Semalam saya sedih sebab diberitahu Ahmad taknak minum EBM yg saya bekalkan. Seingat saya, semuanya stok EBM yang saya pam semalam. Semuanya masih baru. Kenapa ye?
Dan akhirnya, FM masuk ke dalam perutnya sejak sekian lama. Walaupun sesi minum susu yang terakhir, tapi saya sedih jugak. Bukan Ahmad tak pernah minum FM. Sebelum ni pun Ahmad minum FM.
Saya bukan sedih kenapa tapi sebab di stress kan "EBM tak sedap", "susu tepung sedap," "Ahmad senyap lepas minum susu tepung, kalau minum EBM tu menangis tak berhenti".
Saya diam tak terkata sebab taktau apa perasaan saya masa tu. Takan saya nak paksa diri saya senyum bila anak taknak minum susu ibunya? Sedih hati saya, tak terkata. Serius. Nak menitik rasa air mata.
Bayangkanla kesungguhan saya nak menyusukan Ahmad. Dengan nak kerjanya, nak buat kerja rumah, mengepam..penat sangat penat. Tapi saya nak anak saya minum susu ibu.
Kenapa kalau anak menangis takmau menyusu, sebab EBM tak sedapkah? Atau ada benda lain yang dia nak? Dia panas ke, berpeluh ke, kenyang sangat ke waktu tu. Ataupun dah tak elok sebab stok yang lain dia minum okay je. Kalaula anak boleh bercakap sekarang alangkah bagus.
Mungkin saya pulak yang tak paham situasi macamne kan. Susahnyaaa....Dari semalam asik terfikir..fikir..fikir..fikir pasal ni. Fikir punya fikir, saya dah makin tenang, kalau tidak rasa hati ni kena kerasukan setan agaknya.
Sebab saya tau, apa pun yang terjadi, saya mama Ahmad. Saya yang lahirkan dia. Ahmad kenal siapa mama dia....
Saya rasa antara sebabnya Ahmad takmau EBM yang last tu:
1. EBM tu dah rosak kerana tidak disediakan ataupun disimpan dengan baik.
2. Dah terlampau kenyang.
3. Tidak selesa dengan keadaan sekeliling.Panas, berpeluh tak selesa.
4. Masa tu takmau menyusu lagi sebab nak main.
4. Masa tu takmau menyusu lagi sebab nak main.
Adoi..emo pulak harini... : P
harini minum betul-betul tau...
3 comments:
ami, alahai..siannya..
apsal ye ahmad tak nak minum ebm...mmmm, betul tu..kena tengok cara2 pengasuh tu handle mcm mana..ayu doakan ahmad akan minum semula EBM kay..
harap2 la ayu..sensitifkan bila kita nak ckp salah, tak cakap salah...camne??harap2 dia nak minumla balik
ciannya... sabar k... mungkin nak besar ni selera bertukar2 kejap.. hopefully di akan minum balik..
Post a Comment