akan memberi bantuan kepada mana-mana remaja yang hendak berkahwin awal tapi tidak berkemampuan dari segi kewangan.

Walaupun tidak mendapat sokongan daripada Kementerian Pelajaran, beliau menegaskan bahawa kerajaan negeri tetap dengan pendirian meneruskan pembukaan sekolah tersebut samada di bawah kelolaan jabatan agama islam atau secara swasta.

Beliau turut menegaskan bahawa langkah tersebut bukanlah untuk menggalakkan lagi gejala hamil luar nikah tetapi menunaikan tanggungjawab kerajaan untuk  menyelesaikan masalah remaja-remaja ini yang perlukan sokongan dan bantuan selepas hamil luar nikah.

Beliau menjelaskan bahawa sekolah ini hanyalah terbuka untuk remaja perempuan mengandung yang sudah berkahwin secara sah. Rasionalnya adalah bagi mengelakkan mereka ini daripada keciciran dalam pelajaran setelah tidak diterima oleh pihak sekolah kerana hamil. Tetapi, dimaklumkan juga bahawa sekolah ini terbuka untuk kemasukan remaja perempuan hamil luar nikah dengan syarat remaja tersebut mengahwini bapa kepada anak yang dikandunginya terlebih dahulu.


Pendapat saya, idea penubuhan sekolah ini perlu ada rasionalnya. Dan sudah pasti akan ada keburukan dan kebaikannya.

Wajarnya, pembukaan sekolah ini akan membuka peluang remaja mengandung yang keciciran dalam pelajaran ketika mengikuti pembelajaran di sekolah aliran biasa mengikuti semula pelajaran sepertimana pelajar lain.Dan juga memberi ruang baru kepada remaja yang hamil luar nikah untuk menjalani kehidupan seperti ibu-ibu yang lain.

Namun begitu, pada pendapat saya, pembukaan sekolah ini tidak dapat membendung gejala sosial terutamanya gejala buang bayi secara langsung. Adalah penting bagi kita memahami 'akar tunjang' kepada masalah sosial yang menggila ini dan bukannya sekadar 'mengubati' gelaja ini setelah ianya menjadi 'nanah'. Lebih mudah bagi kita mencegah dari mengubati. Langkah negeri Melaka ini jelas adalah salah satu langkah merawati 'penyakit' yang menyerang masyarakat dan ianya jelas menunjukkan betapa parahnya sosial masyarakat hari ini.

Diakui bahawa amatlah penting bagi kerajaan mengambil langkah mencegah seperti mengukuhkan kembali institusi kekeluargaan bagi mengelakkan gejala dan masalah sosial ini. Jika sesebuah keluarga itu pincang dan tidak kukuh hubungan dengan Maha Pencipta, maka agak sukar hendak membina institusi yang tidak goyah. Malahan, sikap ambil tahu dan 'jaga tepi kain orang' saya kira amatlah relevan di zaman ini sebagai langkah preventif. Masyarakat kita perlu bersikap lebih terbuka dalam menerima teguran. Dan kajian mendalam tentang pengukuhan institusi kekeluargaan di negara ini perlulah lebih meluas. Malahan, kita sebagai ibu bapa tidak boleh menunding jari kepada orang lain sekiranya perkara sedemikian berlaku di dalam keluarga kita sendiri.

Selain itu, sekiranya penubuhan sekolah ini menjadi kenyataan, kajian menyeluruh mengenai undang-undang sedia ada berkaitan dengan remaja bawah umur perlu dibuat. Saya  berpendapat bahawa walaupun hal ehwal agama (sekiranya sekolah tersebut dibina di bawah kelolaan majlis agama islam) adalah di bawah Senarai Negeri di bawah Perlembagaan Persekutuan, namun hal ehwal pendidikan masih tertakluk kepada Senarai Persekutuan yang memungkinkan berlakunya kekeliruan undang-undang kelak.  

Walau bagaimanapun, persoalannya adakah kahwin awal akan menyelesaikan masalah gejala sosial ini ataupun hanya akan meningkatkan statistik kes cerai di usia muda? Ataupun akan meningkatkan lagi kes isteri dan anak yang ditinggalkan tanpa nafkah?
Seperti yang ditegaskan oleh kerajaan negeri Melaka, idea penubuhan ini adalah salah satu tanggungjawab kerajaan merawati barah yang semakin merebak. Daripada hanya mengkritik tidak salah sekiranya segala pertimbangan baik buruk penubuhan sekolah ini dibuat sebaiknya termasuk mengambilkira rasionalnya. Ini dianggap sama seperti langkah kerajaan membuka "The Baby Hatch" (Pusat Jagaan Bayi Tidak Diingini) bagi mengekang dan menyelamatkan nyawa bayi-bayi yang tidak berdosa.

Sanggupkah kita menatap berita pembuangan bayi hampir setiap hari? Yang bermakna nyawa tidak berdosa dianggap mainan semata-mata atau kita akan melihat peningkatan statistik jumlah remaja hamil luar nikah atau bercerai muda atau digantung tidak bertali secara mendadak? Perlu diimbangi positif dan negatifnya.

