Showing posts with label makan dan makanan. Show all posts
Showing posts with label makan dan makanan. Show all posts

Wednesday, August 04, 2010

Anak Tak Suka Minum EBM??

Semalam saya sedih sebab diberitahu Ahmad taknak minum EBM yg saya bekalkan. Seingat saya, semuanya stok EBM yang saya pam semalam. Semuanya masih baru. Kenapa ye?

Dan akhirnya, FM masuk ke dalam perutnya sejak sekian lama. Walaupun sesi minum susu yang terakhir, tapi saya sedih jugak. Bukan Ahmad tak pernah minum FM. Sebelum ni pun Ahmad minum FM.

Saya bukan sedih kenapa tapi sebab di stress kan "EBM tak sedap", "susu tepung sedap," "Ahmad senyap lepas minum susu tepung, kalau minum EBM tu menangis tak berhenti".

Saya diam tak terkata sebab taktau apa perasaan saya masa tu. Takan saya nak paksa diri saya senyum bila anak taknak minum susu ibunya? Sedih hati saya, tak terkata. Serius. Nak menitik rasa air mata.  

Bayangkanla kesungguhan saya nak menyusukan Ahmad. Dengan nak kerjanya, nak buat kerja rumah, mengepam..penat sangat penat. Tapi saya nak anak saya minum susu ibu.

Kenapa kalau anak menangis takmau menyusu, sebab EBM tak sedapkah? Atau ada benda lain yang dia nak? Dia panas ke, berpeluh ke, kenyang sangat ke waktu tu. Ataupun dah tak elok sebab stok yang lain dia minum okay je. Kalaula anak boleh bercakap sekarang alangkah bagus.

Mungkin saya pulak yang tak paham situasi macamne kan. Susahnyaaa....Dari semalam asik terfikir..fikir..fikir..fikir pasal ni. Fikir punya fikir, saya dah makin tenang, kalau tidak rasa hati ni kena kerasukan setan agaknya.

Sebab saya tau, apa pun yang terjadi, saya mama Ahmad. Saya yang lahirkan dia. Ahmad kenal siapa mama dia....

Saya rasa antara sebabnya Ahmad takmau EBM yang last tu:

1. EBM tu dah rosak kerana tidak disediakan ataupun disimpan dengan baik.
2. Dah terlampau kenyang.
3. Tidak selesa dengan keadaan sekeliling.Panas, berpeluh tak selesa.

4. Masa tu takmau menyusu lagi sebab nak main.

Adoi..emo pulak harini...  :  P

harini minum betul-betul tau...

Friday, July 30, 2010

Usaha untuk Buat Frozen Stok EBM untuk bulan Ramadhan...

Aha..!! dah dekat nak Ramadhan kan..

Saya tgh berusaha keras..ye...sangat keras untuk membuat stok EBM untuk Ahmad kot2 la dalam bulan Ramadhan nanti tak de daya kan...

Tak byk pun collection frozen EBM saya...tambah2 lagi saya tak sihat dan takboleh nak nyusukan last week..dah guna dah frozen EBM saya..nak pulun dalam hujung minggu ni takleh la plak sebab ada family day kat Port Dickson..(ahaha..motif nak bagitau nak gi jenjalan...)..

Syukur Ahmad dah makan, so, takdela minum banyak sangat. Bolehla buat stok yang mana ada lebih2 tu..Cuma sekarang ni kuat merengek waktu malam. Taktau kenapa. Bila bagi takdela minum lama pun..tapi kerap sangat merengeknya...ermmm..

Pengeluaran hasil tenusu..ahaks..saya sekrang ni pun takdela banyak, tapi bersyukurla berapa yang ada yang dapat, masih boleh buat stok lagi.

Kakak saya sekrang pun saya dah promote BF. Supaya dia BF kan anak dia yang baru 3 bulan. Tapi niat dia tak bagus. Ada ke semata2 nak jimat..cess..sepatutnya untuk kebaikan anak dan diri kita jugak..
Doakan saya berjaya kumpul stok selagi daya ni..chaiyok..chaiyok..

Minggu ni ofis saya ada family day di Tiara Beach Resorts Port Dickson. So, kami sekeluarga akan ke sana bergumbira dan berkenalan dengan staff dari branch KL. Nanti saya update pasal family day saya ni..

Ayoo..!! baju dinner esok malam temanya hitam merah..saya tak pernah ada baju warna merah..hehe..sebab tak berani nak pakai..ni satu hal le plak nak kena cari beli. Nasib la tak buat tema Hawaii ke..naya ahkak...

Wednesday, July 28, 2010

EBM Sad Story

Salam Rabu...

Sejak dari hujung minggu lepas saya tak sihat. Selesema sket pastu ada rasa sakit di kerongkong. Susah sangat nak telan makanan hatta air liur..waa...sgt2 tak comfortable...walaupun takdela sakit sangat..mungkin sebab terlebih sudahhh makan pedas minggu lepas atau tertelan benda..perasaan tak selesanya tu rasa macam kita menelan tapi tersekat kat dada atau rasa kalau kita minum air byk2 gelojoh2 tercekik air kat dada. Adoii sakit.. Muka toksah cakapla..nampak nau moody nyer..jela sebab sakit tergambarla kat muka..

Tapi bersyukur jugak dgn rasa sakit ni moga2 Allah ampunkan segala dosa yang lepas. Moga Allah beri tubuh badan yang sihat semula kemudian hari. Syukur jugak larat lagi nak kerja mcm biasa dan jaga anak dan buat kerja rumah mana yang boleh dan terdaya buat. Baju serius berlonggok mcam Gunung Kinabalu..tak sampai lagila mcam Everest..hihi..tak larat nak melipat kain baju..atau dalam erti kata lain, malas fullstop. ngeh ngeh

lepas consult, kata gastrik..mmngla ada history gastrik, tp skrg ni bukan sakit kt perut, tapi sakit kat kerongkong..dptla ubat gastrik. Lepas minum tak ok pun. Last2 Mr Husben decide bawak pegi jumpa dr cina. Sebelum ni pun ada cuba ubat dia dan ok sgt. Tp dr cina (sensei) ni pesan jgn BF untk 3 hari (ubat 3 hari) plus 1 hari untuk bg clear ubat. Mr Husben kata ok kut..cubala, lagipun 3 hari tak lama. Pastu adala sket stok frozen EBM bleh bagi kat anak.Tp ubat dia mmng ok, baru mkn sekali dh rasa kurang dah sakitnya...

So, semalam tghari start makan ubt sensei. Maksudnya dah start pantangla. Mujurla pagi sempat pam dpt dlm 12.5 oz untuk 2 sesi. Then masih mengepam macam biasa, tapi kena buangla. Sedih kan. Dahla stok EBM tak seberapa, lepas tu kena buang plak. Setitik tumpah pun rasa macam dh nk nanges..waa..tetap gak simpan sume EBM yg dipam wktu malam. Mengepam masih macam biasa...

Dan malam semalam bermula la episod drama swasta..(teringat masa zaman budak2 dulu..kat rtm)..Ahmad takbleh nak tido.Kesian sngt tengok. Terpusing2 last2 tido sendiri. Tapi yg paling sedih pkul 3 pagi bangun cari 'ubat' dia. Nangis2 sampai Husben bagi susu dlm botol. Dah habis tapi merengek2 nangis2..akhirnya naluri keibuanku ini tewas juga (ayat novel) dan bagi jugakla 'ubat' Ahmad dan dia tido sampai pagi..tawakal pada Allah moga takde apa-apa kesan..dan Ahmad bangun pagi ceria macam biasa...

Camne la untuk 2 malam lagi..mau la meroyan nak nengok dia nangis2 lagi macam malam tadi...so samada, kena pegi tukar ubat atau consult medical dr yg laen arini..tak tahan nak tengok anak guling2 nanges cenggitu...dan harap2 takyahla buang EBM tu..sayanggggg...




Thursday, July 22, 2010

Makaroni Goreng Mamak Style

Suka suki je nak letak nama kat resepi sendiri yang main hentam je..sebabnya tak pernah pon masak makaroni..makan selaluuuuu...ala nak masak nye senang je rupanya (sebenarnya suka ati je...)..ini aktiviti hari Sabtu..dah lama tak main masak2..



bahan utama




Bahan-bahan: cili kisar (tidak kelihatan di dalam gambar ye..), fishball, fishcake, sosej, isi ayam, daun sup, sos cili, sos tomato, udang, sayur-sayuran, garam


konsep : agak-agak ler sukatannya asalkan sedap..

cara : tumis bawang merah, putih ngan cili kisar mcm masak sambal, pastu masuk semua bahan-bahan td ikut kesesuaian...

rasa : boleh tahan sedap laaaaa...hahaha..(tak mengaku tak sedap..)

tapi Mr Husben suruh bukak kedai..(tu kira jaga hati kah?)...

Ayam Penyet Lamongan

Restoran Ayam Penyet Lamongan

Lokasi : Kota Fesyen Melaka International Trade Centre (MITC)

Harga :  ok la takde la mahal sangat..(kalo mahal tak mungkin ku ulangi peristiwa ngeri itu..hehehe..)

Menu : Mestila Ayam Penyet, pastu ada pecel lele (ini bukan sejenis kuih ye...ikan keli goreng), soto, bakso (sedap nih..), lontong sayur..(ni pun sedap)..

Rating : Adoi..best..rasanya 7/10 kot tapi kedai takdak ekon...








Pecel lele (ikan keli goreng) dia memang terbaekkk...sambal belacan dia lagi la terbaekkk dari ladang..sedap giler okeyyy...

 sambal belacan dia..basuh tangan 3 hari pun tak hilang bau dia...hehehe..memang power belacan apa la dia guna...simple tapi sedap..