Yang pastinya adakah sekolah ini akan ada manfaatnya di kemudian hari. Kita tidak mahu ianya nanti terbiar kosong tanpa murid. Harus difikirkan samada sanggupkah remaja ini yang hamil luar nikah yang sudah berkahwin secara 'bidan terjun' untuk mendaftar di sekolah ini. Dan persoalannya lagi masihkah mereka ini berminat untuk meneruskan pelajaran mereka. Kalau sekarang ini bayi dibuang merata-rata disebabkan perasaan malu mengandung luar nikah, adakah mereka-mereka ini sanggup menahan malu untuk menyambung pelajaran di sekolah ini.

Selain itu, saya yakin tidak kesemua bayi-bayi yang tidak berdosa yang telah dibuang datang dari remaja sahaja. Ada kemungkinan kes-kes tersebut melibatkan orang dewasa yang tidak mempunyai jalan keluar dari masalah hamil luar nikah selain membuang bayi mereka.

Dan perlu juga kita fikirkan arah dan masa depan anak-anak yang lahir dari remaja-remaja di sekolah ini. Sekiranya lahir dari remaja 'kahwin kerana terlanjur', bagaimanakah nasib mereka di kemudian hari.

Apa langkah yang sewajarnya yang perlu diambil perlu difikirkan secara menyeluruh oleh kerajaan negeri Melaka. Yang ini hanyalah pendapat saya sendiri. Mungkin anda semua ada pendapat yang berlainan.

EBM Sad Story

Salam Rabu...

Sejak dari hujung minggu lepas saya tak sihat. Selesema sket pastu ada rasa sakit di kerongkong. Susah sangat nak telan makanan hatta air liur..waa...sgt2 tak comfortable...walaupun takdela sakit sangat..mungkin sebab terlebih sudahhh makan pedas minggu lepas atau tertelan benda..perasaan tak selesanya tu rasa macam kita menelan tapi tersekat kat dada atau rasa kalau kita minum air byk2 gelojoh2 tercekik air kat dada. Adoii sakit.. Muka toksah cakapla..nampak nau moody nyer..jela sebab sakit tergambarla kat muka..

Tapi bersyukur jugak dgn rasa sakit ni moga2 Allah ampunkan segala dosa yang lepas. Moga Allah beri tubuh badan yang sihat semula kemudian hari. Syukur jugak larat lagi nak kerja mcm biasa dan jaga anak dan buat kerja rumah mana yang boleh dan terdaya buat. Baju serius berlonggok mcam Gunung Kinabalu..tak sampai lagila mcam Everest..hihi..tak larat nak melipat kain baju..atau dalam erti kata lain, malas fullstop. ngeh ngeh

lepas consult, kata gastrik..mmngla ada history gastrik, tp skrg ni bukan sakit kt perut, tapi sakit kat kerongkong..dptla ubat gastrik. Lepas minum tak ok pun. Last2 Mr Husben decide bawak pegi jumpa dr cina. Sebelum ni pun ada cuba ubat dia dan ok sgt. Tp dr cina (sensei) ni pesan jgn BF untk 3 hari (ubat 3 hari) plus 1 hari untuk bg clear ubat. Mr Husben kata ok kut..cubala, lagipun 3 hari tak lama. Pastu adala sket stok frozen EBM bleh bagi kat anak.Tp ubat dia mmng ok, baru mkn sekali dh rasa kurang dah sakitnya...

So, semalam tghari start makan ubt sensei. Maksudnya dah start pantangla. Mujurla pagi sempat pam dpt dlm 12.5 oz untuk 2 sesi. Then masih mengepam macam biasa, tapi kena buangla. Sedih kan. Dahla stok EBM tak seberapa, lepas tu kena buang plak. Setitik tumpah pun rasa macam dh nk nanges..waa..tetap gak simpan sume EBM yg dipam wktu malam. Mengepam masih macam biasa...

Dan malam semalam bermula la episod drama swasta..(teringat masa zaman budak2 dulu..kat rtm)..Ahmad takbleh nak tido.Kesian sngt tengok. Terpusing2 last2 tido sendiri. Tapi yg paling sedih pkul 3 pagi bangun cari 'ubat' dia. Nangis2 sampai Husben bagi susu dlm botol. Dah habis tapi merengek2 nangis2..akhirnya naluri keibuanku ini tewas juga (ayat novel) dan bagi jugakla 'ubat' Ahmad dan dia tido sampai pagi..tawakal pada Allah moga takde apa-apa kesan..dan Ahmad bangun pagi ceria macam biasa...

Camne la untuk 2 malam lagi..mau la meroyan nak nengok dia nangis2 lagi macam malam tadi...so samada, kena pegi tukar ubat atau consult medical dr yg laen arini..tak tahan nak tengok anak guling2 nanges cenggitu...dan harap2 takyahla buang EBM tu..sayanggggg...