Ahmad cium bau je dah kenyang...cian anak mama


Tuesday, July 13, 2010

Takdak Idea Nak Masak Apa Dah....

Salam Selasa..

Harini hari Selasa. Esok Rabu. Pastu Khamis. Then Jumaat.

Semalam bubur nasik + carrot + potato + ikan bilis.

Harini bubur nasik + potato.

Esok?

Lusa?

Ahmad, mama taktau dah nak masak apa untuk Ahmad.


(gambar opah suap makan...)

Bila la kita leh order teh tarik kat kedai mamak sama2 kan? Ermmmm...



teh tarik mamak yg tersenyum bangga...
(teh tarik duk diam2 dulu yer....)

*pic googled - teh tarik mamak

Monday, June 28, 2010

home made food - cooking with love ..yummyyyy..

Salam Isnin...

Pagi ni tak boleh berfikir dengan waras sebab.........
.
.
.
.
.
.
.

MENGANTUK teramatttt....

hehehe..maklumla, first day masakkan untuk anak tersayang..hahaha..rasanya macam tido2 ayam atau tak tido langsung..bangun awal sebab risau bubur nasi Ahmad tak sempat nak masak...dan...

ini versi mengantuk 'koleksi' Piala Dunia...rasa2 kalaula tivi tu boleh bercakap mau dialog dia camni "alooo u olss..tak gheti2 nak off ke??bukannya cantik sangat nak tengok korang tido tuuu!!" 

semalam marathon tengok siaran tertunda (sebab takde sports channel) asik2 tengok England yang main macam ala-ala budak sekolah rendah tu je..sebenarnya dah off pun tivi tu tapi bila terjaga pukul 2, aishhh.... camne bleh on balik ni.. dan tengok "tuan" dia dah kalah dah pun depan tivi...(ish abang ni..kata nak jimat lektrik..takpela bang -- sebab bukan mama yang bayo bil...ngeh ngeh)

camne pun pasukan pilihan kitorg kali ni of cos la argentina dan brazil..kesian kan rakyat Malaysia..(kita la tu) terpaksa sokong negara orang lain sebab takde can nak tengok pasukan negara sendiri main di World Cup..kalaula ada rezeki nak dapat tengok Malaysia main di World Cup..uiiiii..sanggup ai beli tiket awai-awai...

pagi ni hantar bubur nasi yang dah diblender ke rumah MIL..dan siap pesan ngan adik ipar jangan lupa tangkap gambar Ahmad tengah makan..time buat bubur tak sempat nak snap gambar..(hehehe..mcm la buat resepi ayam masak merah ke..nasik beriani ke..) semalam sempat bagi air nasi pada Ahmad sronot tengok dia makan..sangat memberansangkan la..mujurla sudu tu tak boleh dimakan anak oiitt..nnt la kita upload gambar Ahmad makan dengan gaya dia tu yang sangat comellll..

walaupun seronok tapi semalam ada cerita sedih..sebab cuai dan lalai sekejap la ni..tinggalkan Ahmad sekejap kat depan tivi atas tilam dengan harapan dia tengok tivi dengan sopan sambil mak apaknya wat keje kejap...tapi Ahmad dah wat aksi stunt terjun dari tilam..tak tinggi sangat tapi boleh dengar bunyi kepala terhantuk kat lantai..dan apa lagi..nangis la dia..sian dia..

menggeletar sekejap badan..so, terus gantikan tilam yg agak tinggi tu dengan toto jela..sebab Ahmad dah pandai meniarap dan dah berpusing-pusing..mula-mula kami decide nak ke klinik tapi tengok keadaan nampak macam okay dan dia aktif sihat macam biasa..syukur..orang kata nak membesar macam2 benda jadi...ishh..tu pengajaran tu..never never never ever leave ur child alone..tambah2 lagi yg masih baby...

walaupun penat, tapi seronoknya jadi mak orang ni..dan masih mencari tips2 parenting..




Thursday, June 03, 2010

SOLID FOOD


Ahmad dah 5 bulan skrg..sebelum ni memang pernah berkira-kira nak introduce solid food pada Ahmad bila dia dah 5 bulan...kesian sangat tengok dia yang macam nak makan sangat2..tiap kali kami makan, mulutnya pun macam nak makan juga..tapi bila dah baca lanjut rasanya tak sesuai nak introduce sekarang...tambah2 lagi Ahmad susah nak poo poo..kadang-kadang sampai 3-4 hari tak poo poo..alamatnya nanti lagila susah kalo bagi dia solid food sekarang..
masih dalam proses nak memahami macamna nak introduce solid food pada ahmad nanti..dan tengah mengumpul resepi-resepi yang sesuai nak bagi pada Ahmad nanti...
yang pastinya kena bangun awal pagi masak untuk Ahmad. Memang pagi waktu bekerja waktu yang paling terkejar-kejar sebab Mr Hubby masuk kerja awal..dan yang pasti kena displin bangun awal...come on Mama..hehehe..